Sudah lama DL tidak menyentuh mengenai
dunia haruman dan untuk sekian lamanya, kali ini jom kita hayati pesona panahan
cinta dari keluaran VERSACE yang diberi VERSACE EROS..!
EROS adalah taruhan terkini dari
keluaran haruman yang sangat terkenal di dunia ini, berinspirasikan kepada
prinsip cinta, EROS boleh membuatkan manusia jatuh cinta dengan panahannya. Seperti
kata Donatella Versace, haruman EROS ini dihasilkan bagi menggambarkan ciri-ciri
lelaki yang heroic dan passionate sama seperti Greek God. EROS menekankan kuasa
dan godaan..!
Siapakah wajah tampan yang menjadi
pilihan VERSACE EROS..? sudah tentu Brian Shimansky. Beliau adalah seorang
model terkenal yang selalu muncul dalam iklan dan editorial Vogue ini dijadikan
taruhan terbaik oleh VERSACE bagi mewakilkan EROS..!
DOMINASI LELAKI : adakah EROS menjadi
pilihan anda untuk haruman terbaru..? dapatkan EDT 100ml RM278. Olahan kembali
dari GLAM LELAKI Julai 2013