Saturday 15 April 2017

Siti Nurhaliza Tampil Album Baru, SimetriSiti




Setelah genap sebulan proses rakaman vokal, penghasilan cover bagi album terbarunya, kini figura kesayangan ramai Dato’ Siti Nurhaliza secara rasmi akan tampil dengan album penuh pada Mei ini. Album diberi nama SimetriSiti ini mengandungi 10 buah lagu, dimana komposer yang terlibat adalah daripada mereka-mereka yang pernah bekerjasama dengan Siti sebelum ini. Beberapa komposer dari Indonesia turut menyumbang beberapa buah lagu, antaranya Opick, Ivan Lahardika serta penggubah lagu berhantu dari album Fragmen, Ade Govinda. Selain itu, komposer yang turut mewarnai album terbaru Siti Nurhaliza ini Aubrey Suwito, Ad Samad, Mohariz Yaakup, Amirah Ali, Sulu Sarawak dan ramai lagi.

Lebih menarik, Siti sendiri turut menyumbang hasil karya sendiri menerusi lagu ‘Penghiburku’. Siti turut pernah menghasilkan beberapa karya lagu sebelum ini seperti Cahaya Cinta, Hati Berbisik dan banyak lagi.

Mengenai perkembangan terbaru album ini, single pertama yang akan dipertaruhkan oleh Siti adalah sebuah lagu balada, Segala Perasaan iaitu hasil ciptaan Ivan Lahardika. Menariknya, Ivan lahardika turut menyumbang sebuah lagu duet Siti bersama Judika menerusi ‘Kisahku Inginkan’. Album ini akan dilancarkan pada 5 Mei dan kemungkinan secara rasmi berada di pasaran sekitar 10 Mei 2017. Antara lagu yang terkandung dalam SimetriSiti ;

Ø  Kau Takdirku
Ø  Segala Perasaan
Ø  Bersandar Cinta
Ø  Manis Terindah
Ø  Tak Perlu Ragu
Ø  Ikrar Cinta
Ø  Hiasi Duniaku
Ø  Penghiburku
Ø  Kisahku Inginkan
Ø  Aku Bukan Malaikat

Kredit Gambar : Teaser cover SimetriSiti (IG RoziSangdewi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...