Ramai sedia maklum bahawa DIVA
Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza amat popular & penangan anak jati kelahiran
Pahang ini juga sangat istimewa & menjadi buah hati kepada peminat di
Indonesia, Singapura & tidak ketinggalan Brunei. Berita terbaru mengenai
pelantun lagu Biarlah Rahsia & Cindai ini, beliau dalam perancangan
menjalankan album projek khas dengan syarikat rakaman di Indonesia iaitu Virgo
yang bakal menemui peminatnya hujung tahun ini. Buah tangan terbaru ini
sekaligus menjadi taruhan & penawar rindu bagi peminatnya di republik
tersebut.
Selain menjalankan projek khas album
tersebut, Dato’ Siti juga akan terbabit dengan siri promosi & konsert
seperti yang tercatat dalam kontrak disamping menghadiri sesi fotografi serta
sidang media bagi mempromosikan album berkenaan.

Album ini juga akan dipasarkan di
pasaran Malaysia. Album solo Siti ditangguhkan buat seketika kerana album
projek khas ini sudah berjalan & Siti akan mendahulukan album serumpun ini
dahulu kerana jelasnya jika kedua-dua album keluar serentak, beliau khuatir
akan mengelirukan peminatnya.
Diolah oleh DOMINASI
LELAKI daripada BERITA HARIAN.
No comments:
Post a Comment