Sunday 17 March 2013

'DUET' Siti Nurhaliza dan Butterfly Bakal Cetus Fenomena..!



RAMA-RAMA..?? SITI NURHALIZA..?? bakal duet bersama dan bakal mencetus satu fenomena terbesar..! apakah yang terlintas di fikiran anda semua tatkala membaca tajuk entry pada kali ini..? apakah yang bakal direncanakan oleh buah hati Malaysia dan pemilik Voice of Asia ini..? Nantikan kejutan tersebut yang bakal memukau semua tidak lama lagi. Adakah anda juga bakal terpesona dengan ‘RAMA-RAMA’ tersebut..?? NANTIKAN.........

Johan Raja Lawak Dalam Maskulin April 2013



MASKULIN APRIL 2013 terjah di pasaran tidak lama lagi..! pada kali ini, MASKULIN menjadikan bintang handalan Raja Lawak, Johan sebagai penghias muka depan bagi majalah tersebut. Isu yang diketengahkan pada bulan April ini juga adalah LELAKI & HUMOR. Penampilan 6 selebriti pelawak yang kian dikenali dan digilai serta sebalik kisah mereka sebagai seorang pelawak. Pelbagai topik mengenai kehidupan lelaki dan fesyen color blocking juga diserap masuk dalam isu kali ini.

Jadi, dapatkan naskah anda dipasaran tidak lama lagi..!

Nama - Nama Hari Kiamat



Beriman pada hari kiamat adalah satu daripada perkara yang wajib dan mesti diyakini oleh orang Islam. Kiamat..? kiamat adalah masa dan saat berakhirnya kehidupan dan dibinasakan semua mahkluk di atas muka bumi ini. Tiada apa pun yang akan hidup dan bencana tersebut amatlah mengerikan. Tambahan lagi, tiada apa yang akan selamat melainkan pada mereka yang benar-benar telah bersedia dengan keyakinan yang tinggi dan perbuatan yang baik.

Kiamat mempunyai banyak nama..? YA, sudah tentu..! antara nama yang terkenal apabila disebut kiamat adalah seperti Hari Kiamat ( yaumul qiyamah ), HARI KEBANGKITAN ( yaumul ba’tsi ), HARI PENYESALAN ( yaumul hasrah ), Hari Pembalasan ( yaumul din ), Hari Hisab ( yaumul hisab ) dan banyak lagi. Secara faktanya, sarjana Muslim seperti al-Ghazali dan al-Qurthubi mengira nama tersebut sehingga mencapai 50 nama. Apakah perbezaan nama-nama tersebut..?

Nama tersebut mengikut al-Qurthubi, segala perkara yang besar dan mempunyai kedudukan yang penting mempunyai beberapa nama dan sifat dan ianya menjadi perkara biasa dalam bahasa Arab. Sebagai contoh, pedang mempunyai 500 nama dengan maksud dan funginya yang tersendiri dan pedang juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat Arab. Memandangkan kiamat adalah sesuatu yang sangat penting dan besar, jadi Allah menamai kiamat dengan banyak nama dan menyifatkannya dengan banyak sifat.

Artikel seterusnya mengenai hari kiamat akan diserap masuk pada entry akan datang. Semoga hal dan maklumat yang berguna ini dapat dikongsikan bersama-sama. insyaAllah

Sumber : olahan dari BENCANA AKHIR ZAMAN

Sunday 10 March 2013

Air Mani Disangka Pelembap Muka..!!


AIR MANI DISANGKA PELEMBAP MUKA...! tajuk yang sangat HOT sekali pada hari ini. Apakah yang terjadi..? Untuk mengetahui apa dan kenapa menjadi 'PELEMBAP MUKA', jom kita baca keratan artikel yang dikongsi melalui Tips Kesihatan Lelaki ini.


DOMINASI LELAKI : kepada semua di luar, JANGAN TIRU aksi ini ya..! :)


GOLONGAN PERTAMA DIHISAB PADA HARI KIAMAT..??



Kolum Kerohanian sudah lama tidak dikemaskini dengan artikel dan entry, hari ini ibarat Dominasi Lelaki ‘terpanggil’ untuk mengemaskini segmen tersebut. Pagi hari ini admin ada terbaca sebuah buku yang penuh dengan pengajaran yang sangat bermakna, secara tidak langsung terdetik untuk membuat sesuatu yang boleh dikongsi kepada para pembaca sekalian. GOLONGAN PERTAMA DIHISAB PADA HARI KIAMAT..?? tanpa berceloteh dengan lebih panjang, ayuh kita baca sedikit sebanyak mengenai artikel ini.

Mengikut nulikan pada buku yang dibaca tersebut, pada hari kita dihisab nanti, semua manusia akan beratur panjang ( iaitu jumlah manusia yang pernah hidup di dunia ). Siapakah umat pertama yang akan dihisab ataupun generasi pertama  yang bakal dihisab..? apakah mereka mendapa giliran mengikut kematian atau mengikut nilai amal kebaikan yang dimilki oleh manusia..?

Sesungguhnya Allah menetapkan kriteria pada manusia terawal dihisab. Jadual hisab bukan bergantung pada siapa yang mati terlebih dahulu ataupun siapa yang mempunyai amal kebaikan yang banyak, akan tetapi manusia pertama yang dihisab oleh Allah adalah pengikut Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad juga ada menceritakan keadaan tersebut pada hadisnya “ kita adalah umat terakhir di dunia, tetapi paling dahulu dihisab pada hari kiamat, walaupun seluruh umat terlebih dahulu menerima kitab Allah dan kita mendapatkannya selepas mereka. Kemudian, hari ini iaitu hari Jumaat, Allah menampakkannya kepada kita. Allah menunjukkan kepada kita bagi melihatnya dan umat lain mengikut kita. Hari raya Yahudi adalah esok iaitu sabtu, manakala Nasrani adalah lusa iaitu Ahad “. Hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Nantikan sambungan artikel ini pada artikel akan datang. Selamat membaca dan berkongsi. Semoga hidup kita dirahmati Allah.

Sumber : olahan dari Terpelanting Dari Siratulmustakim

Saturday 9 March 2013

Siti Nurhaliza 'sambar' BELLA ON-STAGE di Bella Awards


kredit : KOSMO

Rasanya tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza apabila dinobatkan dan dianugerahkan BELLA ON-STAGE AWARD pada BELLA AWARD yang dianjurkan awal Mac 2013 ini.

Buah hati negara, Siti Nurhaliza menewaskan 9 lagi calon terhebat yang lain termasuk Datuk Sheila Majid, Ning Baizura, Anita Sarawak, Jaclyn Victor untuk membawa pulang anugerah tersebut buat julung kalinya.

Tahniah sekali lagi DOMINASI LELAKI ucapkan buat Siti Nurhaliza.

ANDROPAUS 'menyerang' LELAKI



ANDROPAUS..?? tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ANDROPAUS..? masalah ANDROPAUS ini juga boleh dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone atau deficiency syndrome ( TDS ). Ianya agak berbeza daripada masalah yang dihadapi oleh kaum wanita iaitu menopaus. Secara normalnya, lelaki biasanya mempunyai sikap ghairah kepada wanita. Jadi mereka biasanya cenderung untuk menggambarkan keindahan yang ada pada seorang wanita.

Walaupun gejala ini tidak berlaku kepada semua orang, akan tetapi sedikit sebanyak akan menyukarkan kitar hidup seharian kita dan hubungan bersama keluarga. Secara umum, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan yang terlalu tinggi serta masalah dengan pemakanan memudahkan lagi seseorang lelaki tersebut menghidapi andropaus ni dengan lebih cepat.

Antara-antara gejala yang sering dialami adalah :

·        Mengalami masalah pada ketegangan zakar
·        Mudah letih
·        Nafsu seks rendah
·        Bulu pada tubuh berkurang
·        Kekuatan otot berkurang
·        Berpeluh pada waktu malam
·        Mengalami kegemukan
·        Daya ingatan menurun
·        Kadar ereks terganggu

Olahan sumber : MASKULIN

Tuesday 5 March 2013

Keputusan Carta CTFM 28 Februari 2013



Keputusan Carta CTNUR11 di Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza pada 28 Februari 2013.

01. Muara Hati ( Single )
02. Tak Boleh Lupa ( Adiwarna )
03. Galau ( Single )
04. Cindai ( Cindai )
05. Di Sini Ku Berjanji ( EMAS )
06. Tanpa Dendam Di Hati ( Transkripsi )
07. Sekian Lama ( Hadiah Daripada Hati )
08. Falling In Love ( All Your Love )
09. Kudus Sinarmu ( Safa )
10. Zapin Bernasib ( Single )
11. Syair Kamelia ( Sanggar Mustika )
12. Pendirianku ( Prasasti Seni )
13. Purnama Merindu ( Adiwarna )
14. Hidup Penuh Bicara ( Transkripsi )
15. Kesilapanku Keegoanmu ( Siti Nurhaliza II )
16. Biarlah Rahsia ( Transkripsi )
17. Janji Kasih ( EMAS )
18. Tonight ( All Your Love )
19. Tanpamu ( CTKD )
20. Kau Ku Sayang ( Safa )

Lagu Baru Masuk Carta :

Pendirianku ( Prasasti Seni )
Hidup Penuh Bicara ( Transkripsi )
Janji Kasih ( EMAS )

Lagu Terkeluar :

I Cry Out ( All Your Love )
Jerat Percintaan ( Siti Nurhaliza I )
Balqis ( Sahmura )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...