Tuesday 28 February 2012

Rentapan LEHER..? Bahayakah..??

Penat pada bahagian leher..??, mesti kebanyakan orang ramai akan merentap leher seperti bunyi mirip ‘tulang patah’ bagi menghilangkan rasa sengal & penat pada bahagian leher tersebut. Hasilnya, rasa sengal & penat tersebut akan hilang semuanya.


TAPI tahukah anda, perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya iaitu mendapat STROK kepada kita sekiranya diamalkan secara berterusan. Mengikut teori yang dikeluarkan oleh pakar kecergasan dari New York, Henry S Lodge MD, merentap pada bahagian leher boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian arteri & pembuluh darah.
olahan : MASKULIN 

Saturday 25 February 2012

Cahaya TV yang BAHAYA..!!

Anda kaki TV..?? menonton televisyen amatlah menyeronokkan TAPI untuk pengetahuan anda, cahaya yang dipancarkan melalui peti televisyen tersebut secara tidak langsung boleh memudaratkan kesihatan anda..!! bahaya tesebut bukanlah dalam jangka masa yang pendek bahkan akan memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.


Cahaya dari peti televisyen tersebut boleh meminimumkan hormon MELATONIN iaitu hormon penting dibebaskan oleh kelenjar pineal dalam otak yang membantu mengekalkan kestabilan irama dalam badan. Cahaya yang berlebihan akan menyebabkan kitaran MELATONIN dalam badan akan terganggu sekaligus akan menyebabkan gangguan tidur, resah & penglihatan menjadi kabur.
olahan semula : MASKULIN

Monday 20 February 2012

3 Model Tempatan Penghias Muka Depan Mac/April GLAM Lelaki

Majalah lelaki di Malaysia sememangnya kurang, akan tetapi dengan hadirnya beberapa majalah dibuat khususnya menepati citarasa lelaki masa kini amatlah tepat & sesuai sebagai panduan kepada lelaki pada masa kini. Jadi, kali ini DL ingin berkongi majalah yang juga sesuai menjadi pilihan anda semua, GLAM Lelaki edisi Mac & April 2012. Pada kali ini, GLAM Lelaki menampilkan 3 model tempatan yang menjadi penghias muka depan majalah mereka, Ikhwan Nor, Ahya Ulumudin & Juan Hilmi.


Dominasi Lelaki : bagi mereka yang belum mendapatkannya, boleh dapatkannya di pasaran..!! banyak tip & info yang menarik boleh didapati dalam GLAM Lelaki.

Saturday 18 February 2012

AZLEE KHAIRI dalam Maskulin Bulan Mac

Setiap bulan DL pastinya akan berkongsi kepada pembaca semua mengenai tip & berita terbaru majalah lelaki popular di Malaysia, MASKULIN.

Bagi edisi Mac, ‘produk’nya sudah dikeluarkan..! DL jugak sempat sambar 1 naskah MASKULIN sebagai bahan bacaan lelaki yang terbaik. Pada edisi MASKULIN kali ini, telah menampilkan seorang pelakon yang telah mewarnai banyak drama & filem iaitu Azlee Khairi.


MASKULIN bulan ini jugak, salah satu perkara yang telah mengejutkan & mengembirakan DL sendiri adalah dengan pembaharuan yang telah ditampilkan oleh pihak MASKULIN sendiri apabila membuat satu pembaharuan kepada kulit majalah mereka tersebut. Kebiasaannya sebelum ini, pilihan cover yang ‘licin’ amat sinonim & digunapakai oleh MASKULIN, akan tetapi DL nampak kali ini, pihak mereka telah memilih jenis cover yang agak kasar & kelihatan agak kemas. (ini hanya pandangan peribadi DL sendiri). DL amat menyukai produk & hasil yang dikeluarkan oleh MASKULIN.

DOMINASI LELAKI : semoga pihak MASKULIN akan berjaya dan terus berjaya pada masa hadapan dapat menambat hati & citarasa pembaca di luar sana. Bagi mereka yang belum mendapatkan naskah MASKULIN, jangan lupa dapatkannya sekarang. SELAMAT MEMBACA..

Wednesday 15 February 2012

MARIA SHARAPOVA di Minggu Fesyen New York ( Marc Jacobs )

MARIA SHARAPOVA, seorang atlet wanita dalam bidang tenis yang sangat dikagumi oleh orang ramai. Bintang tenis Rusia ini mempunyai empayar peminat & personaliti yang sangat menarik. Pada 13 Februari 2012 baru2 ini berlangsungnya  pertunjukkan oleh individu yang sangat terkenal dunia, Marc Jacobs. Bintang tenis dunia, MARIA SHARAPOVA juga terlibat & menghadiri majlis yang berprestij tersebut. Jom kita saksikan sedikit preview gambar yang sempat diambil ketika majlis tersebut. Kredit pada Getty Images :












Tuesday 14 February 2012

INFO 1 - BURUNG HANTU

info yang mahu dikongsikan hari ini oleh DL adalah petikan yang dilayangkan oleh akhbar METRO.


Tahukah anda, ada lebih 130 spesis burung hantu yang tergolong dalam kalangan dua famili iaitu TYTONIDAE & STRIGIDAE. Menurut kajian, burung hantu berasal daripada reptilia yang hidup kira2 180 juta tahun dahulu.




* sekadar gambar hiasan

Monday 13 February 2012

Sangkakan MANI, tapi DARAH..

Hari ini, DL mencuba sesuatu yang baru dengan mengetengahkan persoalan yang telah dibincangkan dalam sebuah akhbar iaitu METRO, yang dijawab oleh Pakar Sakit Tuan, Dr. Ismail Thamby.

Situasi :
Seorang bujang, yang sebelum ini selalu melakukan onani tetapi sudah sebulan berhenti. Akan tetapi, apabila terangsang, beliau seakan2 merasa sesuatu yang terkeluar daripada alat sulitnya.  Pada mulanya beliau sangkakan ianya adalah air mani yang keluar daripada alat sulitnya, tetapi darah yang terkeluar..! darah yang terkeluar itu tidak menunjukkan rasa sakit tapi terangsang seolah2 ketika melakukan hubungan seks.


Jawapan :
Terpancut air mani dan mendapati ada campuran darah dalam air mani.
Darah dalam air mani dikenali sebagai hematospermia. Jika ia terkeluar daripada tempat luka dalam salur kencing anda, sudah tentu darah juga akan keluar ketika membuang air kecil dan salur kencing anda akan terasa sakit. 

Jika darah tidak keluar ketika anda kencing, maka darah yang keluar itu sudah tentunya datang daripada pundi prostat atau daripada pundi seminal atau daripada salur sistem ejakulasi. 

Ini boleh berlaku jika bahagian itu mengalami keradangan dan ejakulasi itu mungkin membuatkan saluran darah kecil tercedera dan mengeluarkan darah dalam kandungan air mani. 

Kemungkinan ini berlaku kepada anda memang tinggi memandangkan anda dalam keadaan yang amat teruja dan mencetuskan ejakulasi secara kuat. 

Memandangkan kerap melakukan onani, sudah pasti akan cuba mengawal ejakulasi, bagaimanapun ia gagal dan ejakulasi keluar secara kuat. 

Apabila bengkak dan pendarahan itu lega, darah tidak akan kelihatan. Tetapi, masalah keradangan bahagian itu perlu mendapat rawatan sewajarnya. 

Biasanya, jika anda biarkan saja tanpa berbuat apa- apa, keadaan ini akan turut menjadi lega tetapi perkara ini boleh berlaku kembali pada kemudian hari. 

Jika itu berlaku, anda perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan jika terdapat jangkitan, doktor akan beri rawatan sewajarnya.

Apa itu Hematospermia ..?? KLIK DISINI

Saturday 11 February 2012

LELAKI & AZOOSPERMA, Bahayakah..??

AZOOSPERMA..!! apa itu AZOOSPERMA..?? anda mengetahuinye..??? adakah ia memberi kesan kepada kita sebagai lelaki..?? persoalan sebegini acap kali dilemparkan kepada kita, taoi tahukah anda mengenainya..?? mengikut kepada rujukan yang dikeluarkan oleh majalah lelaki yang HOT di Malaysia, MASKULINAZOOSPERMA adalah suatu keadaan dimana air mani ( semen ) tidak mengandungi SPERMA..! Pada umumnya & diketahui semua, air mani yang dikeluarkan ketika ejakulasi terdapat di dalam sperma & plasma semen.


AZOOSPERMA biasanya tidak menimbulkan gejala, akan tetapi kita digalakkan melakukan pemeriksaan sperma terutamanya kepada pasangan yang belum mempunyai cahaya mata. Analisis yang didapati apabila sesetengah pasangan membuat pemeriksaan, 5 % daripadanya mengalami AZOOSPERMA.

DL : info ini amat berguna kepada kita semua terutamanya kaum Adam. Jom, kita kongsi ramai2

Ana Raffali Tampak Manis dengan Imej Bertudung

Manisnya gadis ini bertudung..!! mungkin itulah bait2 kata yang boleh diterjemahkan kepada insan yang bernama Ana Nur Hidayah Mohd. Raffali, 27 atau mudah di sapa Ana Raffali tatkala memandang imej terbaru yang dibawa oleh si platun lagu Kalau Berpacaran ini. Ana tampak manis & cantik sekali. Ana juga menyatakan bahawa penghijrahan yang dilakukan ini adalah doa individu sekeliling yang sentiasa memberikan galakan dan sokongan yang tidak terhingga selama ini.


Sebelum ini juga, penyanyi ini juga telah membuat pengunguman mengenai majlis perkahwinannya dengan seorang jejaka yang berasal dari Selangor, iaitu Ahmad Aznaim Abdullah @ Naim. Khabarnya buah hatinya ini ialah seorang jurufoto bebas.

Sebagai hadiah daripada hati Ana, beliau juga telah menghasilkan sebuah karya untuk didedikasikan kepada cinta sejatinya iaitu Naim yang diberi tajuk Sampai Bila. Petikan yang diolah dari KOSMO menyatakan, hampir 2 tahun lagu ini disimpan & yang menariknya jalan cerita dalam lagu tersebut menceritakan mengenai empunya diri ( Ana ) & Naim


DL : semoga kehidupan yang baru yang dibina oleh Ana & Naim akan dirahmati-Nya & langkah yang diambil oleh Ana utk ‘berhijrah’ itu adalah baik & semoga Ana dapat mengekalkannya ok, TAHNIAH DL ucapkan..

Monday 6 February 2012

'AURA' Dato' Siti 'PUKAU' Penonton..!

Rasanya masih belum terlambat lagi DL ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul, semoga kita dapat menghayatinya dengan penuh ketulusan. Bertepatan dengan itu, satu konsert percuma bertemakan ‘Muhammad Al-Ameen’ diadakan dengan menggabungkan nama2 besar industri muzik tanah air iaitu Penyanyi & Artis Popular Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza & Kumpulan Rabbani. Mereka juga penganjur persembahan tersebut. Selain Dato’ Siti & Rabbani, penonton juga dapat menyaksikan artis seperti Amy Search, Najwa Latif serta Sabri Yunus.


Persembahan yang amat ditunggu2 adalah persembahan dari Dato’ Siti yang mengenakan busana yang cukup indah. Imej yang ditonjolkan oleh Dato’ Siti malam tersebut tersangatlah cantik & bak kata orang sejuk mata kita memandang..!! Siti bukan sahaja menghiburkan penonton bahkan juga membuat persembahan berbentuk gurindam & syair yang berlandaskan sifat2 Rasulullah SAW.


Kali ini juga, Siti & Rabbani secara esklusifnya menyampaikan lagu duet terbaru mereka yang diberi judul ‘Muhammad Al-Ameen’, selain alunan merdu ‘Rasul Junjungan’, ‘Ketika Cinta’, dan sebuah lagu yang muzik asalnya CINDAI tapi ditukarkan liriknya seperti lagu kerohanian. Dikhabarkan sekitar 10 ribu penonton turut hadir melihat persembahan tersebut yang diadakan di Taman Tamadun Islam, Terengganu.

Jom kita saksikan sedikit sebanyak gambar2 yang sempat diambil oleh rakan DL, Joey Zoey semasa berada di persembahan 'Muhammad Al-Ameen' tersebut..






DL : sama2 la kita menghayatinya & mencontohi sifat2 & keperibadian Rasulullah SAW

Sunday 5 February 2012

Calon SPM, STPM Perlu Aktif Kokurikulum untuk Masuk Universiti

Berita Harian, Temerloh : Calon2 bagi Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) & Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) diingatkan supaya aktif dalam kegiatan kokurikulum sebagai syarat tambahan bagi melanjutkan pelajaran ke universiti negara ini.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ini kerana pelajar tidak dapat menyambung pelajaran dalam kursus yang dipohon berikutan tidak mengambil bidang kokurikulum ketika persekolahan. Untuk memasuki universiti bukanlah sesuatu yang sukar, sebaliknya seseorang pelajar memerlukan dua persediaan awal iaitu kelulusan akademik yang cemerlang & 10 % pencapaian dalam kokurikulum. - BERNAMA


Dua Negeri di Australia Tenggelam

Berita dunia yang dipetik dari akhbar KOSMO hari nie mengetengahkan berita mengenai dua negeri di Australia telah tenggelam..! tenggelam..?? YA..! itulah yang sedang berlaku. Ribuan penduduk terputus hubungan semalam selepas hujan lebat melanda telah menyebabkan air di beberapa tebing sungai di pedalaman timur Australia melimpah dengan sebahagian keluarga diancam serangan ular berbisa ketika berlindung di bumbung rumah.


Lebih 11 000 orang terputus hubungan sahaja di Queensland, setahun selepas sekitar 35 orang maut dalam banjir kilat yang turut meneggelamkan 30 000 kediaman di negeri berkenaan & juga di New South Wales.

Sebahagian besar tanaman termasuk kapas, tebu & kacang soya & jagung ditenggelami air. Bacaan banjir di beberapa batang sungai di negeri NSW & Queensland mencatat paras melebihi 13 meter.  Dijangkakan banjir akan berterusan selama beberapa hari malah akan berlarutan sehingga beberapa minggu di sesetengah kawasan. – Reuters

Friday 3 February 2012

Remaja Dipenjara kerana Bercium

Rasanya sudah lama blog DL nie tidak buat apa2 entry untuk pembaca yang mengikuti blog ni ( perasan jap macam la DL nie blog femes ) hahaha. Apa2pon hari ini DL nak berkongsi berita yang dipetik dari akhbar Sinar Harian mengenai berita di Abu Dhabi.


Seorang remaja lelaki yang berumur 15 tahun telah dimasukkan ke pusat juvana selama 3 tahun selepas ditangkap bercium bersama 2 remaja perempuan yang juga adik beradik. Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan di rumah. Remaja tersebut dituduh melakukan serangan seksual, memecah masuk, malah remaja tersebut memberitahu hakim bahawa remaja perempuan yang berumur 13 tahun ini membenarkan masuk & kejadian tersebut bukanlah pertama kali.

Hakim menetapkan remaja lelaki itu boleh ditahan sehingga berumur 18 tahun tetapi boleh dibebaskan jika dia menunjukkan keinginan untuk berdisiplin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...