Thursday 30 June 2016

'Hari Kemenangan' Siti Nurhaliza Dapat Perhatian


Gambar NONA (foto remyothman)

Setelah 10 tahun tanpa lagu baru, figura kesayangan Malaysia Siti Nurhaliza tampil dengan lagu raya terbaru 2016 berjudul Hari Kemenangan hasil ciptaan PakNgah Suhaimi dan lirik indah oleh SISO. Menerusi lagu baru ini, boleh dikatakan Siti telah membuat satu ‘comeback’ raya terbesar selepas sudah lama tanpa lagu raya yang terbaru.

Sebut sahaja lagu Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Air Mata Syawal, Anugerah Aidilfitri, siapa yang tidak kenal dengan pelantun suara lagu itu bukan? Bahkan lagu tersebut sudah menjadi ‘lagu wajib’ diputarkan di stesen radio saban tahun. Bukan sahaja dengan itu, setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah, sudah tentu lagu raya Siti Nurhaliza berkumandang di merata tempat. Itulah hebatnya penangan Siti Nurhaliza. Boleh diangkat sebagai karya yang evergreen, karya seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan beberapa lagu raya lain dari Siti sangat ‘kena’ dengan mood raya yang tidak boleh dipertikaikan lagi.

Bukan itu sahaja, Siti juga tampil dengan album raya penuh yang menampilkan kesemua koleksi lagu rayanya menerusi album ANUGERAH AIDILFITRI. Kami boleh katakan, album ini sangat hebat kerana semua lagu dalam album ini menjadi bualan dan sering diputar di stesen radio dan menjadikan Siti antara penyanyi yang mempunyai lagu raya terbanyak di Malaysia yang hit.

Berbalik kepada ‘Hari Kemenangan’, lagu yang mendapat perhatian dan #1 di iTunes pada beberapa jam sahaja ianya dilancarkan adalah berkonsepkan Dangdut-Melayu. Ianya disahkan sendiri oleh pencipta lagu bagi single ini iaitu PakNgah Suhaimi ketika dihubungi. Dengan melodi yang indah, lirik yang puitis dari SISO diharapkan single ini turut menjadi perhatian sepertimana karya dan produk raya figura kesayangan ini yang lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...