Saturday, 19 October 2013

'Aku Telah Kau Buat Sakit Hati' Taruhan Terbaru Siti Nurhaliza dan Charly


Tahniah diucapkan kepada Dato’ Siti Nurhaliza dan Hafiz kerana membawa pulang trofi Duo Kumpulan Terbaik dan Lagu Serantau Paling Popular dalam Anugerah Planet Muzik 2013 yang baru melabuhkan tirainya malam tadi. Penangan MUARA HATI memang tidak dapat disangkal lagi, kehebatan suara dan dinamik dari penyanyi tersohor negara tersebut bersama penyanyi lelaki hebat tersebut harus dipuji.

Selepas berjaya dengan lagu duet MUARA HATI, kini Siti tidak duduk diam dan berada dalam zon selesa, kini beliau berpadu suara pula dengan seorang penyanyi hebat dari seberang, Indonesia yang juga komposer yang pernah menghasilkan lagu Tanpamu buat beliau melalui album CTDK bersama Kris Dayanti, Charly yang dahulunya sinonim dengan kumpulan hebat dari seberang ST12.


Aku Telah Kau Buat Sakit Hati, adalah single terbaru daripada penyanyi tersohor negara dan pemegang penyanyi serantau terhebat, Siti Nurhaliza bersama Charly. Ini adalah kolaborasi pertama daripada mereka berdua dan Charly sendiri mengakui bahawa Siti memang sangat hebat dan berasa senang berkerjasama bersama beliau, katanya pada akhbar Utusan Malaysia.

Lagu ini berkemungkinan akan dikeluarkan sekitar hujung tahun ini, paling lewat. Tambah Charly, lagu ini sentuhan terbaik mereka berdua

DOMINASI LELAKI : selepas berjaya dengan MUARA HATI, adakah AKU TELAH KAU BUAT SAKIT HATI akan menjadi fenomena? Nantikan..! tahniah kepada semua pemenang di APM 2013.

3 comments:

  1. Replies
    1. ya sudah pasti lebih indah, pandangan saya buat masa ini lebih kepada MUARA HATI dan AKU TELAH KAU BUAT SAKIT HATI kerana kedua-dua lagu ini adalah lagu duet

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...