Sunday 27 October 2013

GLAM LELAKI November Memukau..!





Sentuhan rona kelabu dengan warna hitam yang sangat maskulin, penataan bagi muka depan GLAM LELAKI keluaran kali ini ( November 2013 ) amatlah menarik perhatian DOMINASI LELAKI. Tidak keterlaluan jika dilabelkan penghasilan kali ini bagi muka depan sangatlah hebat dan mungkin antara karya muka depan terbaik dari koleksi GLAM LELAKI. Satu ‘hadiah’ terbesar buat mereka dan kejayaan yang sangat bagus bagi team GLAM LELAKI

Jangan lupa dapatkan naskah GLAM LELAKI anda dipasaran dengan segera..! semoga GLAM LELAKI terus berjaya dan dapat kekalkan momentum kini dan juga dapat menghasilkan karya serta sentuhan yang lagi memukau. Tahniah GLAM LELAKI.

Saturday 19 October 2013

'Aku Telah Kau Buat Sakit Hati' Taruhan Terbaru Siti Nurhaliza dan Charly


Tahniah diucapkan kepada Dato’ Siti Nurhaliza dan Hafiz kerana membawa pulang trofi Duo Kumpulan Terbaik dan Lagu Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2013 yang baru melabuhkan tirainya malam tadi. Penangan MUARA HATI memang tidak dapat disangkal lagi, kehebatan suara dan dinamik dari penyanyi tersohor negara tersebut bersama penyanyi lelaki hebat tersebut harus dipuji.

Selepas berjaya dengan lagu duet MUARA HATI, kini Siti tidak duduk diam dan berada dalam zon selesa, kini beliau berpadu suara pula dengan seorang penyanyi hebat dari seberang, Indonesia yang juga komposer yang pernah menghasilkan lagu Tanpamu buat beliau melalui album CTDK bersama Kris Dayanti, Charly yang dahulunya sinonim dengan kumpulan hebat dari seberang ST12.


Aku Telah Kau Buat Sakit Hati, adalah single terbaru daripada penyanyi tersohor negara dan pemegang penyanyi serantau terhebat, Siti Nurhaliza bersama Charly. Ini adalah kolaborasi pertama daripada mereka berdua dan Charly sendiri mengakui bahawa Siti memang sangat hebat dan berasa senang berkerjasama bersama beliau, katanya pada akhbar Utusan Malaysia.

Lagu ini berkemungkinan akan dikeluarkan sekitar hujung tahun ini, paling lewat. Tambah Charly, lagu ini sentuhan terbaik mereka berdua

DOMINASI LELAKI : selepas berjaya dengan MUARA HATI, adakah AKU TELAH KAU BUAT SAKIT HATI akan menjadi fenomena? Nantikan..! tahniah kepada semua pemenang di APM 2013.

'Puteri Perak' Caturan Terbaru Malaysia di Miss Universe 2013



Carey Ng ( Miss Malaysia Universe 2013 )
 
Setelah berjaya menawan hati juri dengan kepintaran dan kelebihan yang dimiliki, wanita yang diberi nama Carey Ng ini diberi tanggungjawab berat untuk memikul dan membawa nama Malaysia pada tahun ini bagi pertandingan MISS UNIVERSE yang akan diadakan di Moscow, Russia pada bulan hadapan.


Kimberley Leggett ( Miss Malaysia Universe 2012 )
 
Pada tahun lepas, Malaysia yang diwakili oleh peserta wanita cantik, Kimberley Leggett tidak bernasib baik untuk menduduki kelompok teratas akan tetapi namanya antara disebut peserta yang memberi saingan dan menjadi pilihan serta pernah keluar dalam media diluar negara antara peserta pilihan di Miss Universe 2012 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

 Deborah Henry ( Miss Malaysia Universe 2011 )

Untuk BAJU KEBANGSAAN bagi MISS MALAYSIA kali ini, pereka Syomir Izwa dipilih untuk mereka busana bagi Carey Ng dengan sentuhan songket dan bertemakan Puteri Perak yang menunjukkan seorang wanita yang gagah.


Nadine Ann Thomas ( Miss Malaysia Universe 2010 )
 
Pertandingan yang sering menjadi pilihan pemerhati dunia ratu cantik ini akan ditayangkan pada awal November 2013 nanti. Selamat Maju Jaya buat Carey Ng.

Saturday 12 October 2013

Garapan Terbaik dalam WANITA KIMONO MERAH




Buat pertama kalinya DL tertarik mahu membuat artikel dan review sedikit dengan bahan bacaan yang DL pernah baca selama ini, buat masa terdekat ini, novel sentuhan ulung Syafie Mahyani telah ‘menyentuh pintu’ hati DL dengan hasil penulisan beliau yang dianggap sangat menarik. Menggunakan tajuk WANITA KIMONO MERAH, pengarang novel ini sangat ‘dekat’ dengan pembaca tatkala menggunakan ayat yang mudah dan ada kalanya cukup ‘extreme’. Langkah yang menarik bagi novel ini.

WANITA KIMONO MERAH menceritakan kisah lampau 20 tahun yang lepas yang menghantui penghuni seterusnya pada sebuah banglo yang pernah didiami oleh mereka sebelum ini. Ditambah lagi dengan kehidupan seorang supermodel yang menghadapi gangguan yang aneh dengan kepincangan dalam perhubungan beliau. Bagaimanakah kesudahan cerita ini tatkala kematian ‘menjemput’ mereka dengan pelbagai tanda tanya. Apakah misteri banglo tersebut? Siapakah WANITA KIMONO MERAH yang disebut-sebut oleh Evelyn, watak utama dalam novel ini sehinggakan tatkala anaknya yang sudah berumur 5 tahun pandai berbahasa Jepun dan lebih dasyat lagi apabila Evelyn menjumpai anaknya sedang mengunyah mayat dalam bilik stor di rumahnya! ..........................

Jangan lupa dapatkan WANITA KIMONO MERAH keluaran Lejen Press, hasil nukilan Syafie Mahyani. DL letakkan 8/10 bintang untuk novel ini kerana novel ini antara buah tangan istimewa dan sangat menarik dari hasil nukilannya sehinggalah jalan cerita yang sangat ‘real’.

Sunday 6 October 2013

Fasha Sandha dalam In-Trend Oktober




In-Trend Oktober ini menampilkan HOT MAMA, Nur Fasha Sandha atau dikenali sebagai FASHA SANDHA dipilih sebagai penghias muka depan majalah tersebut bagi edisi Ratu Sehari. Cinta Tidak Pernah Sehangat Ini, ceritera Fasha dalam In-Trend. Beliau tampak manis dan ayu tatkala wajahnya dihadiahkan kepada peminat In-Trend sebagai gadis sampul bulan ini.


Selain itu, 52 tip dan idea bagi bakal mempelai membentuk hari utama mereka juga disediakan dengan semuanya tersedia penuh dalam In-Trend bulan Oktober ini.
Dapatkan keluaran In-Trend terbaru ini dalam paluan CINTA dan SAYANG di pasaran sekarang…!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...