Wednesday 23 April 2014

Paco Rabanne Lady Million Eau My Gold




Selepas tampil dengan Lady Million pada 2010 dan diikuti dengan Lady Million Eau de Toilette untuk tahun 2012 serta Lady Million Absolutely Gold juga pada tahun yang sama, kini Paco Rabanne tampil dengan haruman dan versi terbaru – Lady Million Eau My Gold pada musim bunga 2014 menggantikan Eau de Toilette di pasaran.

Sentuhan mewah dan hedonisme pada asalnya digantikan dengan satu lenggok inspirasi keseronokan yang tampil mudah. Versi terbaru ini, dengan potongan berlian pada rekaan botol haruman tersebut menampakkan lebih transparent.



TOP NOTES : Mango, Grapefruit, Neroli, Bergamot, Mandarin
HEART NOTES : Orange Blossom, Violet Leaf
BASE NOTES : Amber, Musk, Cedar, Sandalwood.

Sumber : olahan kembali daripada Fragrantica

Tuesday 22 April 2014

HANIF SAFUAN Juara Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2104



Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 baru sahaja melabuhkan tirainya pada hari kelmarin 20 April 2014 yang menyaksikan juara baru, Mohammad Hanif Safuan dinobatkan sebagai Ikon Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2104. Bukan itu sahaja, jejaka yang memiliki ketinggian 183cm ini juga turut dipilih sebagai Ikon Aura Beauty Perfect (ABP26) dan membawa pulang RM20,000.


Hanif, peserta daripada Raub, Pahang ini tampak bergaya dan penuh karisma memberikan persembahan yang hebat dan memikat hati juri. Penilaian dibuat daripada pelbagai aspek iaitu bermula pada hari pertama mereka melangkah masuk sebagai peserta dalam Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014. Hanif menewaskan 13 lagi calon lain bagi membawa pulang motorsikal Benelli Keeway yang dicipta khas bagi program ini.



Pada kemuncak final Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 ini, mereka berdepan dengan 3 segmen termasuk penggayaan baju daripada Everlast serta evening wear daripada Orlando. Peserta harus mempamerkan kehebatan, keunikan serta karisma yang kuat bagi memikat hati juri untuk melayakkan mereka berada kedudukan TOP7.


TOP7 yang layak adalah Razali, Zaidi, Asrul, Faruq, Haziq, Ariff dan Hanif.

Senarai pemenang :
Juara Lelaki Maskulin : Hanif
Naib Juara : Razali
Tempat Ketiga : Haziq
Maskulin Favourite : Rizman
Maskulin Body Beautiful : Faruq
Maskulin Pilihan Benelli Keeway : Adha
Ikon ABP26 : Hanif


Kemuncak PLM 2013/2014 juga diserikan dengan kehadiran ramai selebriti dan wakil media, blogger seperti Azwan Ali, Mister Planet 2014 (Eizaaz Farez), Shangkharee (Miss Malaysia) dan ramai lagi. Penonton turut dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada Caprice sebagai pembukaan, Fazli Zainal dan Alyah yang turut memperkenal single terbaru beliau, Sesal Separuh Nyawa. AG bertindak sebagai pengacara dan gelagatnya sangat menarik.

AMER RAMLY ke Mister Teen South East Asia 2014




Jika artikel sebelum ini, pihak Dominasi Lelaki telah berpeluang menebual salah seorang peserta bagi Mister/Miss Teen South East Asia, Ahmad Haniff. Kini kami telah mendapatkan rakan seangkatannya, Amer Ramly yang turut menjadi wakil Malaysia ke pertandingan tersebut yang bakal diadakan di Singapore  Orchid Country Club di Singapura  sekitar 6 & 7 Jun 2014 ini.

Mesra disapa Amer, beliau yang kini berumur 19 tahun yang juga salah seorang pelajar dari City University College of Science and Technology ini dalam persediaan yang rapi menjelang pertandingan tersebut. Beliau kini bergiat aktif menyiapkan diri seperti berlatih  dari segi persembahan seperti catwalk, pakaian dan public speaking .

wakil Malaysia ke Mister/Miss Teen South East Asia
Tatkala ditanya perasaan beliau apabila menjadi wakil negara Malaysia ke pertandingan ini, dengan santai beliau membalas “Sudah tentu sedikit gementar tetapi pada masa yang sama agak teruja. Lebih-lebih lagi kami semua akan bertanding dengan negara-negara yang kita sedia maklum cukup kuat dalam bidang male pageant seperti Thailand. Namun atas semangat ingin memajukan diri sendiri dan membawa nama Malaysia membuatkan saya bangga dan tidak sabar untuk menyertainya”.
 
Ahmad Haniff
Beliau juga berharap akan mendapat pelbagai ilmu dan pengalaman yang berguna dalam pertandingan ini sekaligus dapat membantunya pergi lebih jauh dalam bidang yang diceburinya. “Saya akui banyak cabaran yang akan ditempuhi, tetapi diatas sokongan keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu serta  semua yang banyak menyokong, saya menjadi lebih yakin”, katanya dengan  penuh semangat. Semangat seperti inilah yang ingin kita lihat daripada wakil-wakl negara tatkala mewakili Malaysia.
 
Farhan Lokman 
Selamat Maju jaya kepada kalian, semoga dapat buat yang terbaik di Singapura.

Thursday 17 April 2014

Debaran Pencarian Lelaki MASKULIN 2013/2014 Kian Terasa



Kini debaran kian terasa, siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara bagi Pencarian Lelaki Maskulin 2013/2014 pada tahun ini. Semuanya akan terjawab pada hari ahad ini apabila kemuncak tersebut akan diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay.

Seramai 14 jejaka berentap di pentas akhir nanti, sudah tentu jejaka yang mempunyai karisma yang tinggi, factor X yang mantap serta keyakinan yang terbaik akan dijulang menjadi ikon Maskulin pada tahun ini.

Sama-sama kita nantikan penentuan juara PLM 2013/2014 pada ahad ini, Alhamdulillah pihak DOMINASI LELAKI juga insyaAllah akan cuba meluangkan masa pada kemuncak majlis tersebut. Pihak DL akan update dari semasa ke semasa pertandingan ini di laman page blog, DOMINASI LELAKI. Jangan lupa teruskan mengundi. Kita akan nantikan siapakah yang bakal dijulang menjadi IKON LELAKI MASKULIN bagi edisi 2013/2014 yang juga bakal menerima hadiah sehingga RM80 RIBU…!



Sementara itu, edisi Mei bagi majalah ini juga bakal berada di pasaran yang menampilkan seorang jejaka yang sangat cintakan dunia fesyen, Wak Doyok. Jangan lupa dapatkan edisi terbaru tidak lama lagi di pasaran.

Dalam perkembangan lain juga, jangan lupa juga temui pasukan MASKULIN di Pesta Buku Antarabangsa 2014 ini yang akan diadakan di PWTC .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...