Foto : AshbarzStudio |
ALBUM MINI PADA JULAI
‘Tanpa Arah’ dipertaruhkan menjadi single pertama bagi memperkenalkan
dirinya dalam industri. Tidak merasakan selesa berada di zon yang didiami
sekarang, penyanyi kecil molek Syafeek Ikhwan khabarnya sedang giat keluar
masuk studio bagi melunaskan tugasan untuk menyiapkan album mini sulungnya tidak
lama lagi. “Konsep album mini ini pop kerana genre ini sangat mudah diterima
pendengar. Ada 5 buah lagu kesemuanya termasuk single ‘Tanpa Arah’ turut dimuatkan dalam album mini ini,” katanya.
Tambahnya lagi, antara komposer yang terlibat dalam album ini adalah DJ Fuzz
(yang turut mencipta lagu dalam ‘Tanpa Arah’),dam Lokman Aslam. “InshaaAllah
album mini ini bakal dilancarkan penghujung Julai. Buat masa sekarang Syafeek
sedang sibuk dengan proses rakaman lagu dan alhamdulillah proses rakaman hampir
selesai,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Syafeek turut
terlibat dengan aktiviti charity dan iftar bersama anak-anak yatim.
“Alhamdulillah untuk orang baru seperti saya, jemputan untuk iftar dan charity tidak putus-putus. Saya sangat
bersyukur”.
KISAH RAMADAN
Syafeek menganggap dirinya antara yang
bertuah kerana dapat menjalani ibadah puasa ketika melanjutkan pengajiannya ke
luar negara sekitar tahun 2007 hingga 2010. “Ramadan ketika itu pasti akan
dikenang. Berbuka puasa tanpa keluarga memang sangat berbeza, perasaan campur
baur. Akan tetapi bagi Syafeek itulah menjadi kenangan dan pengalaman baru
dalam hidup”, luah Syafeek. Beliau turut berasa teruja juga kerana kebetulan
ketika itu waktu puasa jatuh pada musim panas, jadi tempoh puasa tidak banyak
berbeza dengan Malaysia. “Cuma agak mencabar kerana kebanyakan orang Perancis
tidak berpuasa, jadi kena tahan sikitlah mata dengan orang sekeliling yang
makan seperti biasa”, tersenyum.
No comments:
Post a Comment