Sunday 24 February 2013

Air Mani CAIR..??


Pada entry sebelum ini, kita ada berbicara dan berkongsi mengenai artikel Air Mani TIDAK Pekat, tapi kali ini, selepas membaca beberapa artikel dalam majalah lelaki, MASKULIN, pihak DOMINASI LELAKI telah menemui beberapa artikel dan masalah yang boleh dikongsi kepada para pembaca. Soalan yang diajukan kepada pakar urologi tersebut lebih kepada kenapa air mani yang keluar terlalu cair padahal ia ( air mani ) tersebut keluar dalam kauntiti yang banyak.


Air mani pekat ketika keluar tetapi ia menjadi cair dalam beberapa minit kerana akan memudahkan sperma untuk bergerak. Tambahan lagi, tahukah anda bahawa jika air mani terus kekal kepekatan yang tinggi, ini sekaligus akan menyukarkan sperma untuk bergerak dan ini juga boleh dijadikan sebab sukar hamil.

Terdapat keadaan yang mana air mani yang keluar itu cair dan ini didapati dalam keadaan isi padu air mani lebih daripada biasa iaitu jika lebih 6ml. Selain itu, tahukah anda bahawa jika seseorang lelaki mempunyai pembuluh darah vin yang berpuntal-puntal, kebiasaannya individu tersebut mempunyai kadar kuantiti air mani yang banyak lebih-lebih lagi jika pembuluh darah berpuntal tersebut berlaku pada kedua-dua belah zakar. Jadi, berbalik kepada soalan yang dibincangkan, air mani yang cair tersebut lebih baik dari yang pekat.

Olahan kembali dari sumber pakar Urologi, Maskulin

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...