JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan,
Kementerian Komunikasi dan Maklumat menjalankan operasi secara besar-besaran
membanteras pornografi Internet.
Menterinya, Tifatul Sembiring semalam
berkata, pejabatnya telah menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini,
yang semuanya beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman
pada bulan depan. “Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika Ramadan
walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman seumpamanya beroperasi
pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.
Ahli politik daripada Partai Keadilan
Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang
mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam
mengekang pornografi Internet adalah penting.
“Saya menyeru rakyat dari mana saja
supaya memaklumkan kepada kami jika mereka menemui sebarang laman web porno,
supaya kami dapat memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan
produsernya selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.
sumber : Harian Metro 19/-7/2012
bagus lar tuh . kurang dosa diorang. haha
ReplyDeleteyup..! kita disini..?? macam mana?
Delete