Sunday, 23 February 2014

Azwar Kamaruzaman Tampil dengan 'NASI KANGKANG'



Setelah tampil hebat dengan karya hebat, BABI : Bercinta Di Balik Api, kini anak muda ini tampil dengan buah tangan terbaru, menggunakan tajuk yang agak ‘panasssss’ iaitu NASI KANGKANG..! pihak kami seakan terpanggil untuk mewawancara beliau dan mencari sedikit maklumat prihal karya terbaru beliau yang mungkin bakal menandingi BABI, sebuah karya ulung beliau sebelum ini.

Nasi Kangkang sebenarnya diilhamkan tatkala kawan saya gagal mendapat cinta daripada insan yang disayanginya. Jadi, pada masa yang sama, saya cuba untuk kembangkan cerita tersebut dengan olahan, sentuhan gaya tersendiri. Pemilihan 'Nasi Kangkang' dibuat, dilihat Malaysia tiada lagi cerita sedemikian dinovelkan, cuma kebanyakannya diceritakan melalui buku ilmiah yang berbentuk fakta sahaja. Jadi, saya mengambil peluang ini untuk menceritakan kesan dan akibat yang berlaku sekiranya kita terlalu menghambakan syaitan dan menggunakan ilmu hitam dalam perkahwinan, akan tetapi saya olahkan menjadi sebuah cerita” jelasnya kepada kami.



Untuk cerita dan fahaman yang lebih lanjut, jangan lupa dapatkan 'NASI KANGKANG' karya terbaru daripada penulis anak muda ini, Azwar Kamaruzaman dengan terbitan Lejen Press di kedai buku berdekatan serta ke laman rasmi Lejen Press. Kepada yang ingin mengenali anak muda ini dengan lebih rapat, jangan lupa boleh terus ke akaun rasmi milik beliau seperti  di Azwar Kamaruzaman (FB), @mohamad_azwar (Twitter), dan AZWARKAMARUZAMAN (Instagram).

[EKSKLUSIF] Haniff Wakili Malaysia ke Miss/Mister Teen Prince Southeast Asia 2014




Saingan yang sengit daripada pelbagai saluran dunia dengan percaturan yang sangat hebat. Malaysia yang bakal diwakili oleh 2 wakil yang bakal berentap di atas pentas di Singapura bagi merebut gelaran Miss/Mister Teen Prince Southeast Asia 2014 yang bakal berlangsung pada 6-7 Jun 2014 ini.

Jejaka yang memiliki rupa paras yang sangat komersial ini, juga seorang finalis bagi Mister Planet 2013/2014 bagi negeri Selangor akan diiringi dengan seorang gadis berumur 19 tahun juga dari Selangor iaitu Manisha Kaur. Selain Malaysia, antara negara yang bakal berentap pada pertandingan tersebut adalah China, Indonesia, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Singapore, Taiwan, Filipina dan beberapa buah negara lain lagi.
Dalam perkembangan lain, beliau yang mesra disapa Haniff kini dalam persediaan dari segi fizikal dan mental seperti mencari sumber-sumber pengetahuan am, menjaga diet pemakanan serta latihan bagi mendapatkan bentuk badan yang mantap menjelang pertandingan ini.

Target saya sudah tentu mahu yang terbaik..! apapun saya ambil pengajaran dari pertandingan yang saya pernah sertai sebelum ini seperti di Mister Planet yang lepas. Untuk kali ini, saya akan lakukan lebih dari 200% dan bawa semua ilmu yang sudah diajar ke pertandingan seterusnya, saya akan buat yang lagi terbaik, pada masa yang sama mahu mengharumkan negara”, katanya lagi dalam sesi wawancara penuh santai bersama Dominasi Lelaki.

DOMINASI LELAKI : kami sangat kagum dengan semangat yang ada pada anak muda ini, semoga dapat mencapai semua impain dan harapan. Selamat berjaya..!

SU WIN SI Hadiah Istimewa Soo Wincci




Beliau seorang gadis memiliki raut wajah yang cantik, memiliki kepakaran dalam bidang masakan serta dalam bidang akademik, kini penyandang Miss World Malaysia 2008, Soo Wincci tampil dengan album mini berbahasa Melayu sepenuhnya, Su Win Si yang memuatkan 4 buah lagu ciptaan Ajai dan beliau sendiri. Penampilan beberapa album sebelum ini yang dikira sangat berjaya, telah menarik beliau menghasilkan album mini berbahasa Melayu dek kerana diakui bahawa pengikut kerjaya seninya juga ada dalam kalangan kaum Melayu. Wincci juga sangat bertuah kerana dalam album ini, beliau juga telah merakamkan sebuah lagu hasil sentuhan Joe Flizzow, ‘Terus Teranglah’ yang juga diangkat sebagai single pertama melalui album ini.

Melalui album Su Win Si ini juga, Wincci berjinak-jinak dalam penghasilan lagu dan mendapat sambutan yang baik daripada penerbit album, Ajai. Menerusi lagu ‘Musim Asmara’, Wincci telah berkolaborasi bersama dengan Ajai menghasilkan melodi yang indah serta diserikan dengan nukilan lirik yang puitis hasil sentuhan Slen. Su Win Si dipertaruhkan oleh jelitawan ini juga kerana memudahkan semua peminat untuk menyebut nama Wincci dalam perkataan Melayu bagi peminat bangsa Melayu.


Dalam perkembangan lain, wanita yang diangkat antara wanita tercantik dunia pada tahun 2013 ini sedang aktif di Taiwan bagi mengembangkan lagi kerjaya seninya diperingkat antarabangsa. Semoga Soo Wincci terus berjaya pada masa akan datang. Selain memiliki rupa paras yang menawan, Wincci juga pemegang degree jurusan Undang-Undang daripada Universiti Reading di UK dan memiliki MBA daripada Universiti Sunshine Coast dan akan menamatkan PHD dalam jurusan Perniagaan pada tahun 2014 ini.

Lagu yang terkandung dalam album Su Win Si dari Soo Wincci adalah seperti Terus Teranglah, Musim Asmara, Jangan Risau dan Nombor Satu.

Saturday, 22 February 2014

(GAMBAR) Sidang Media Autumn Di Hatiku Musim 2



Kuala Lumpur, 20 Februari 2014 – Tonton, portal video No.1 di Malaysia dengan bangganya bersama Garnier membawakan semula siri web original Autumn Di Hatiku bagi musim kedua. Autumn Di Hatiku Musim 2 menampilkan Hanez Suraya, Kim Jin Sung, Ezzaty Abdullah serta sahabat baru mereka iaitu Amran Ismail, Iedil Putra dan pelakon kacukan Korea-Peancis, Youmie Robert. Siri ini akan bersiaran bermula 27 Februari 2014 dengan episode baru setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 12 tengahari.



Autumn Di Hatiku meneruskan kesinambungan musim pertama apabila Nina lakonan, Hanez Suraya kembali solo dan kini menguruskan perniagaan bakeri. Selain memendam rindu kepada Zidick dan Autumn ( Kim Jin Sung ), Nina perlu berhadapan dengan pesaing perniagaannya.

Musim kedua ini menyaksikan jenama penjagaan kulit, Garnier yang turut tampil bersama menerusi siri ini. Garnier amat teruja untuk bekerjasama menerusi drama ini kerana penglibatan barisan pelakon yang hebat dan jalan cerita yang menarik. Tambahan lagi, kita sedia maklum bahawa menerusi drama ini mampu menarik perhatian golongan muda seperti juga jenama Garnier.
 


Mungkinkah hubungan Autumn dengan Nina kembali bersatu? Adakah kehadiran Summer lakonan Youmie Robert memusnahkan segalanya? Jangan lupa menonton Autumn Di Hatiku 2 bermula 27 Februari 2014 hingga 26 Mac 2014, 12 tengahari, bergenre komedi romantik. Barisan pelakon yang terlibat adalah Hanez Suraya, Kim Jin Sung, Youmie Robert, Ezzaty Abdullah, Amran Ismail, Eidil Putra.







Konsert Amal Dato' Shake 10 Mei 2014, UMI diberikan Nafas Baru

Selasa, 18 Februari 2014 – penyanyi Dato’ Shake baru-baru ini telah melancarkan klip video terbaru yang berjudul UMI, iaitu sebuah lagu yang diberikan nafas baru serta sidang media bagi konsert amal beliau yang bakal diadakan pada 10 Mei 2014 di Kuching, Sarawak.


Menerusi klip video terbaru ini, dapat dilihat pemilihan melodi masih sama akan tetapi diberikan nafas baru serta suntikan element blues. Klip video ini dilakukan sekitar Bandar Paris seperti memberi simbolik kepada beliau yang terkenangkan kepada uminya tatkala berada di Paris. Tambahan lagi, klip video ini juga beliau tujukan kepada semua yang bergelar ibu/umi.

Bercakap prihal konsert amal beliau yang diadakan di Sarawak pada Mei nanti, beliau memilih tarikh iaitu 10 Mei kerana ianya mempunyai tarikh yang sama dengan hari ibu. Konsert ini juga lebih kepada konsep mengimbas kembali kepada era tahun sebelum ini. Lebih menarik lagi, pemuzik dan penari juga akan berkolaborasi antara pemuzik Malaysia-Paris.

Konsert berdurasi selama sekitar 2-3 jam ini menampilkan lagu hit dari penyanyi ini sendiri serta ada kejutan yang bakal dibuat olehnya sepanjang konsert ‘Perjalananku’ ini berlangsung. Dijangkakan sekitar 30 buah lagu bakal dibawa dengan iringan pemuzik Malaysia-Peracis. Klip video tersebut boleh ditonton di laman Youtube.

Gandingan Fara Fauzana dan Amy Mastura di ABPBH 2013



 Selasa, 18 Februari 2014 – Majlis Pra Kemuncak bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 tampak meriah dengan kelibat ramai selebriti dan finalis yang turut hadir memeriahkan lagi sesuana pada petang itu.


Selain memperkenalkan penaja-penaja baru pada ABPBH kali ini, majlis ini juga turut memperkenal 2 peneraju utama iaitu pengacara bagi majlis kemuncak yang diadakan pada awal April ini. Fara Fauzana dan Amy Mastura dipilih menjadi tunjak utama sebagai pengacara pada ABPBH 2013 yang bertemakan Magis Alam. Acara permaidani merah pula akan diterajui oleh Didie Alias dan Awal Ashaari.


Pada majlis pra kemuncak ini, antara selebriti yang hadir seperti Hafiz, Alyah, Forteen, Hazama, Azri, Irma Hasmie, Mawi, Ayu Damit, Azhael, Dina Nazir, Didie Alias, Amy Mastura, Hyper Act, dan ramai lagi selebriti yang hadir sebagai tanda sokongan kepada majlis ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...