KREDIT : PAGE MUMO |
Anjang Miss Universe 2014 yang
diadakan pada Januari 2015 nampaknya semakin dirasai segelintir pengikut besar
acara ini, lebih-lebih lagi berkaitan dengan peragaan bagi busana anggun petang
serta baju kebangsaan yang akan menjadi daya tarikan acara tersebut.
Setelah
negara jiran, Thailand tampil pada sidang media kelmarin dengan evening gown yang cantik serta national
costume yang menawan. Menerusi wakil mereka, Pimbongkod Chankaew – gadis tinggi
lampai ini akan mengenakan baju kebangsaan bertemakan ‘Shadow Play of Siam’. Khabarnya, lebih menarik lagi evening gown berona soft cream yang digayakan oleh Pimbingkod adalah rekaanya sendiri.
Semalam, wakil Malaysia – Sabrina
Beneett tampil dengan baju kebangsaan bertemakan ‘Goddes of Kenyalang’ yang
diilhamkan oleh Adila Long serta evening gown berona tembaga pula mendapat
sentuhan pereka popular Fiziwoo.
Kelihatan Sabrina sudah bersedia untuk menggegarkan pentas Miss Universe
tidak lama lagi. Berdasarkan gambar bagi kedua-dua elemen tersebut, kelihatan
beliau sangat bertenaga dan memperlihat tahun ini Malaysia amat menyerlah dalam
menghasilkan national costume serta evening gown yang hebat. Kami di DL sangat
memuji perician yang dibuat pada national costume tersebut. Tahniah kepada
pasukan MUMO!
KREDIT T-PAGEANT |
Sama-sama nantikan kejutan pada
kemuncak Miss Universe 2014 yang diadakan di Doral, Miami pada 25 Januari
2015.
No comments:
Post a Comment