Friday 30 November 2012

GALAU Taruhan Terbaru Siti Nurhaliza



Kemunculan Dato’ Siti Nurhaliza sentiasa mencuri lensa kamera pada setiap majlis yang dihadiri beliau. Begitu juga dengan kemunculan buah tangan dari beliau sendiri. Baru-baru ini di konsert SITI NURHALIZA LIVE in KUANTAN, di Gambang, Dato’ Siti sempat memperkenal single terbaru yang dipertaruh iaitu GALAU. Sangat syok jugak lirik & melodi lagu ini. Jom kita layan lirik & antara video yang ditemui oleh DOMINASI LELAKI dari laman youtube berkaitan single terbaru taruhan Siti yang akan berkumandang di corong radio tidak lama lagi & bakal menyusul dengan muzik video kelak.

LIRIK LAGU : GALAU

Semerbak Wangi Di Taman Hati
Setulud Cintaku Pejamkan Matamu
Sisakan Waktu Barang Sejenak
Pastikan Dirimu Ada di Detak Jantungku

Rebahlah di Pusara Hati
Agar Terlelap Tidurmu
Tegarlah Menyelami Hidup
Dan Buang Semua Kebimbangan

Kata Dahagaku
Sejukkan Jiwa ini
Cinta Tulus darimu

Saat Galauku, Kau
Yang Sanggup Menenangkan
Sampai Badai Berlalu

p/s : sangat syok..! 

SITI NURHALIZA ( GALAU ) - LIVE in KUANTAN : klik link tersebut untuk mendengar GALAU yang menjadi taruhan terbaru Siti Nurhaliza.

Friday 23 November 2012

Gambar Pra Perkahwinan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha


Sama cantik & sama padan..! itulah antara bait-bait perkataan yang boleh DOMINASI LELAKI layarkan kepada penjaga gol HOT Malaysia & juga DUTA haruman Simplysiti, Khairul Fahmi Che Mat apabila bakal melangsung perkahwinan bersama pilihan hatinya iaitu juga DUTA haruman Simplysiti Leuniey Natasha yang juga berasal dari negeri yang sama, Kelantan.


Hari ini, pihak DOMINASI LELAKI sangat berterima kasih kepada pihak THE PHOTOLICIOUS atas kesudian pihak mereka memberi peluang kepada kami untuk memuatnaik foto pra-perkahwinan milik dua individu terhangat ini. Hasil ‘panahan’ dari pihak THE PHOTOLICIOUS ini sangatlah menarik & rasanya Khairul Fahmi & Leuniey juga tidak mengalami masalah apabila digandingkan bersama mereka.

Jom kita lihat kehebatan THE PHOTOLICIOUS merakam detik-detik pra-perkahwinan KHAIRUL FAHMI & LEUNIEY ini.










DOMINASI LELAKI : Tahniah buat kedua pasangan ini, kurang dari sebulan lagi mereka akan bergelar suami & isteri. Disini, DL ingin ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada pasangan KHAIRUL FAHMI & LEUNIEY.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...