Tuesday 31 January 2012

Dilanggar Kereta Api ketika Asyik Dengar iPod

LONDON: Polis percaya seorang gadis berusia 15 tahun mati dilanggar oleh kereta api ketika dia asyik mendengar iPodnyaKatie Littlewood dipercayai tidak mendengar kereta api itu atau menyedari lampu isyarat dan bunyi kecemasan di tempat lintasan pejalan kaki Johnson di Bishop's Stortford, Hertfordshire.

Sekadar gambar hiasan


Penyiasat berusaha memastikan kemungkinan remaja itu mendengar muzik ketika melintas di landasan kereta api pagi Sabtu lalu selepas mereka menemui iPod berkenaan dan fon kepala di tempat kejadianSyarikat kereta api, Network Rail berkata, sistem amaran beroperasi baik di kawasan itu yang terkenal kerana pernah meragut nyawa beberapa pejalan kaki, termasuk Andrea Evans, 24, pada 2006 dan seorang wanita berusia 81 tahun pada 2002.



Kejadian itu berlaku ketika syarikat berkenaan bersedia untuk mengaku bersalah hari ini berhubung kematian Olivia Bazlinton, 14, dan Charlotte Thompson, 13, yang dilanggar oleh kereta api berhampiran Stesen Elsenham pada 2005.


Kedua-dua remaja itu keluar untuk membel-belah bagi meraikan Krismas apabila mereta terbunuh di tempat melintas yang tidak dikawal. - DM
petikan : Harian Metro 31/01/2012


Wednesday 25 January 2012

10 Tahun Dikurung dalam Bilik Mandi

RAMALLAH: Seorang wanita Palestin berusia 21 tahun memberitahu, dia dikurung bapanya dalam bilik mandi sejak sedekad lalu dan hanya dibebaskan pada awal pagi untuk membersih rumah. Menurut Baraa Melhem, bapanya sentiasa mengajarnya supaya menganggap orang lain sebagai penjahat.


Menurut pekerja sosial yang menguruskan kes itu, Hala Shreim, Baraa diselamatkan polis Palestin dari bilik mandi sempit itu di Qalqilya, Tebing Barat, kelmarin “Polis bertindak selepas menerima maklumat daripada seseorang yang tidak dikenali,” katanya.

Sementara itu, polis berkata, bapa Baraa - yang memiliki kewarganegaraan Israel - ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa negara itu.

Jurucakap polis Israel berkata, lelaki terbabit dijadual dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Ketika diwawancara stesen radio Voice of Palestine, Baraa berkata, dia berusia 11 tahun apabila mula dikurung bapanya di dalam tandas
Baraa juga dilarang ke sekolah atau bertemu ibunya yang diceraikan bapanya sebelum itu.


Bapa mencukur kepala dan bulu kening saya.

Dia hanya membenarkan saya mandi sekali sebulan,” katanya.
Hala berkata, Baraa sering dipukul dengan belantan dan wayar, selain hanya diberi satu selimut untuk memanaskan badan.


Bilik mandi itu hanya seluas satu setengah meter dan ia kelihatan seperti bilik kurungan,” katanya. 
Menurut Hala, Baraa hanya dibenarkan keluar dari bilik mandi itu pada jam 1 pagi hingga 4 pagi untuk mencuci rumah. 
Dia juga, kata Hala, selalu menggalakkan Baraa membunuh diri.


“Satu-satunya hubungan Baraa dengan dunia luar adalah radio,” katanya. 
Kenyataan polis Palestin berkata, bapa Baraa mengaku mengurung anaknya atas alasan “masalah keluarga.” Dia juga mengaku memberi Baraa hanya roti sebagai makanan utama. - Reuters
sumber : Harian Metro


Saturday 21 January 2012

Monyet Pupus Ditemui Semula di Borneo

Anda pernah mengenali monyet yang sudah pupus..?? & memberi kejutan dengan muncul kembali..! begitulah yang dikeluarkan oleh KOSMO pada hari ini yang telah berlaku di Jakarta, Indonesia. Sekumpulan saintis yang bekerja di hutan tebal Indonesia telah menemui semula spesis monyet besar berwarna kelabu yang jarang dilihat & dipercayai pupus.


Saintis tersebut keliru menemui monyet tersebut yang dikenali dengan nama Miller’s Grizzled Langur di luar kawasan yang menjadi habitat berkenaan. Saintis tersebut pada mulanya hendak merakamkan imej harimau bintang & hidupan liar, akan tetapi sebaliknya mereka temui apabila monyet tersebut dirakamkan .

Monyet yang memiliki mata sembap, hidung & bibir yang merah jambu ini pada waktu dahulu banyak terdapat di timur laut Pulau Burneo selain Pulau Sumatera & Jawa serta Semenanjung Malaysia. Akan tetapi spesisi itu dipercayai pupus sejak beberapa tahun yang lalu apabila kawasan hutan telah diteroka. –Agensi

Friday 20 January 2012

Aaron Aziz dalam MASKULIN Februari 2012

Hari nie DL nak berkongsi dengan anda semua penghias muka depan bagi majalah lelaki, MASKULIN bagi edisi Februari 2012 yang terbaru. Hero Malaya yang mempunyai tubuh badan yang tegap, Aaron Aziz dipilih sebagai penghias muka depan bagi bulan Februari selepas Khairy Jamaluddin dipilih sebagai penghias muka depan bagi majalah tersebut pada pembuka tirai 2012 yang lalu.


Pelbagai cerita menarik ada dalam MASKULIN ini seperti pemilihan sut kontemporari, tip menjadi pekerja yang hebat, selain memaparkan kisah covernya, Aaron Aziz yang menceritakan perihal isteri & anaknya. Dapatkan MASKULIN di pasaran untuk mengetahui dengan lebih lanjut ok. Selamat membaca..
 DL : DL pasti akan dapatkannya jugak..

Facebook Keluarkan 60 Aplikasi

Anda sukakan Facebook..?? berita terbaru daripada KOSMO hari ini di Amerika Syarikat yang media rangkaian sosial gergasi tersebut telah mengeluarkan berpuluh-puluh aplikasi kelmarin. Aplikasi tersebut membolehkan pengguna mengkatalogkan semua aspek kehidupan bermula dari filem sehinggalah buku & fesyen melalui Timeline anda. Apa sahaja yang anda suka & mahu, hanya ceritakan sahaja di Timeline.


Sebanyak 60 aplikasi terlibat dalam kumpulan pertama penambahan tersebut yang disumbangkan oleh syarikat seperti Foodspotting, Rotten Tomatoes, Pinterest, TripAdvisor & e-reader Kobo. Sebagai contoh, salah satu aplikasi yang terdapat boleh mengesan dengan automatik buku yang telah habis dibaca @ memulakan pembacaan serta dihubungkan dengan pengguna Facebook lain yang membaca buku yang sama.

Kata Ben Silbermann, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Pinterest, laman tersebut membenarkan para pengguna mewujudkan koleksi maya. Tambahan lagi, pengguna akan lebih mudah meletakkan koleksi cenderamata Star Wars jika mereka mahukannya.  –Agensi

Wednesday 18 January 2012

Wanita Pakai Baju Kubis..!!

KELAKAR & CANTIK..!! itulah yang DL dapat simpulkan apabila membaca berita yang dikeluarkan oleh KOSMO hari ini. Berita di Bangkok, Thailand itu menceritakan perihal seorang wanita memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis ketika berada di laluan jalan kaki. Wanita tersebut juga memegang kad yang mempunyai mesej bagi meminta penduduk menjadi pemakan sayur-sayuran.


Wanita tersebut mendapat perhatian orang ramai yang melalui kawasan tersebut & wanita tersebut adalah aktivis pertubuhan Orang Ramai Untuk Layanan Beretika Ke Atas Haiwan (PETA), beberapa kawannya turut membantu dia memakai pakaian yang diperbuat daripada kubis. –Agensi

Tuesday 17 January 2012

Ibu Tekan Butang Letupkan Bangunan

Berita dunia yang dipetik dari akhbar KOSMO hari ini iaitu dari BRITAIN. Seorang ibu 2 anak iaitu SARAH GRIFFITHS diberi penghormatan untuk menekan butang letupan bagi meruntuhkan sebuah bangunan syarikat makanan Campbell’s Soup.


GRIFFITHS yang berusia 41 tahun menyatakan bahawa dia berasa lega diberikan penghormatan itu kerana bapanya pernah meninggal dunia dalam kilang tersebut kerana kemalangan industri.

GRIFFITHS menang dalam satu pertandingan untuk mengetui operasi memusnahkan bangunan yang dimiliki oleh pengeluar makanan sup Campbell’s. Bangunan diruntuhkan menerusi satu siri letupan menerusi alat kawalan. Bapa GRIFFITHS, MIKE LOCKE mati kerana tubuhnya melecur pada tahun 1995 dalam satu kemalangan wap. – Agensi

Monday 16 January 2012

TIP Elakkan Rambut Gugur

Mahu elakkan rambut gugur...?? jom kita cuba tip ni ye. Bagi yang ingin mendapatkan rambut yang lebat & tidak gugur, anda semua bolehlah mencuba cara ini iaitu dengan menggunakan daun bunga raya & daun lidah buaya. Mahukan caranya..??


Kisarkan kedua2 bahan tersebut ( daun bunga raya & daun lidah buaya ) sehingga hancur & lumurkan pada rambut anda. Selepas itu, biarkan selama 1 jam sebelum dicuci bersih. Amalkan 2x seminggu.


DL : Selamat mencuba..! buat masa sekarang nie DL tidak lagi mengalami masalah rambut gugur, tp apa salahnya mencuba kan..??
Sumber : Harmoni

Pelatih PLKN Dapat Cuti 5 Hari..!!

Pelatih Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) di seluruh negara diberi cuti 5 hari bermula Sabtu ini sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.

Pelatih dibenar pulang petang jumaat & perlu kembali ke kem PLKN pada petang rabu depan, kata Jabatan Latihan Khidmat Negara. Justeru, pelatih perlulah mendapatkan surat kebenaran daripada waris @ penjaga untuk menjemput mereka dari kem PLKN. – BERNAMA
sumber : Berita Harian 

Saturday 14 January 2012

121 Kursus Baru Bidang Berpotensi Diperkenal di Universiti Tahun Ini

Berita terbaru yang dipetik melalui Berita Harian Online, DL rasa mungkin menjadi berita baik & gembira bagi pelajar2. Sebanyak 121 kursus dalam beberapa bidang pengajian baru akan diperkenalkan di universiti tempatan pada tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin. Bidang tersebut jugak berpotensi diluluskan kerana dapat memenuhi keperluan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan pasaran industri akan datang.


Bidang baru tersebut adalah PERISIAN KOMPUTER, JURUTERA TEKNOLOGI PERBANKAN ISLAM, PERTANIAN & PROGRAM BERASASKAN PERTANIAN, SAINS KESIHATAN, SAINS SUKAN, PELANCONGAN & HOSPITALITI serta KEUSAHAWANAN.

Pelajar digalakkan untuk merebut & memohon mengikuti bidang pengajian dalam 121 bidang baru ini bagi mengelakkan persaingan dalam merebut tempat ke bidang lain terutamanya bidang popular seperti PERUBATAN & UNDANG-UNDANG.


Bidang baru ini mempunyai kadar kebolehpasaran yang tinggi & oleh itu penuntut digalak memohonnya.

DL : Karnival Pengajian Tinggi amatlah bagus, jadi rebutlah peluang yang anda utk memilih yang terbaik dalam hidup ok, semoga berjaya..Karnival sekarang berlangsung di Kuantan, Pahang.

Alyah Persis Puteri dalam Pesona Pengantin Februari 2012

Pesona penyanyi lagu Kisah Hati, iaitu Alyah sungguh jelita. Lihat sajalah gaya santai persis seorang puteri menunggu puteranya. Bagi edisi bulan Februari 2012 nie, majalah Pesona Pengantin telah menjadikan Alyah sebagai penghias muka depan bagi majalah mereka.

Dengan mengenakan busana yang direka oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat, Alyah sangat jelita. Busana tersebut membuatkan si pemakai tampak menawan.  Apa2pon jom kita lihat hasil muka depan Pesona Pengantin & hasil rekaan Hatta Dolmat yang stunning..!!


Pejabat Terbaru FACEBOOK

Terbaru yang dipetik melalui akhbar KOSMO hari ini, laman sosial popular pada masa kini iaitu Facebook telah bertukar ke ibu pejabat yang baru iaitu di Taman Menlo, California. Tambahan lagi, kawasan tersebut memilki kawasan yang sangat luas iaitu 23.06 hektar iaitu bekas ibu pejabat syarikat Sun Microsystem.

Bangunan terbaru Facebook di Taman Menlo, California


Memilki hampir 2000 pekerja, ruangan ibu pejabat tersebut sangat santai & bertemakan cita rasa golongan muda seperti dindingnya ber-elemen-kan grafiti. Bendera2 juga dipamerkan dalam ruangan pejabat tersebut & yang paling penting, pekerja mereka boleh memilih utk bekerja secara berdiri @ duduk. – Agensi

Friday 13 January 2012

Model METROPOLIS II yang UNGGUL..!!

Artikel ini dipetik dari akhbar KOSMO hari ini iaitu berita dari LOS ANGELES, seorang artis terkenal iaitu Chris Burden telah mencipta model bandaraya Metropolis II yang mempunyai 1,100 kereta mini & pelbagai bentuk bangunan. Hasil kerja yang dihasilkan oleh Burden tersebut ditunjukkan di Muzium Seni Los Angeles dalam satu pameran yang akan diadakan sehingga 14 Januari depan.


Model tersebut mempunyai 25 bangunan besar, 18 laluan trafik, 13 kereta api, 18 jalan raya & seorang pengendali manusia. Kereta mini dalam ‘bandar metropolis II’ itu bergerak pada kelajuan kira2 386 km/h di sistem laluan jalan raya.

Kereta itu bergerak kerana terdapat daya tarikan magnet & Burden berkata bahawa kereta tersebut boleh berlaggar sesama sendiri. – Agensi

Rita & Azizah Persis KEMBAR dalam NONA Februari 2012

Majalah NONA antara majalah yang amat popular dalam kalangan kaum wanita & tak hairanlah menjadi pilihan mereka, bagi isu bulan Februari 2012 ni, gandingan antara personaliti tv, AZIZAH ARIFFIN & RITA RUDAINI memang persis KEMBAR..!! Jika anda tidak percaya, lihatlah sisi mereka berdua yang jelita persis kembar dalam NONA bagi bulan Februari 2012 ni.


Dapatkan NONA dipasaran sekarang..!!

Thursday 12 January 2012

Preview Australian Open 2012 - MARIA SHARAPOVA

Kempen Terbuka Australia semakin hampir, hari ini DL highlight-kan gambar2 pemain tenis dunia iaitu MARIA SHARAPOVA ketika sesi latihan.












Sumber :  Getty Images

Siti, Nicholas dalam KEKUATAN CINTA..???

JAKARTA : Seandainya persefahaman & persetujuan dicapai, KEKUATAN CINTA terbitan syarikat produksi Indonesia, PT Kentfilms Production akan menampilkan penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Filem yang kini sedang dalam perancangan penerbitannya bercadang menampilkan penyanyi terkenal Malaysia untuk digandingkan dengan aktor popular Indonesia, Nicholas Saputra. Penerbitan filem yang bakal diarahkan oleh Iwan Sardi itu juga berhasrat mengundang pelakon berbakat, Fasha Sandha.


Selain Siti Nurhaliza & Fasha Sandha, dua artis Malaysia yang bakal membintangi filem ini ialah Melissa Saila & Raja Ema. Tidak ketinggalan jugak aktres ternama Indonesia, Christine Hakim & Dian Sastrowardoyo juga antara bintang yang disenaraikan.


Menurut Iwan, besar harapannya lamaran yang akan dibuat kepada penyanyi ternama Malaysia itu mendapat maklum balas yang positif kerana populariti Siti Nurhaliza di Indonesia masih bertahan sehingga kini.

“Kami sedia maklum Siti Nurhaliza lebih fokus pada bidang nyanyian berbanding lakonan. Tetapi, filem KEKUATAN CINTA itu kelak, kami hanya menampilkan Siti Nurhaliza sebagai bintang undangan. Karakter beliau dalam filem itu juga hanya sebagai penyanyi yang muncul di sebuah pertunjukan pentas” kata Iwan.


Menurut Iwan, filem KEKUATAN CINTA yang diadaptasi daripada novel popular tulisan Sastri Y Bakri juga akan menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di Malaysia. Filem berkenaan mengisahkan kesetiaan seorang isteri kepada suami yang menderita kesakitan sehinggalah membawa kematian orang yang dicintainya itu.
KEKUATAN CINTA juga menyelitkan adegan percintaan lelaki Indonesia dengan wanita Malaysia.
**berita penuh, boleh la dapatkan akhbar Utusan Malaysia hari ini..

2 Mayat Tanpa Kepala Ditemui...

Berita ini dipetik semula melalui BERITA HARIAN ONLINE, iaitu kejadian yang telah berlaku di MEXICO CITY apabila pihak polis menemui mayat seorang lelaki & wanita yang dipancung kepalanya dalam sebuah kereta di depan pusat beli-belah di Mexico City, pada awal pagi tadi.

Dua kepala mayat tersebut ditemui di depan kenderaan berkenaan, kata pihak polis tersebut. Pada Oktober lalu, dua kepala mayat ditemui dalam sebuah kereta berdekatan Mexico City, dengan tanda amaran “TANGAN BERMATA”, yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengedar dadah bagi amaran kepada pihak berkuasa.-AFP

Wednesday 11 January 2012

Ereksi Petunjuk Kesihatan

Saluran darah @ arteri pada zakar mempunyai kaitan yang dekat dengan tahap ereksi. Ereksi @ ketegangan pada zakar akan berlaku jika darah yang amat mencukupi memasuki ruangan zakar, petikan kata2 oleh Perunding Urologi, Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ong Teng Aik.


Zakar akan menegang & membesar apabila sepasang tisu korpus kavernosum pada alat kelamin dipenuhi dengan darah. Pembentukan plak & lemak disebabkan oleh pertambahan kolesterol dalam tubuh badan boleh menyebabkan saluran darah tersekat.

Jika anda belum tahu, disebabkan saluran darah zakar lebih kecil berbanding saluran pada bahagian tubuh yang lain, tanda awal kepada masalah kesihatan kardiovaskular ditunjukkan oleh tahap ereksi. Tambahan lagi, sekatan yang berlaku tersebut kepada aliran darah ke zakar akan menyebabkan masalah mati pucuk...!!

**.....sambungannya pada entry akan datang ok, selamat membaca...
sumber : KOSMO

Selamat Hari Lahir ke-33, Siti Nurhaliza...

11 Januari 2012..!! tarikh nie mungkin dianggap biasa oleh sesetengah pihak, tapi bagi empunya nama, Siti Nurhaliza Tarudin mungkin sangat berbeza. 11 Januari adalah tarikh terpenting dalam hidupnya, mana taknya tarikh tersebut la beliau dilahirkan & pada hari ini 11 Januari 2012 jugak, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-33.


Pembabitannya dalam dunia seni sangatlah disokong oleh orang ramai lebih2 lagi setiap kemunculannya memang tidak pernah menghampakan orang ramai terutamanya peminatnya. Seiring dengan tarikh 11 Januari 2012 ni jugak, saluran History akan menyiarkan secara ekslusif dokumentari khas Siti Nurhaliza pada pukul 10 malam ini. Siti berkata, ia adalah satu penghormatan baginya selepas tokoh ternama negara seperti Tun Mahathir  & Allahyarham Sudirman penah ditampilkan dalam saluran tersebut.

Bagi yang mahu mengenali insan yang bernama SITI NURHALIZA, selamat menonton malam ini di saluran History pada pukul 10 malam ye. Siaran ekslusif tersebut lain daripada yang lain, nantikannya ok..

DL : SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN kepada SITI NURHALIZA TARUDIN, DL dh wish di twitter DCT, semoga DCT balas ye..hehhehe..

Tuesday 10 January 2012

Galaxy S vs Galaxy Lesung Batu..?? Apa Sudah Jadi..??

Pagi tadi di paper harian metro agak panas dengan berita seorang lelaki yang membuat pembelian Samsung Galaxy S tapi akhirnye yang lelaki tue dapat hanyalah LESUNG BATU..!! bak petikan akhbar, GALAXY LESUNG BATU..!! kenapa boleh jadi macam begini..?? kes macam begini la yang akan menyebabkan kita2 sebagai pengguna agak berat hati mahu membeli apa2 barang terutamanya produk2 yang agak mahal melalui urusan atas talian. 

Sekadar gambar hiasan

Dikhabarkan hampir RM3250 lelaki tersebut rugi apabila menempah 3 hp tersebut. Kenapa harus jadi begini..?? berita selanjutnya dalam harian metro hari ini. Tapi kali ni DL nk berkongsi tip & panduan membeli – belah secara talian yang dikongsi oleh akhbar harian metro hari ini. Jom kita baca..!!

TIP MEMBELI MELALUI TALIAN.
ü  Pastikan komputer peribadi mempunyai anti-virus yang baik, perlindungan anti-spyware serta firewall peribadi.

ü  Sentiasa menaip URL secara manual & membeli melalui pembekal yang mempunyai reputasi baik.

ü  Cari https di URL dan bukan http:// apabila log masuk & berhati2 apabila muncul amaran keselamatan ketika membuat pembelian.

ü  Baca terlebih dahulu sebelum klik ‘OK’. Pastikan ikon ‘mangga dikunci’ mucul.

ü  Klik ikon ‘mangga’ di sudut bahagian bawah pelayar web terlebih dahulu & sahkan sijil maklumat.

** kenapa la ada individu sanggup membuat macam tue kat lelaki tersebut..?? semoga lelaki tersebut bersabar, apa pandangan anda mengenai masalah & kes ini..??? jom kongsi..

Venus Williams Tarik Diri Terbuka Australia 2012

Juara Grand Slam 7 kali, Venus Williams dari Amerika Syarikat mengumumkan menarik diri daripada menyertai Terbuka Australia yang bakal berlangsung pada minggu hadapan atas sebab belum sembuh daripada menghidap penyakit sejenis virus dipanggil Sindrom Sjogren.


Berita penarikan diri tersebut diumumkan menerusi laman webnya semalam, bintang tenis tersebut hanya bersedia menyertai sirkit jelajah tenis wanita dunia ( WTA ) pada bulan Februari depan.

RABBANI & SITI Berduet, Cipta Kelainan

RABBANI & SITI NURHALIZA akan berduet...??? bukanlah menjadi kehairanan sebab sebelum ini pon mereka pernah berkerjasama dengan baik. Tapi kali ini menjadi suatu yang istimewa apabila mereka akan merakamkan lagu bersama sekitar penghujung bulan Januari ini jika tiada aral melintang. Lagu dicipta oleh Ustaz Sahibul Fadhil yang juga penerbit album pertama Rabbani & penulis lirik lagu PERGI TAK KEMBALI & INTIFADA. Tambahan lagi, lagu tersebut bukan sahaja utk menyemarakkan lagi dunia muzik bahkan menaikkan lagu2 unsur ketuhanan sekaligus menjadi lagu taruhan kumpulan RABBANI pada tahun 2012.


Khabarnya, lagu berkenaan akan dipersembahkan pada konsert sempena Maulidur Rasul pada Februari nanti. Kata mereka, jika Siti bersetuju, lagu tersebut akan dirakamkan pada hujung Januari nanti.  Cetusan idea ini hasil daripada kerjasama mereka yang baik & juga pihak siti sendiri apabila sering diundang menjayakan konsert Maulidur Rasul beberapa tahun lalu.


Pada tahun ini, nama Malam Sinar Maulidur Rasul telah bertukar nama & menjadi Konsert Muhammad Al Amin atas sebab mahu memberi nafas baru kepada acara tersebut.

**untuk maklumat & berita lebih lanjut, DL cadangkan bolehlah dapatkan akhbar Berita Harian hari ini 10/01/2012..

Monday 9 January 2012

Keputusan MUET Akhir Tahun 2011 Khamis Ini

Keputusan MUET Akhir Tahun 2011 akan diumumkan pada Khamis ini iaitu bersaman 12 Januari 2012 demikian kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini. Calon yang daftar di sekolah @ institusi bolehlah dapatkan keputusan mereka di sekolah @ institusi masing2 pada jam 10 pagi & calon persendirian akan memperoleh melalui pos.


Mereka jugak boleh menyemak keputusan melalui Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) mulai jam 12 tengah malam 12 Januari 2012 ini & jugak boleh melalui online dengan pergi ke website MPM di www.mpm.edu.my mulai 9 pagi pada tarik tersebut.

MUET Akhir Tahun ini telah diduduki seramai 93,869 calon di 943 pusat ujian di seluruh negara. Bagi calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan mereka, bolehlah membuat rayuan semakan semula dengan bayaran RM70 & tarikh tutup ialah 27 Januari 2012 ni.

Sunday 8 January 2012

Bahaya BERDENGKUR..????

BERDENGKUR..?? perkara ini memang selalu berlaku kan..?? BERDENGKUR atau SLEEP APNEA ini adalah penyakit gangguan tidur. Kalau anda nak tahu, BERDENGKUR ini jugak boleh menyebabkan pesakit akan menghidap penyakit yang berbahaya seperti strok & hipertensi


Secara harfiah, SLEEP APNEA ini adalah nafas berhenti ketika tidur. Tambahan lagi, waktu kemuncak tidur yang paling nyenyak adalah sekitar jam 3.00 – 4.00 pagi & pada masa inilah ada sistem tubuh kita dilumpuhkan. Secara tidak langsung, nafas yang terhenti itu akan panjang & ini bermakna beban jantung jugak akan bertambah berat. Jika tidak kuat, kemungkinan besar anda akan mengalami serangan jantung ketika tidur & ada antara kes menyebabkan kehilangan nyawa.

Nota penting :
*HARFIAH : makna tersurat yang dapat kita fahami secara mudah & jelas.
*Dr. Andreas Prasaja, saintis bidang tidur dari Indonesia menjelaskan artikel ini.
Sumber : tambahan & olahan semula dari HARMONI MAC 2009
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...