Saturday, 10 October 2015

AVON LUCK Maria Sharapova Masuk Pasaran Malaysia


AVON.COM

Memasuki pasaran pada tahun 2014, haruman kerjasama dua nama besar dalam industri, Maria Sharapova dan AVON semakin mendapat perhatian. Terbaru, haruman diberi nama AVON LUCK bakal memasuki pasaran di Malaysia dalam beberapa hari sahaja lagi dengan harga yang sangat berpatutan. Bintang tenis terkenal dunia dan juara Grand Slam 5 kali ini mengikat kontrak bersama syarikat kecantikan ternama dunia, AVON pada tahun yang lalu.

AVON LUCK adalah haruman keduanya selepas Sharapova tampil dengan harumannya sendiri pada 9 tahun yang lalu. AVON LUCK hadir dengan 2 haruman iaitu For Him dan For Her. Khabarnya, AVON LUCK Maria Sharapova terhasil bagi melambangkan karisma yang terhasil atas TUAH dalam kehidupan. Jadi, tidak hairanlah apabila Sharapova menjadi individu sempurna mewakili wajah haruman AVON LUCK ini.
 
FOTO : AVON

Maria Sharapova, satu nama yang sangat besar dalam dunia tenis. Bukan sahaja mendominasi kecantikan dunia tenis, beliau juga sangat aktif dalam dunia glamour dan sering tampil dalam banyak majlis dan fashion show. Selain AVON, Maria juga turut menjadi duta dan wajah bagi jenama unggul dunia seperti TAG HEUER, Porsche, NIKE, Evian, HEAD dan banyak lagi. Maria juga satu-satunya pemain tenis yang mempunyai sejumlah peminat di laman sosial Facebook yang melebihi 15 juta peminat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...