Monday 27 July 2015

SHARAPOVA & MAYWEATHER Paling Kaya!


KREDIT : zimbio

Maria Sharapova telah membuktikan beliau bukan sahaja atlet yang berjaya merangkul kejuaraan demi kejuaraan dalam WTA, akan tetapi gadis manis dari Rusia ini juga tersenarai di tangga #1 Atlet Wanita Berpendapatan Paling Tinggi di Dunia (dan berkedudukan #26 bagi keseluruhan) untuk kali ke-11 berturut-turut menerusi Forbes.com. Maria Sharapova memperoleh $29.7 juta hasil wang kemenangan dan pelbagai penajaan yang diterimanya.

Pendapatan penajaan yang dimiliki oleh pemain tenis tinggi lampai ini 2x ganda dari pendapatan yang diperoleh oleh pemain #1 dunia, Serena Williams. Sharapova memperoleh $23 juta wang penajaan, lebih $10 juta berbanding Serena Williams dan menjadikannya berada di kedudukan #26 keseluruhan Atlet Berpendapatan Paling Tinggi di Dunia setakat ini (Jun 2014-Jun 2015).

Pemenang 17 kali kejuaraan Grand Slam kategori lelaki, Roger Federer unggul di kedudukan #5 Atlet Berpendapatan Tinggi di Dunia dengan nilai $9 juta kemenangan dan $58 juta hasil tajaan. Pemain boxing yang terkenal Floyd Mayweather masih unggul di tangga #1 Atlet Berpendapatan Paling Tinggi dengan hasil kutipan sebanyak $300 juta mengatasi kesemua atlet seluruh dunia.

Senarai penuh Atlet Berpendapatan Paling Tinggi di Dunia 2014/2015
FLOYD MAYWEATHER - $300 JUTA (Tinju)
MANNY PACQUIAO - $160 JUTA (Tinju)
CRISIANO RONALDO - $79.6 JUTA (Bola Sepak)
LINONEL MESSI - $73.8 JUTA (Bola Sepak)
ROGER FEDERER - $67 JUTA (Tennis)
LEBRON JAMES - $64.8 JUTA (Basketball)
KEVIN DURANT - $54.1 JUTA (Basketball)
PHIL MICKELSON - $50.8 JUTA (Golf)
TIGER WOODS - $50.6 JUTA (Golf)
KOBE BRYANT - $49.5 JUTA (Basketball)

Atlet Wanita Berpendapatan Tertinggi
#1 MARIA SHARAPOVA (Kedudukan #26 secara keseluruhan) – anggaran RM110juta
#2 Serena Williams (Kedudukan #47 secara keseluruhan) – sekitar RM95juta

Sunday 26 July 2015

Konsert Soo Wincci Oktober Ini?

Foto dari page Wincci
Beliau seorang penyanyi, pelakon dan juga bekas Ratu Cantik Dunia Malaysia, Soo Wincci tidak meletakkan diri dalam zon selesa. Wincci sentiasa mahu pembaharuan dan kreatif dalam perjalanan hidup serta seninya. Berita terbaru yang diterima, khabarnya penyanyi yang terkenal di negara Taiwan ini sedang giat menjalani latihan bagi sebuah konsert solo beliau tidak lama lagi. Wahh! Tahniah Wincci. Bukan itu sahaja, konsert ini khabarnya bakal diadakan di Plenary Hall, KLCC pada penghujung Oktober 2015 nanti. Berita ini disahkan mengikut hashtag yang turut dikongsikan oleh beliau sendiri di laman rasmi Instagramnya.

Dalam perkembangan lain, tahun ini adalah tahun keempat buat dirinya berpuasa penuh pada bulan Ramadan dan sudah tamat berpuasa enam pada bulan Syawal ini. Tahniah sekali lagi, menurut update dari empunya diri yang terkenal dengan lagu Musim Asmara, amalan berpuasa dapat membuatkan dirinya lebih bersemangat malah beliau sendiri mengakui banyak manfaat dengan berpuasa.

Kami di DL menyambutbaik konsert yang bakal dijayakan oleh Wincci. Harap lagu berbahasa Melayu beliau yang dimuatkan dalam album Su Win Si turut dinyanyikan pada malam tersebut. Selamat maju jaya buat Wincci!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...