Sunday, 21 February 2016

(GAMBAR) Majlis Pernikahan Anzalna Nasir & Hanif Zaki



Foto : IG MelodiTV3
Tanggal 21 Februari 2016 menjadi saksi kedua mempelai, Anzalna Nasir dan Hanif Zaki sah menjadi suami dan isteri. Perkenalan selama sekitar 10 tahun bukanlah satu tempoh masa yang singkat, pasangan ini sudah tentu mengharungi suka duka tatkala melayari alam percintaan. Menariknya, kisah cinta mereka bermula sekitar 2006 menerusi alam maya. Tahniah kepada jelitawan Malaysia, Anzalna Nasir dan Hanif Zaki.

Foto : IG MelodiTV3

Sekitar jam 9.10 pagi ini, pasangan ini memasuki ruangan dewan di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur bagi majlis akad nikah. Anzalna seperti biasa tampak sangat elegant dan manis menerusi busana dari pereka fesyen terkenal, Rizalman dan Jakel (Hanif). Dengan lafaz tenang, Anzalna telah sah menjadi isteri kepada Hanif sebentar tadi. Anzalna menerima mas kahwin RM1000, dengan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang bagi pihak Anzalna Nasir. Majlis pernikahan pelakon utama drama Memori Cinta Suraya ini mendapat liputan secara langsung menerusi Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Majlis resepsi mempelai ini akan diadakan pada 27 Februari 2016 ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...