Friday 5 December 2014

"FOUR"-Album Terbaru ONE DIRECTION




Nama kumpulan remaja lelaki yang melonjak dengan popularitinya seluruh dunia, 1 Direction kini tampil dengan album terbaru berjudul "FOUR". Album ini secara rasmi berada di pasaran pada 17 November 2014 yang lalu. Tambahan lagi, ini merupakan album keempat selepas tampil dengan 3 album pada tahun sebelumnya iaitu UP ALL NIGHT (2011), TAKE ME HOME (2012), )MIDNIGHT MEMORIES (2013 dan terkini FOUR (2014). Dapat dilihat kesemua album yang dikeluarkan oleh ahli kumpulan ini adalah sekitar November setiap tahun.

Album kumpulan yang dianggotai oleh 5 orang remaja lelaki ini mengandungi 12 trek dimana trek pertama dari album "FOUR" ini iaitu “STEAL MY GIRL” dijadikan single pertama sebagai pengenalan bagi album ini. Lagu tersebut dikeluarkan sekitar September lalu. Kini, menurut laman web rasmi 1Direction, single kedua bagi album ini adalah “NIGHT CHANGES”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...