Sunday 15 February 2015

NEIL PEREZ Juara Mr International 2014


Neil Perez, Mr International 2014

Jejaka dari Filipina, seorang anggota polis negara tersebut menepati ramalan berada di TOP5 Mr International sekaligus menjuarai pertandingan tersebut dengan menewaskan 28 peserta lain seluruh dunia pada edisi 2014/2015 ini. Neil Perez sudah dijangka akan berada dalam kelompok 5 peserta teratas dengan mempamerkan persembahan yang terbaik sepanjang aktiviti dan tugasan ketika di Mr International edisi ke-9 pada tahun ini.

1st Runner-Up : Mr Lebanon
Dengan kemenangan tersebut, Neil Perez menewaskan calon pilihan yang lain seperti wakil Lubnan, Rabih El Zain di kedudukan kedua. Peserta yang disebut-sebut antara wajah juara, wakil Poland nampaknya sedikit ‘tergelincir’ apabila beliau hanya menduduki tempat keempat di belakang peserta Republik Czech. Tempat kelima diungguli wakil Slovenia, Mitja Nadizar.
 
2nd Runner-Up : Mr Czech Republic
Setelah edisi 2013 diadakan di Indonesia, kini edisi 2014 menyaksikan Korea Selatan menjadi tuan rumah bagi majlis prestij male pageant ini. Walaupun dapat dilihat ada sedikit ‘kontroversi’ apabila beberapa nama yang awalnya menjadi wakil di Mr International menarik diri atas sebab tertentu, pertandingan yang pernah menjulang wakil Venezuela pada 2013 ini berjalan dengan lancar. Cuma agak terkilan kerana wakil-wakil lain seperti Argentina, Venezuela, Nicaragua, Honduras, Chile tiada pada edisi kali ini. jom kita lihat senarai penuh keputusan Mr International 2014/2015 malam tadi.
 
3rd Runner-Up : Mr Poland
Mr International : Mr Philippines
1st Runner-Up : Mr Lebanon
2nd Runner-Up : Mr Czech Republic
3rd Runner-Up : Mr Poland
4th Runner-Up : Mr Slovenia

TOP10
Mexico
Brazil
Thailand
Korea
Japan

TOP15
Colombia
Guam
Puerto Rico
Indonesia
Myanmar
 
4th Runner-Up : Mr Slovenia
Most Stylish Award : Mr Korea
Best National Costume Award : Mr China
Mr Photogenic Award : Mr Japan
Mr Congeniality Award : Mr Colombia
People Choice : Mr Poland
Best Formal Wear : Mr Brazil 

Kredit Photo : MISSOSOLOGY

Tuesday 10 February 2015

[PIALA FED] Rusia Tewaskan Poland 4-0, Mara ke Separuh Akhir


FOTO mariasharapova.com

Pasukan Rusia kini melangkah ke separuh akhir Piala Fed apabila menewaskan pasukan Poland dengan keputusan 4-0 kelmarin. Bintang sensasi Rusia, Maria Sharapova menyudahkan dan membawa kemenangan keempat bagi Rusia selepas menewaskan pemain #1 Poland, Agnieszka Radwanska dengan straight-set 6-1 7-5 dalam masa 1 jam 46 minit. Sharapova hanya tewas satu game sahaja pada set pertama akan tetapi set kedua beliau bergelut dengan rentak sebelum menang 7-5 ke atas Poland.

Dalam perkembangan sebelum ini, Sharapova turut menewaskan Ursula Radwanska dengan straight set pada Sabtu lalu, diikuti kemenangan Kuznetsova keatas Radwanska serta beregu Vitalia Diatchenko dan Anastasia Pavlyuchenkova menewaskan Klaudia Ignacik dan Alicja Rosolska dengan keputusan 6-4 6-4.

Aksi separuh akhir akan berlangsung pada April menyaksikan pasukan Rusia akan bertemu dengan Jerman.

Maria Sharapova akan muncul di kejohanan pertama yang disertai dalam kariernya iaitu di Acapulco pada penghujung Februari ini. 

Sumber : olahan kembali dari mariasharapova.com

Sunday 1 February 2015

Grand Slam ke-19 Buat Serena, Tewaskan Sharapova di Final Terbuka Australia


KREDIT ZIMBIO

Jaguh tenis Amerika Syarikat dan Juara Terbuka Australia 5 kali, Serena Williams raih trofi keenam dalam kariernya bagi Grand Slam Terbuka Australia dengan menundukkan jelitawan tenis dari Rusia, Maria Sharapova, petang semalam dengan keputusan straight-set 6-3 7-6. Perlawanan  diantara pilihan pertama dan kedua tersebut berlangsung selama 1 jam 51 minit.

Kini, Serena Williams mengumpul sejumlah 19 kejuaraan Grand Slam manakala Maria mengumpul 5 trofi Grand Slam, dimana kali terakhir beliau memenanginya pada Terbuka Peracis pada tahun lepas. Dalam rekod pertemuaan kedua atlet wanita unggul bidang tenis ini, Serena mendahului kemenangan perlawanan kepada 17-2 dimana kali terakhir Sharapova menewaskan Serena pada tahun 2004, kira-kira 11 tahun yang lalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...