Thursday 30 June 2016

'Hari Kemenangan' Siti Nurhaliza Dapat Perhatian


Gambar NONA (foto remyothman)

Setelah 10 tahun tanpa lagu baru, figura kesayangan Malaysia Siti Nurhaliza tampil dengan lagu raya terbaru 2016 berjudul Hari Kemenangan hasil ciptaan PakNgah Suhaimi dan lirik indah oleh SISO. Menerusi lagu baru ini, boleh dikatakan Siti telah membuat satu ‘comeback’ raya terbesar selepas sudah lama tanpa lagu raya yang terbaru.

Sebut sahaja lagu Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Air Mata Syawal, Anugerah Aidilfitri, siapa yang tidak kenal dengan pelantun suara lagu itu bukan? Bahkan lagu tersebut sudah menjadi ‘lagu wajib’ diputarkan di stesen radio saban tahun. Bukan sahaja dengan itu, setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah, sudah tentu lagu raya Siti Nurhaliza berkumandang di merata tempat. Itulah hebatnya penangan Siti Nurhaliza. Boleh diangkat sebagai karya yang evergreen, karya seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan beberapa lagu raya lain dari Siti sangat ‘kena’ dengan mood raya yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Bukan itu sahaja, Siti juga tampil dengan album raya penuh yang menampilkan kesemua koleksi lagu rayanya menerusi album ANUGERAH AIDILFITRI. Kami boleh katakan, album ini sangat hebat kerana semua lagu dalam album ini menjadi bualan dan sering diputar di stesen radio dan menjadikan Siti antara penyanyi yang mempunyai lagu raya terbanyak di Malaysia yang hit.

Berbalik kepada ‘Hari Kemenangan’, lagu yang mendapat perhatian dan #1 di iTunes pada beberapa jam sahaja ianya dilancarkan adalah berkonsepkan Dangdut-Melayu. Ianya disahkan sendiri oleh pencipta lagu bagi single ini iaitu PakNgah Suhaimi ketika dihubungi. Dengan melodi yang indah, lirik yang puitis dari SISO diharapkan single ini turut menjadi perhatian sepertimana karya dan produk raya figura kesayangan ini yang lain.

Wednesday 29 June 2016

SYAFEEK IKHWAN Bakal Tampil Album Mini


Foto : AshbarzStudio

ALBUM MINI PADA JULAI
‘Tanpa Arah’ dipertaruhkan menjadi single pertama bagi memperkenalkan dirinya dalam industri. Tidak merasakan selesa berada di zon yang didiami sekarang, penyanyi kecil molek Syafeek Ikhwan khabarnya sedang giat keluar masuk studio bagi melunaskan tugasan untuk menyiapkan album mini sulungnya tidak lama lagi. “Konsep album mini ini pop kerana genre ini sangat mudah diterima pendengar. Ada 5 buah lagu kesemuanya termasuk single ‘Tanpa Arah’ turut dimuatkan dalam album mini ini,” katanya. Tambahnya lagi, antara komposer yang terlibat dalam album ini adalah DJ Fuzz (yang turut mencipta lagu dalam ‘Tanpa Arah’),dam Lokman Aslam. “InshaaAllah album mini ini bakal dilancarkan penghujung Julai. Buat masa sekarang Syafeek sedang sibuk dengan proses rakaman lagu dan alhamdulillah proses rakaman hampir selesai,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafeek turut terlibat dengan aktiviti charity dan iftar bersama anak-anak yatim. “Alhamdulillah untuk orang baru seperti saya, jemputan untuk iftar dan charity tidak putus-putus. Saya sangat bersyukur”.


KISAH RAMADAN
Syafeek menganggap dirinya antara yang bertuah kerana dapat menjalani ibadah puasa ketika melanjutkan pengajiannya ke luar negara sekitar tahun 2007 hingga 2010. “Ramadan ketika itu pasti akan dikenang. Berbuka puasa tanpa keluarga memang sangat berbeza, perasaan campur baur. Akan tetapi bagi Syafeek itulah menjadi kenangan dan pengalaman baru dalam hidup”, luah Syafeek. Beliau turut berasa teruja juga kerana kebetulan ketika itu waktu puasa jatuh pada musim panas, jadi tempoh puasa tidak banyak berbeza dengan Malaysia. “Cuma agak mencabar kerana kebanyakan orang Perancis tidak berpuasa, jadi kena tahan sikitlah mata dengan orang sekeliling yang makan seperti biasa”, tersenyum.

Thursday 12 May 2016

Pak Ngah Buat Lagu Raya Terbaru untuk Siti Nurhaliza


kredit RoziSangdewi

Karya seperti Nirmala, Cindai, Anugerah Aidilfitiri, Sesuci Lebaran – siapa tidak kenal dengan lagu ini? hasil ciptaan komposer terkenal Malaysia, Pak Ngah Suhaimi amatlah sinonim dengan sentuhan ulungnya kepada mustika hati Malaysia, Siti Nurhaliza. Sehingga hari ini, lagu yang pernah menjurai pelbagai anugerah tersebut masih diterima ramai dan acapkali menjadi pilihan stesen radio untuk diputarkan.

kredit EpieTemerloh
Teka-teki kemunculan lagu raya baru Siti Nurhaliza akhirnya terjawab apabila penyanyi yang popular dengan lagu Balqis ini akan tampil dengan lagu raya terbaru tidak lama lagi. Berita ini telah disahkan oleh pengurus Siti sendiri, Rozisangdewi di akaun rasmi miliknya. Tambahan lagi, karya tersebut mendapat sentuhan bapa Irama Malaysia, Pak Ngah Suhaimi yang sebelum ini turut menghasilkan lagu raya yang menjadi ‘evergreen’ sehingga hari ini seperti Sesuci Lebaran. Rata-rata pengikut Siti Nurhaliza kelihatan tidak sabar untuk melihat hasil kerjasama terbaru kedua ikon ini dalam penghasilan lagu raya.

Selain itu, Siti yang baru sahaja selesai menjalani rakaman bagi klip video terbarunya berjudul Menatap Dalam Mimpi hasil ciptaan Aubrey Suwito dan sentuhan lirik dari RoziSangdewi. Lagu tersebut terkandung dalam album Konsert Unplugged Dato’ Siti Nurhaliza.

Tuesday 26 April 2016

Wakil Melaka [ZARUL ZAQWAN]





ZARUL ZAQWAN, jejaka mewakili negeri Melaka ini ingin kongsikan serba sedikit prihal negeri yang diwakilinya pada pentas Mister Planet Malaysia kali ini. Beliau juga menegaskan personaliti yang utuh dan menarik antara perkara penting bagi seseorang bergelar Mister Planet Malaysia.

MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
“Negeri Melaka merupakan salah satu negeri yang sememangnya sinonim dengan sejarah sehingga terkenal di seluruh dunia. Melaka dimana segalanya bermula, dari menjadi sebuah tempat berteduh Parameswara sehinggalah menjadi sebuah pusat dagangan antarabangsa, malah telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bandaraya Warisan Dunia. Bukan itu sahaja, bumi Hang Tuah ini telah menjadi hub sektor pelancongan yang membawa Malaysia ke mata dunia. Melaka juga merumpunkan komuniti yang berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Peranakan Baba & Nyonya serta Portugis. Dari komuniti ini terhasilnya variasi masakan yang melambangkan identiti etnik masing-masing. Sebagai peneraju Bandar Teknologi Hijau, Kerajaan Negeri telah melaksanakan usaha dalam memelihara dan memulihara prasarana dana infrastruktur negeri Melaka dalam menepati kriteria status tersebut. Bangunan lama diberi nafas baru, telah dicat semula sekaligus dapat menarik minat pelancong yang hadir”.

CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Pada pendapat saya, antara ciri-ciri penting yang perlu ada untuk menjadi Mister Planet Malaysia ialah berpesonaliti menarik, mempunyai sifat kepimpinan dan keyakinan diri serta sifat rendah diri dan empati”.

Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto Arazzsrazzswill
T-Shirt : Pinopanda
Selempang Rasmi : Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi : KL Bird Park

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...