Monday 24 June 2013

Kuasa & Godaan PRINSIP Terbaik Versace Eros..!


Sudah lama DL tidak menyentuh mengenai dunia haruman dan untuk sekian lamanya, kali ini jom kita hayati pesona panahan cinta dari keluaran VERSACE yang diberi VERSACE EROS..!



EROS adalah taruhan terkini dari keluaran haruman yang sangat terkenal di dunia ini, berinspirasikan kepada prinsip cinta, EROS boleh membuatkan manusia jatuh cinta dengan panahannya. Seperti kata Donatella Versace, haruman EROS ini dihasilkan bagi menggambarkan ciri-ciri lelaki yang heroic dan passionate sama seperti Greek God. EROS menekankan kuasa dan godaan..!



Siapakah wajah tampan yang menjadi pilihan VERSACE EROS..? sudah tentu Brian Shimansky. Beliau adalah seorang model terkenal yang selalu muncul dalam iklan dan editorial Vogue ini dijadikan taruhan terbaik oleh VERSACE bagi mewakilkan EROS..!

DOMINASI LELAKI : adakah EROS menjadi pilihan anda untuk haruman terbaru..? dapatkan EDT 100ml RM278. Olahan kembali dari GLAM LELAKI Julai 2013

Izzue Islam dan Shaheizy Sam Pilihan GLAM Lelaki dan Maskulin


Hari berganti hari dan bulan juga telah berganti bulan. Kini, Julai bakal menjengah tatkala Jun bakal melabuhkan tirainya bagi tahun 2013 ini. Tatkala seharian penat bekerja, jika dilayan majalah dan info yang terbaru dari majalah pilihan Dominasi Lelaki ini, boleh juga menghilangkan penat kan..!



Bagi penggemar dan pemerhati dunia fesyen dan info yang berguna buat si jejaka, nah kami di DL mengetengahkan koleksi dan pilihan yang tepat buat anda untuk edisi Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Bagi pendapat dan perspektif DL sendiri, Glam Lelaki kali ini tampil dengan style yg WOW apabila menggunakan ilham soft dan mainan warna gelap pada kulita majala mereka. Menampilkan bintang popular kini, Izzue Islam yang baru sahaja mendirikan rumahtangga amatlah sesuai tatkala beliau kini sedang menjadi bualan ramai dek hasil lakonan beliau yang kini diterima dan dipandang ramai.  Time of His Life – Izzue Islam…! Selain itu juga, dapatkan berita prihal wajah ikonik penghias kempen di dunia dan info yang menarik mengenai tabiat yang PELIK di gimnasium.


Majalah MASKULIN tidak kurang hebatnya, menampilkan pemenang Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam sebagai taruhan jejaka sampul kali ini amatlah tepat dengan pencapaian yang diterima oleh beliau. Seorang yang versatile dan esklusif, tidak hairanlah beliau kini antara sebutan para pengarah di Malaysia untuk menjayakan sesebuah watak utama filem mereka. Dapatkan juga info mengenai 4 jejaka dalam MASKULIN bulan ini ; Aqasha, Sein, Zul Ariffin dan Zain yang berbicara prihal transformasi gaya hidup sihat..!

DOMINASI LELAKI : antara naskah pilihan kami setiap bulan, kepada yang belum mendapatkannya lagi, jadikan MASKULIN dan GLAM LELAKI sebagai pilihan anda bulan ini..!

Monday 17 June 2013

Gaya Santai Hujung Minggu...!


 kredit : Maskulin

Tampil santai pada hujung minggu anda..? ayuh cuba gaya ini, tampil serba segar dan mainan warna yang lembut dengan mengenakan t-shirt atau singlet berona putih digandingkan dengan seluar pendek berona seperti ini. Sudah tentu anda lebih segar dan melangkah keluar bersama teman dengan penuh yakin.

Seluar seperti ini boleh dilabelkan sebagai ‘koleksi wajib’ ada tatkala bercuti atau untuk bersantai. Selamat mencuba..!

Tuesday 11 June 2013

Maria Sharapova UNGGUL ATLET WANITA PALING KAYA DI DUNIA


9 tahun berturut-turut dan masih kekal di takhta pertama sebagai ATLET WANITA PALING MAHAL di dunia oleh Forbes. Begitulah kehebatan yang dimiliki oleh pemain tenis sensasi Rusia, Maria Sharapova selepas disenaraikan sebagai 100 Highest-Paid Athletes hari ini.

Maria Sharapova yang berkedudukan pada nombor ke 22 tersebut adalah wanita yang pertama tersenarai dalam kalangan lelaki-lelaki yang menduduki tangga teratas bagi ATLET TERKAYA DI DUNIA pada tahun 2013 dan atlet KEDUA terkaya selepas ROGER FEDERER yang menduduki tempat KEDUA selepas TIGER WOODS. Maria Sharapova, seorang jelitawan dunia tersebut menduduki tempat ke 22 unggul dengan memperoleh kekayaan sebanyak $29 Juta jauh meninggalkan pemain tenis ternama yang lain seperti Novak Djokovic, Rafael Nadal, Serena Williams dan juga pelari trek terhebat, Usain Bolt.

 Kenangan manis Maria ketika menang di Terbuka Perancis pada tahun 2012

Komersial bersama HEAD iaitu penaja bagi raket yang diguna oleh Maria Sharapova

Sharapova unggul dengan $29 Juta dengan pelbagai tajaan dan menjadi duta bagi produk terhebat seperti NIKE, HEAD, PORSCHE dan produknya sendiri iaitu SUGARPOVA. Bagi talian penajaan dan menjadi duta sahaja, Maria Sharapova telah menyumbangkan sekitar $23 Juta kedalam akaunya dan $6 Juta pula selebihnya adalah dari wang kemenangannya.
Ini adalah rekod terbaik buatnya apabila buat kali ke-9 berturut-turut menjadi ATLET WANITA PALING MAHAL DI DUNIA. Tahniah MARIA SHARAPOVA..!

 beliau juga menjadi wajah terbaru PORSCHE 

Sharapova juga unggul dan amat familiar menjadi penghias muka depan bagi majalah terkemuka dunia.


Bagi melihat keputusan penuh 100 tersebut, boleh layari www.forbes.com

Pencarian LELAKI MASKULIN 2013/2014 Kini Bermula

Anda seorang yang aktif dalam senaman dan sentiasa melakukan workout di gym? Jika YA, ayuh sertai majalah terkemuka pilihan LELAKI iaitu MASKULIN  bagi mencari individu yang bakal dijulang sebagai LELAKI MASKULIN 2013/2014 kelak.


Bukan sahaja aktif terhadap senaman, akan tetapi personaliti yang menarik, tampan dan tinggi serta gemarkan aktiviti yang ekstrem dan mencabar juga antara titik-titik yang bakal dicarumi pada pertandingan tersebut.


Kepada yang berminat, boleh dapatkan boring penyertaan di  majalah MASKULIN. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2013 ni. SELAMAT MENCUBA! Mungkin anda LELAKI MASKULIN yang dicari…!

Monday 3 June 2013

Tempahan 8 Biskut Menjelang Ramadan dan Syawal 2013

Bulan Jun menyambut tirai dengan syahdu meninggalkan Mei yang penuh bermakna, begitulah saban tahun, silih berganti. Begitu juga dengan artikel atau entry yang bakal diterjemah pada hari ini. Bulan Ramadan yang bakal menjelma ini membangkitkan jutaan rasa dan perasaan yang sangat gembira. Kenapa? Ramadan antara bulan yang dinanti oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk menjalani ibadah puasa wajib.

Bertepatan dengan bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi, tepat pada masanya, saya antara pelajar yang sedang menjalani latihan industry di M.A.C ( Mad About Cake ), dengan berbesar hati melampirkan layangan istimewa hadiah dan promosi bagi aneka biskut menjelang Ramadan dan Syawal tidak lama lagi. Ya, memang agak klise jika ianya terlalu awal, tapi mungkin ini antara langkah perniagaan seseorang tersebut.

Berbalik kepada tema dan isu yang diketengahkan pada kali ini, 8 aneka biskut yang bakal dihasilkan dan dipasarkan pada kali ini bakal memikat selera anda para pengikut setia M.A.C dan mungkin pengikut baru. Jom kita terjah 8 aneka biskut tersebut :

 Chocolate Chip Nazam Lebaran

 Almond Choc Tahajjud Cinta

  Cornflakes Custard Cinta Ini
 
 Oat & Raisin Sanggar Mustika

 Pinky Shorbread Jalinan Cinta

 Almond Sujee Sanggar Ba

 Watermelon Cookies Pancawarna
Luna Almond Sesuci Lebaran

Hiasilah pentas dan ruangan ruang tamu anda dengan pelbagai aneka biskut dari kami di M.A.C. Berminat dengan aneka biskut dari kami, boleh hantarkan butiran dan pertanyaan anda/order ke ;

Emel : izkanputra@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...