Friday 30 October 2015

H&M Perkenal Haruman BALMAIN H&M


Sumber : Fragrantica

H&M bukanlah nama jenama yang asing di negara kita. Koleksi yang ditampilkan oleh jenama unggul dari Sweden ini juga menepati dan mendapat perhatian yang tinggi dari pengguna di Malaysia. Terbaru, H&M bakal tampil dengan haruman BALMAIN H&M.

Menggunakan tema hitam dan emas pada rekaan botol berbentuk empat segi ini menampakkan lagi kemewahan pada rekaanya walaupun sedikit simple dan tidak sarat dengan perician lain. Itu sahaja sudah memadai menampakkan penegasan kepada haruman ini. Haruman ini hadir dengan 100ml EDP dan bakal berada di pasaran dan outlet H&M menjelang Disember 2015 ini.

Top Notes : Tonka Bean & Jasmine
Heart Notes : Cedar, Gardenia, Blonde Woods
Base Notes : Sandalwood, Musk

Sumber : FRAGRANTICA

Monday 26 October 2015

Milikmu Selamanya-Dato' Siti Nurhaliza (Lirik)


Kredit Foto : Razzman

Apakah Kau Tahu
Di Dalam Hatiku
Cintamu Telah Larut
Menjadi Darahku

Betapa Rinduku
Tak Henti Menyeru
Indahnya Namamu
Berharap Kau Selalu Ada

Menemani Aku
Saat Tawa dan Tangisku

(korus)
Cintaku Ini Cinta Sejati
Kepadamu Belahan Jiwaku
Tak Akan Pernah Luntur dan Layu
Janjiku Paut di dalam Hatimu

Selamanya Aku Milikmu
Selamanya Aku Milikmu.........

Ku Rebahkan Hidupku Padamu
Yakiniku Milikmu Selamanya........

Cintaku Ini Cinta Sejati
Kepadamu Belahan Jiwaku
Tak Akan Pernah Luntur dan Layu
Janjiku Paut di dalam Hatimu

Cintaku Ini (Cintaku Ini)
Cinta Sejati
Kepadamu Belahan Jiwaku (Kepadamu Belahan Jiwaku)
Tak Akan Pernah Luntur dan Layu
Janji Ku Paut di dalam Hatimu (Hatimu)

Selamanya Aku Milikmu
Selamanya Aku Milikmu.....
Milikmu..

Ciptaan : Adi Priyo
Penyanyi : Dato’ Siti Nurhaliza
OST Drama Memori Cinta Suraya


Tuesday 20 October 2015

SOO WINCCI Bakal Pamer Persembahan Bertaraf Antarabangsa


Poster rasmi konsert Simply Inwinccible Soo Wincci. Foto FB Soo Wincci

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebuah konsert sulung penyanyi, bekas ratu cantik, pelakon cantik manis, Soo Wincci bakal menggegarkan KLCC tidak lama lagi. Mengikuti laman Instagram milik penyanyi yang kini terkenal di Taiwan ini, beliau sedang bergiat aktif menjalani latihan bersama pasukannya dan bakal menjayakan satu persembahan yang terbaik dalam sejarah kariernya.

Wincci tampak semangat berlatih walaupun ada mengalami sedikit ‘kecederaan’ pada tubuh badannya, akan tetapi penyanyi yang terkenal dengan lagu Musim Asmara ini sekalipun tidak berputus asa dan mahu meneruskan perjuangan konsert sulungnya yang bakal berlangsung di Plenary Hall, KLCC.



Bukan itu sahaja, Wincci juga bakal membawakan 3 bahasa di pentas prestij tersebut termasuklah lagu bahasa Melayu. Hal ini tidak menjadi masalah baginya kerana Wincci juga sangat fasih berbahasa Melayu dan turut mempunyai album mini berbahasa Melayu berjudul SU WIN SI yang diterbitkan pada tahun lalu.

Konsert Soo Wincci SIMPLY Inwinccible LIVE in KL bakal diadakan di Plenary Hall, KLCC pada 3i Oktober 2015 ini. Tiket konsert boleh dibeli di ticketcharge.com.

Monday 12 October 2015

SUFI Juara Akademi Fantasia 2015


foto : Akademi Fantasia

Jejaka kelahiran Singapura, SUFI melangkah lagi ke satu tahap berbeza apabila beliau dinobatkan sebagai Juara Akademi Fantasia 2015. SUFI, antara peserta yang konsisten sejak minggu pertama mempamerkan aksi penuh tenaga di malam final, semalam yang diadakan di MBSA. SUFI mendengdangkan dua buah lagu, ANDAIKU BERCINTA LAGI dan sebuah lagu baru hasil nukilannya sendiri berjudul KISAH DUA MUKA.

SUFI membawa pulang wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai dan sebuah trofi Akademi Fantasia. SUFI membenam cabaran 3 lagi peserta lain iaitu Syamel (Naib Juara), Bila (Ketiga) dan Syarul (Keempat).

SUFI antara peserta yang diramalkan bakal menembusi ke peringkat akhir sejak dari minggu pertama Akademi Fantasia 2015 berlangsung. Tahniah SUFI. Semoga peroleh kejayaan dalam industri.

Saturday 10 October 2015

AVON LUCK Maria Sharapova Masuk Pasaran Malaysia


AVON.COM

Memasuki pasaran pada tahun 2014, haruman kerjasama dua nama besar dalam industri, Maria Sharapova dan AVON semakin mendapat perhatian. Terbaru, haruman diberi nama AVON LUCK bakal memasuki pasaran di Malaysia dalam beberapa hari sahaja lagi dengan harga yang sangat berpatutan. Bintang tenis terkenal dunia dan juara Grand Slam 5 kali ini mengikat kontrak bersama syarikat kecantikan ternama dunia, AVON pada tahun yang lalu.

AVON LUCK adalah haruman keduanya selepas Sharapova tampil dengan harumannya sendiri pada 9 tahun yang lalu. AVON LUCK hadir dengan 2 haruman iaitu For Him dan For Her. Khabarnya, AVON LUCK Maria Sharapova terhasil bagi melambangkan karisma yang terhasil atas TUAH dalam kehidupan. Jadi, tidak hairanlah apabila Sharapova menjadi individu sempurna mewakili wajah haruman AVON LUCK ini.
 
FOTO : AVON

Maria Sharapova, satu nama yang sangat besar dalam dunia tenis. Bukan sahaja mendominasi kecantikan dunia tenis, beliau juga sangat aktif dalam dunia glamour dan sering tampil dalam banyak majlis dan fashion show. Selain AVON, Maria juga turut menjadi duta dan wajah bagi jenama unggul dunia seperti TAG HEUER, Porsche, NIKE, Evian, HEAD dan banyak lagi. Maria juga satu-satunya pemain tenis yang mempunyai sejumlah peminat di laman sosial Facebook yang melebihi 15 juta peminat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...