Monday 26 January 2015

Ratu Cantik Colombia Menang MISS UNIVERSE 2014


KREDIT : MISS UNIVERSE

Tepati ramalan! Ratu Cantik dari Colombia, Paulina Vega berjaya mendominasi pentas Miss Universe 2014 sebentar tadi dengan memenangi gelaran terulung dalam dunia ratu cantik, Miss Universe 2014. Dengan kejayaan beliau menjulang mahkota tersebut, sekaligus menewaskan calon terdekatnya iaitu wakil tuan rumah, Nia Sanchez dari Amerika Syarikat yang berkedudukan tempat Kedua. Paulina Vega, anggun mengenakan evening gown berona lembut sudah dijangkakan kemenangannya apabila kebanyakan penggiat dan pengikut pageant meletakkan beliau antara calon yang bakal menyerlah pada edisi ke-63 kali ini.

Dalam perkembangan lain, tempat ketiga dimenangi ole Ukraine, diikuti Netherlands diposisi keempat dan gadis cantik manis dari Jamaica menduduki tempat kelima. Pada edisi kali ini jugak menyaksikan wakil dari negara besar dunia pageant tidak berada dalam kelompok 5 terbaik terakhir seperti Filipina dan Venezuela (Hanya di TOP10). Mahkota Miss Universe 2014 edisi terkini dimahkotakan oleh pemenang lalu dari Venezuela, Gabriela Isler.

Nasib tidak menyebelahi wakil Malaysia, Sabrine Beneett apabila tidak tersenarai dalam TOP15 terbaik. Walaupun tidak tersenarai, wakil Malaysia yang dianggap antara wakil terbaik Malaysia ini sudah melakukan yang terbaik di Miami, Amerika Syarikat. Tahniah diucapkan kepada PAULINA VEGA, MISS UNIVERSE 2014..!

Senarai Penuh Miss Universe 2014
Miss Universe 2014Miss Colombia
1st Runner-Up – Miss USA
2nd Runner-Up – Miss Ukraine
3r Runner-Up – Miss Netherlands
4th Runner-Up – Miss Jamaica

TOP10
Miss Argentina
Miss Philippines
Miss Spain
Miss Venezuela
Miss Australia

TOP15
Miss Brazil
Miss France
Miss India
Miss Italy
Miss Indonesia

Best in National Costume – Miss Indonesia
Miss Congeniality – Miss Nigeria
Miss Photogenic – Miss Puerto Rico

Friday 23 January 2015

SHARAPOVA Mara, FEDERER Tersingkir di Terbuka Australia 2015


kredit gambar zimbio

Pemain pilihan kedua kejohanan Terbuka Australia, Maria Sharapova meneruskan kemaraan memburu kejuaraan Terbuka Australia kedua dalam kariernya dengan membenam cabaran pemain Kazakhstan, Zarina Diyas dengan straight-set 6-1 6-1. Maria tidak langsung memberi peluang kepada Diyas, pilihan ke-31 untuk mencipta kejutan. Maria menang mudah dalam masa 61 minit. Maria akan berdepan dengan cabaran pemain China, Peng Shui pada pusingan keempat.
 
kredit gambar zimbio
Namun, nasib tidak menyebelahi legenda bintang tenis dari Switzerland, Roger Federer apabila tewas mengejut kepada bintang Itali, Andreas Seppi dengan 4 set 4-6 6-7 6-4 6-7. Dapat dilihat rentak Federer pada kali ini tidak konsisten dan Seppi menggunakan peluang yang ada untuk menamatkan perlawanan dengan hanya 4 set ke atas pemain berusia 33 tahun itu.
 

Thursday 22 January 2015

[HARUMAN 2015] GUESS DARE Limited Edition




Jika pada tahun 2014, jenama unggul GUESS tampil dengan GUESS DARE, pembuka 2015 ini sekali lagi jenama ini tampil dengan edisi terhad yang dipanggil GUESS DARE LIMITED EDITION. Masih lagi rekaan yang sama cuma rona merah jambu lembut dipilih menghiasi rekaan botol untuk kali ini. 

Haruman ini tampil dengan sosok yang menawan, dengan percikan bauan buah yang menarik seperti laici, anggur. Haruman keluaran GUESS ini tampil dalam saiz 50ml EDT.

TOP NOTES : LYCHEE, GRAPEFRUIT, APLLE
MIDDLE NOTES : JASMINE, PEAR BLOSSOM, LILY OF VALLEY
BASED NOTED : VANILLA, WHITE MUSK, CEDAR
KREDIT : FRAGRANTICA.COM

TERBUKA AUSTRALIA Saksi Cinta TOMAS BERDYCH-ESTER SOTOROVA




Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain No.1 Republik Czech, Tomas Berdych atas ikatan pertunangan dengan kekasihnya dan juga seorang model, Ester Sotorova. Berdych memburu gelaran Grand Slam pertamanya apabila mara ke pusingan ketiga Terbuka Australia 2015 yang membuka gelanggang pada minggu ini.

MARIA SHARAPOVA & RAFAEL NADAL Nyaris 'dimalukan' di Terbuka Australia 2015


KREDIT MARISHARAPOVA.COM

Bintang tenis terkemuka dunia dan pilihan kedua kejohanan Grand Slam Terbuka Australia 2015, Maria Sharapova nyaris ditunjukkan jalan keluar oleh pemain senegara, Alexandra Panova sebelum menang 6-1 4-6 7-5 dalam masa lebih 2 jam. Walaupun bermain agak agresif pada set pertama, Maria seakan lemah untuk menghabiskan pada set berikutnya sekaligus membawa perlawanan ke set penentuan.

Pada set penentuan, Maria yang kecundang 1-4 mula bangkit dan memberikan tentangan hebat dan menyelamatkan 2 match point sebelom menang 7-5 pada set penentuan. Pada pusingan ketiga, Maria akan bertemu dengan pemain Kazakhstan, Zarina Diyas bagi penentuan Top32.
 
KREDIT AFP
Pada aksi perseorang lelaki, pilihan ketiga dan bekas pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal turut berhempas pulas sebelum menang 6-2 3-6 6-7 3-6 7-5 ke atas pemain Amerika, Tim Smyczek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...