Wednesday 19 September 2012

Sakit Bila Terangsang..!


sekadar gambar hiasan

Situasi Pesakit :
·          Beliau tidak pasti keadaan yang berlaku kepadanya ( kemungkinan angin pasang @ uluran ). Apabila beliau mengalami rangsangan, zakar akan tegang & jika ianya berlaku berlarutan ( lama ), rasa sakit akan menyerang pada sebelah kiri ( antara pundi kencing & kemaluan ). Beliau melakukan onani apabila rasa sakit datang & rasa tersebut hilang selepas air mani keluar. Namun, beliau mendapati terdapat ketulan cairan air mani berbentuk seperti jeli yang besar & kadang kala kecil setiap kali onani.

    ·            Persoalannya, apakah penyakit yang dihidapi oleh pesakit diatas..?? jom kita rungkaikan dalam entry kali ini. Semoga perkongsian entry kali ini dapat memberi ilmu/info yang berguna kepada kita semua, terutamanya kaum lelaki.

 sekadar gambar hiasan

Jawapan ini dipetik dari Soal Jawab Doktor Sakit Tuan dari akhbar Harian Metro.
Angin pasang @ uluran berlaku apabila gumpulan usus termasuk ke dalam kerandut zakar melalui pembukaan luar biasa di antara perut & kerandut. Kantung tersebut akan kelihatan besar apabila gumpalan tersebut mengembang kerana kandungan gerakan angin dalam usus.

Perkara yang dialami oleh pesakit tersebut kini adalah perasaan sengal @ ketidakselesaan pada bahagian diantara pundi kencing & anggota kelamin. Kemungkinan pesakit tersebut menghidap VARIKOSEL di sebelah kiri. VARISOKEL ialah keadaan dimana pembuluh darah kepada buah zakar yang kembang & berpuntal.

Jika ianya ketara, buah zakar pada sebelah kiri akan kelihatan bergayut dengan urat vena yang mengembang. Jika ianya berterusan, ia boleh dirasa melalui pemeriksaan doktor. Jika ini berlaku, VARIKOSEL boleh diikat melalui perbendahan kecil.

sumber : olahan kembali oleh DOMINASI LELAKI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...