Thursday 12 May 2016

Pak Ngah Buat Lagu Raya Terbaru untuk Siti Nurhaliza


kredit RoziSangdewi

Karya seperti Nirmala, Cindai, Anugerah Aidilfitiri, Sesuci Lebaran – siapa tidak kenal dengan lagu ini? hasil ciptaan komposer terkenal Malaysia, Pak Ngah Suhaimi amatlah sinonim dengan sentuhan ulungnya kepada mustika hati Malaysia, Siti Nurhaliza. Sehingga hari ini, lagu yang pernah menjurai pelbagai anugerah tersebut masih diterima ramai dan acapkali menjadi pilihan stesen radio untuk diputarkan.

kredit EpieTemerloh
Teka-teki kemunculan lagu raya baru Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila penyanyi yang popular dengan lagu Balqis ini akan tampil dengan lagu raya terbaru tidak lama lagi. Berita ini telah disahkan oleh pengurus Siti sendiri, Rozisangdewi di akaun rasmi miliknya. Tambahan lagi, karya tersebut mendapat sentuhan bapa Irama Malaysia, Pak Ngah Suhaimi yang sebelum ini turut menghasilkan lagu raya yang menjadi ‘evergreen’ sehingga hari ini seperti Sesuci Lebaran. Rata-rata pengikut Siti Nurhaliza kelihatan tidak sabar untuk melihat hasil kerjasama terbaru kedua ikon ini dalam penghasilan lagu raya.

Selain itu, Siti yang baru sahaja selesai menjalani rakaman bagi klip video terbarunya berjudul Menatap Dalam Mimpi hasil ciptaan Aubrey Suwito dan sentuhan lirik dari RoziSangdewi. Lagu tersebut terkandung dalam album Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...