Wednesday 18 April 2012

STEPHEN RAHMAN dalam MASKULIN MEI 2012


Salam & selamat pagi warga Malaysia & tak lupa juga kepada pembaca2 Dominasi Lelaki yang berada di luar Malaysia, hari ini DL nak berkongsi dengan pembaca semua mengenai info terbaru majalah lelaki yang sangat popular di Malaysia, tak lain tak bukan MASKULIN yang sentiasa menyediakan ‘santapan’ yang fresh kepada para pembacanyan terutamanya para lelaki yang sentisa kali mencari pembaharuan & input yang berguna.


Pada edisi bulan Mei ini, pihak MASKULIN telah menjadika pelakon yang berbakat STEPHEN RAHMAN sebagai penghias muka depan bagi majalah mereka dengan menggunakan ‘JIWA MELAYU SAYA TETAP MEMBARA’ sebagai tajuk muka depan tersebut. Selain itu, topik yang menarik adalah TIP BEKERJA DIBAWAH MAJIKAN WANITA, RAHSIA KEJAYAAN TIGA ORANG BOS MUDA, termasuklah KESALAHAN LELAKI APABILA BERSAMA ISTERI DI RANJANG & banyak lagi.

Dominasi Lelaki : Jangan lupa dapatkannya dipasaran tidak lama lagi, DL akan dapatkannya jugak sebagai satu bahan bacaan yang berguna kepada lelaki.

Monday 16 April 2012

Hadiah Daripada Hati SITI Buat Peminat..!


KEBELAKANGAN ini fikirannya kerap diganggu dan sering terbayang dirinya berada di stadium dipenuhi ramai orang. Ilusi dialaminya itu sehingga menghalusi kejadian di sekeliling pentas. Di mana dirinya ditemani gadis dengan uniform gimrama, ahli kawad dan juga trek untuk perarakan kereta klasik Cobra.


Secara tiba-tiba, adrenalinnya bergetar mengenangkan rasa gayat apabila terbayang dirinya terbang dari hujung stadium ke arah pentas. Selain terdengar jeritan manusia sebaik mereka dikejutkan bunyi helikopter. 

Gangguan dialaminya itu hakikatnya bukanlah sekadar angan-angan mahupun halusinasi. Akan tetapi kisah benar yang termaktub dalam lipatan sejarah industri muzik tempatan, sekali gus menjadi antara kenangan paling bermakna pernah dilalui Dato' Siti Nurhaliza Taruddin, 33, figura yang mesra membahasakan dirinya sebagai Siti.


Pada tanggal 30 Jun 2001, Siti pernah melangsungkan Konsert Mega Siti Nurhaliza di Stadium Putra, Bukit Jalil. Segala gambaran yang tercatat di atas adalah sebahagian daripada intipati yang dimuatkan Siti dalam persembahan konsertnya ketika itu.



 Selama 11 tahun membawa kenangan itu bersama hari-harinya, 2012 kembali merangsang penghibur yang baru saja memenangi Anugerah Seri Perak pada Anugerah Bintang Popular, Berita Harian pada 8 April yang lalu untuk kembali dengan sebuah konsert berskala besar dengan konsep yang lebih terkini dan segar. 


“Mengadakan konsert seperti di Stadium Putra Bukit Jalil pada 2001 yang lalu adalah sebahagian daripada impian Siti tahun ini . Sekalipun ia mungkin tidak sebesar yang dulu, sekurang-kurangnya Siti dapat muncul dalam sebuah konsert untuk peminat. 

Siti nak buat kemunculan semula seperti zaman sebelum kahwin, tetapi Insya-Allah mungkin selepas pilihan raya nanti, konsert berkenaan akan dilaksanakan,” katanya.  Kali terakhir Siti mengadakan konsert pada 2010 iaitu Konsert Satu Suara bersama Aizat dan Faizal Tahir, Konsert Bagaikan Sakti di mana dia bergandingan dengan Datuk M Nasir dan Siti Nurhaliza@Alumbra, Australia. 

Selepas Allahyarham Sudirman Hj Arshad, Siti satu-satunya bintang tempatan yang pernah mengadakan konsert solo di pentas berprestij Royal Albert Hall, London. Malah, beliau juga artis solo pertama diberi kepercayaan membuat konsert di Istana Budaya dan Stadium Tertutup, Singapura. 

Konsert yang mahu dilaksanakan tahun ini bagi Siti bukan hanya sekadar medan untuk peminat berkumpul, tetapi juga aspirasi buat mereka yang menyokong karier nyanyiannya yang kini mencecah 17 tahun. 

“Kalau hendak cakap bagaimana Siti mempertahankan populariti, sebenarnya peminat Sitilah yang hebat. Sokongan mereka pada Siti sungguh luar biasa dan Siti berasa amat bertuah dianugerahkan peminat setia yang sedia menyokong Siti dalam apa jua keadaan pun. 

“Justeru, konsert yang dirancang adalah hadiah buat peminat sebenarnya yang sudah lama menantikan saat ini ,” katanya ditemui pada pelancaran SimplySiti Eau De Parfum (EDP) yang bertemakan ‘Masquerade Party’ di Hotel Double Tree, Jumaat lalu. 

kredit gambar dari www.budiey.com

Beralih topik kepada perniagaan yang diusahakan, selepas melancarkan produk Dermagic, label kecantikan SimplySiti kini mengeluarkan rangkaian produk wangian untuk wanita. Kelahiran wangian itu dua minggu sejurus ulang tahun SimplySiti diraikan pada 30 Mac lalu. 

Menjadi impian Siti sejak sekian lama untuk memiliki minyak wangi daripada jenamanya sendiri sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan lagi.  “Ini jujur Siti katakan hasrat untuk memiliki wangian jenama sendiri sudah lama tersimpan, tambahan pula sebelum ini pernah menjadi wajah kepada label kosmetik antarabangsa. 

“Akhirnya di bawah penubuhan SimplySiti, impian itu terlaksana. Bagaimanapun, Siti memperkenalkan barangan solekan terlebih dulu kerana minyak wangi sudah menjadi produk biasa yang mengaitkan nama artis lebih-lebih lagi artis antarabangsa. 

Siti dan suami (Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa) termasuk kakitangan SimplySiti tampil dengan strategi yang berbeza dengan memperkenalkan alat solek serta produk penjagaan kulit. Namun, pada masa sama, kami buat kajian untuk menghasilkan haruman terbaik di pasaran. 

“Alhamdulillah, Siti berjaya mengasaskan SimplySiti dan menghasilkan tiga haruman di bawah label ini selepas kejayaan produk kecantikan SimplySiti. “Insya-Allah, pada hujung tahun ini, Siti akan tampil dengan haruman yang lebih eksklusif di bawah nama Siti Nurhaliza bagi memenuhi impian dan pada masa yang sama khas untuk peminat,” katanya. 

Tiga variasi haruman terbaru keluaran SimplySiti adalah Pure, Precious dan Memoire dan semua bau-bauan ini dipilih Siti sendiri dengan setiap satu daripada haruman itu mempunyai identiti tersendiri. 


“Wangian adalah sebahagian daripada kehidupan manusia terutama setiap wanita yang sememangnya mempunyai fitrah untuk sentiasa kekal cantik, harum dan menarik. “Ini adalah satu-satunya wangian yang penuh inovasi kerana ia diformulasikan dengan Plant Betaphroline, menjadikan minyak wangi ini satu-satunya wangian yang boleh membantu pemakainya menjadi lebih harum. 

“Ia juga berkuasa untuk menghilangkan tekanan dengan merangsang penghasilan endorphin iaitu hormon gembira dalam kulit kita. Dengan itu, formulasi istimewa ini bukan sekadar wangian biasa kerana ia dapat membantu mengekalkan bentuk tubuh badan dan membangkitkan ‘mood’,” katanya. 

kredit gambar dari www.budiey.com

Tiga lelaki bertuah dipilih sebagai model iklan adalah penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, ahli perniagaan muda, S M Khalis S M Zul juga Pengarah Ibex Group dan Adam Yahya. 

Model wanitanya dilakonkan Leuniey Natasha yang pernah dikaitkan bercinta dengan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih mesra dengan panggilan Apex. 
Ketiga-tiga haruman itu juga boleh digunakan tanpa was-was kerana sudah pun mendapat kelulusan khas daripada Jakim. 


Sempena pelancaran wangian berkenaan, SimplySiti dengan kerjasama Metrowealth Pictures (MIG) dan Lisa Magazine menganjurkan pertandingan untuk mencari duta wangian berkenaan. Penyertaan pertandingan adalah melalui laman web simplysiti.com.my. Tiga pemenang pertandingan ini turut berpeluang berlakon filem terbitan MIG.

sumber : Harian Metro 16 April 2012


Tuesday 10 April 2012

MASA & SEKS..?? Fahamilah Sebaiknya..!


PAGI, petang atau malam bila waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks? Kebanyakan pasangan lebih selesa melakukan hubungan seks pada waktu malam.
Mungkin kerana ia waktu sesuai untuk berehat dan selepas beraksi, boleh terus tidur. Bagi yang ada anak, ia waktu paling sesuai kerana mereka sudah tidur.
Sebenarnya hubungan seks boleh dilakukan bila-bila masa mengikut kehendak masing-masing. Sesetengah wanita suka melakukan pada waktu petang dan lelaki pula lebih gemarkan waktu pagi kerana ketegangan zakar lebih mantap pada waktu itu. 


sekadar gambar hiasan

Jika setiap hubungan seks menyeronokkan dan memuaskan pasangan, ia tidak menjadi masalah dan tentu bilangan sperma juga tinggi. 
Lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan 70,000 sperma seminit atau 100 hingga 300 juta sperma sehari. Sperma ini tersimpan dalam penghujung salur sperma atau salur ‘Vas Deferens’. Apabila seseorang lelaki itu melakukan hubungan seks, air mani mengandungi sperma terkeluar.


sekadar gambar hiasan

Bagaimanapun, pengeluaran air mani dan sperma bergantung kepada tahap rangsangan dan keseronokan ketika melakukan persetubuhan. Air mani akan keluar dengan banyak jika tahap rangsangannya tinggi dan begitu juga sebaliknya. Kepuasan seksual sememangnya penting dalam hubungan perkahwinan. Bagi pasangan baru berkahwin, hubungan seks adalah faktor menjalin kemesraan. 

Lelaki sering klimaks awal kerana terlalu mudah terangsang. Jika anggota yang terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, sudah tentu klimaks lebih awal. Anda dan isteri digalak bercumbu terlebih dulu dan jangan terus memasukkan zakar ke dalam faraj walaupun berlaku ereksi. 

Bagi memastikan ereksi kekal walaupun selepas berlaku ejakulasi, anda boleh melakukan teknik kemutan (seperti menahan membuang air kecil). Walaupun air mani terkeluar (ejakulasi), teruskan tusukan sambil mengemut sehingga pasangan anda klimaks dan puas.

Dominasi Lelaki : Semoga info tersebut memberi manfaat kepada para lelaki & wanita diluar sana dan bukanlah menganggap entry kali nie sebagai satu bahan yang tidak boleh dikongsi.
sumber : Kolum Doktor Sakit Tuan Harian Metro

LELAKI Cuba Jual Kemaluan Ditangkap..!!


SALIMA (Malawi): Polis di negara ini menahan seorang lelaki berusia 24 tahun selepas dia cuba menjual kemaluan seorang lelaki berusia 45 tahun yang baru dipotong.
Polis di Lakeshore, di daerah Salima berkata, mereka menerima panggilan mengenai seorang lelaki yang terlantar berlumuran darah dan tidak sedarkan diri bersebelahan landasan kereta api hujung minggu lalu. Namun, ketika lelaki itu dimasukkan ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu kemaluannya sudah hilang, lapor media tempatan.

sekadar gambar hiasan

Ketua polis Salima, Foster Mangani berkata, polis dihubungi supaya ke sebuah motel di mana pemiliknya melaporkan seorang tetamu cuba menjual kemaluan kepadanya dengan harga AS$360 (RM1,080). “Kami segera bergegas ke motel berkenaan dan menahan suspek. Kami turut menemui organ sulit itu,” katanya kepada akhbar Nyasa Times. Polis mengenali identiti suspek sebagai Samuel Banda. Gambarnya disiarkan akhbar bersama organ sulit yang sudah putus dan dibungkus dalam kertas putih. - DM
sumber : Harian Metro 10/04/2012


Monday 9 April 2012

GELOMBANG DATO' SITI, JUARA diantara JUARA..!!


Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang selamat melabuhkan tirainya malam tadi dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada para pemenang, kepada yang tidak berjaya tahun ini, tidak mengapa, anda juga telah berjaya tatkala tercalon dalam kalangan 5 yang terbaik itu. Bukan sahaja kejutan setiap persembahan yang diatur dengan begitu rapi, akan tetapi pada tahun ini juga iaitu yang ke-25 tahun, ABPBH 2011 juga tercetusnya kejutan apabila ada antara trofi2 yang telah bertukar tangan.


Sempena menyambut ulangtahun ABPBH yang ke-25, ABPBH juga telah mengadakan 1 anugerah khas iaitu Anugerah Seri Perak yang telah digondol oleh penyanyi popular negara kita, Dato’ Siti Nurhaliza. Walaupun cabaran & calon2 yang bertanding pada Anugerah Seri Perak semuanya hebat belaka, tapi AURA & personaliti insan bernama Siti Nurhaliza Tarudin tidak boleh disangkal lagi. Namanya juga dianggap antara nama yang boleh membawa pulang Anugerah Seri Perak dengan mudah.

Bukan sahaja beliau memenangi Anugerah Seri Perak, beliau juga telah menyerikan majlis pada malam tersebut dengan menyanyikan lagu Falling In Love & Queen of the Night yang telah memukau penonton yang melihatnya. Pada malam tersebut Dato’ Siti mengenakan 2 persalinan iaitu rekaan Rizman Ruzaini ( di Red Carpet ) & Hazwani Osman ( ketika persembahan ). Jom kita layan senarai penuh pemenang malam tadi.

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Yuna
Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari
Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan
Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana 

Anugerah Khas:

Anugerah Seri Perak – Dato' Siti Nurhaliza
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid


Jom kita layan sedikit sebanyak gambar Dato’ Siti Nurhaliza bersama Datuk Khalid. Kredit gambar dari www.budiey.com TERIMA KASIH abg budiey





(kredit gambar ini dari RadioCTFM)
Dominasi Lelaki : Tahniah diucapkan kepada para pemenang & tahniah juga kepada Dato' SIti Nurhaliza. Anda memang HEBAT..!

Sunday 8 April 2012

LELAKI & Onani..! Ganggu Kehidupan..?


Kajian mendapati individu yang melakukan onani adalah mereka yang kurang bergaul serta kurang keyakinan diri. Bagi mereka, cara melepaskan tekanan ialah dengan melakukan onani.

Kajian juga mendapati mereka yang kerap melakukan onani mudah terjebak dengan kegiatan tidak sihat lain seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah dan seks songsang. Jadi anda boleh melihat betapa tidak baiknya perbuatan itu. 

sekadar gambar hiasan

Terjebak dengan amalan onani pasti mengganggu kehidupan harian anda, malah boleh mendatangkan tekanan pula jika anda tidak dapat melakukannya. 

Mahu tidak mahu, anda perlu mencari jalan penyelesaian sendiri atau mengurangkannya supaya aktiviti harian anda tidak terganggu. 

Perbuatan ini juga boleh mencetus masalah jika anda berumah tangga nanti. 
Segelintir lelaki dan wanita yang terikat dengan amalan onani akan mendapati mereka sukar meninggalkan perbuatan itu walaupun berkahwin. 

Ini kerana mereka rasa lebih puas dengan melakukan onani berbanding mengadakan hubungan seks dengan pasangan. 

Ini menyebabkan mereka terus bergantung dengan onani dan ia pasti boleh menjejaskan keharmonian dalam rumah tangga. 

Jika anda sukar untuk melepaskan amalan ini, anda perlu jumpa pakar psikatri untuk membantu anda dengan menjalani sesi kaunseling dan mungkin dengan ubat yang diberi boleh meningkatkan motivasi bagi mengurangkan perbuatan itu.
sumber : Akhbar Metro - Doktor Sakit Tuan


Kemanisan Bersama Dato' Siti Nurhaliza


Salam & selamat malam semua, rasanya sudah lama DL tidak membuat apa2 nukilan. Terasa rindu yang amat sangatlah pulak. Jadi, hari ini DL mahu berkongsi dengan pembaca2 diluar sana dengan majlis yang DL sendiri hadiri petang tadi.


Kita straight to the point je la ok, DL mahu berkongsi dengan anda semua sedikit gambar2 yang sempat DL ambil ketika penyanyi paling popular Malaysia, siapa lagi kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza yang dijemput khas pada majlis tersebut.

Lebih manis lagi, kemunculan beliau yang berbaju merah tersebut sangatlah cantik ditambah pula dengan kesudian beliau mengalunkan 4 buah lagu popular beliau iaitu Destinasi Cinta, Cindai, Biarlah Rahsia & lagu Inggeris beliau, Falling In Love.

Nie kali kedua DL berkesempatan bertemu 4 mata bersama Dato’ Siti & kali ini amat bertuah juga kerana dapat berborak & bergambar dengan kakak ipar merangkap PA Dato’ Siti sendiri yang sangatlah ramah. Terima kasih Kak Z....! hehheh

Apa2pon jom kita layan sedikit sebanyak gambar yang sempat diambil ketika beliau tengah membuat persembahan ( selebihnya dijadikan koleksi. Huhu )










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...