Friday 11 September 2015

Kalendar Rasmi TOM DALEY 2016 Mula Dijual!


Kalendar rasmi Tom Daley 2016 boleh dibeli di pyramidshop.com. Foto pyramidshop.com

Beliau bukan sahaja sangat aktif dengan dunia sukan terjunnya, jejaka dan penerjun dunia ternama, Tom Daley juga sangat aktif dengan dunia komersial. Setelah tahun 2015 beliau tampil dengan koleksi kalendar, beliau meneruskan bagi 2016 dengan menghasilkan koleksi kalendar yang mempertaruhkan wajah tampannya. Kalendar tersebut dijual bermula September 2015 ini dan tidak perlu menunggu sehingga 2016. Kalendar rasmi Tom Daley 2016 turut menyaksikan personaliti bintang muda dengan koleksi gambar fizikal tubuh sasa miliknya.

Kalendar TOM DALEY 2016

Kalendar TOM DALEY 2016

 
Kalendar TOM DALEY 2015

Kalendar TOM DALEY 2015

Kalendar tersebut boleh diperloleh di laman web pyramidshop.com dengan harga RM66.30 (9.99 British Pound). Semua foto, kredit bagi laman web PYRAMIDSHOP.COM

Wednesday 2 September 2015

MASKULIN Rai Ulangtahun ke-15, Tampil dengan Edisi Bumper


FOTO : MASKULIN

Pejam celik, pejam celik, kini majalah unggul lelaki di Malaysia, MASKULIN kini sudah berusia 15 tahun pada September 2015 ini. 15 Tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Diakui, pasukan MASKULIN memang berusaha keras untuk kekal utuh menjadi pilihan pembaca di Malaysia.

Bukan sahaja mendapat tempat dihati peminat dan pembaca seluruh Malaysia, MASKULIN yang kini meraikan ulangtahun ke-15 juga antara majalah yang sangat berpengaruh di Malaysia. Bagi meraikan ulangtahun ke-15 tersebut, MASKULIN dengan berbesar hati menghadikan para pembaca budiman dengan edisi bumper, yang sudah pastinya tebal dan kaya dengan input yang sedikit berbeza dari kebiasaan. Edisi Bumper ini dijual dengan harga RM12.50, dan yang pasti LEBIH TEBAL, LEBIH PADAT, LEBIH INFO dan LEBIH SEGALANYA.

Kami di DL mengucapkan jutaan tahniah dan selamat menyambut ulangtahun ke-15 MASKULIN. Semoga terus berjaya menempa nama dan mendaki ke puncak kejayaan yang gemilang. Tahniah MASKULIN.

Mungkin ini sekadar cadangan, bagi meraikan ulangtahun ke-15, MASKULIN juga boleh menjayakan satu majlis istimewa bersama pembaca yang terpilih. Dengan cara ini sekaligus dapat mengenali pembaca-pasukan MASKULIN dengan lebih dekat. Selain itu juga, dapat mengeratkan ikatan silaturahim sesama kita semua. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...