Friday, 26 April 2013

Maria Sharapova Pilihan PORSCHE



Bukan sahaja memiliki pakej rupa yang menawan, tinggi lampai, bintang tenis terkenal dunia Maria Sharapova telah disunting oleh syarikat terkenal dari Jerman iaitu Porsche sebagai wajah baru/duta bagi jenama kereta tersebut. Secara rasminya, Sharapova, pemain No.2 dunia ini mengikat perjanjian kerjasama selama 3 tahun.


Sharapova secara rasmi bergelar duta kepada Porsche adalah pada minggu ini dimana bermulanya Kejohanan WTA Tennis Grand Prix di Stuttgart. Kata Matthias Mueller, MARIA SHARAPOVA adalah atlet yang serba boleh dan memenuhi pakej yang lengkap. Beliau melambangkan kehebatan dunia tenis dengan sentuhan elegen dan kuasa..! MARIA juga adalah pilihan yang sempurna bagi mewakili kami. Profil dan karisma yang dimiliki oleh beliau sangat sempurna dan bertepatan dengan Porsche. Beliau juga seorang yang dikenali ramai seluruh dunia dan mempunyai reputasi yang hebat.


Selain bekerjasama dengan Porsche, MARIA SHARAPOVA juga mengikat kerjasama dengan jenama terbesar yang lain seperti NIKE, Cole Haan, Evian, Tag Heuer dan Samsung. MARIA SHARAPOVA juga dinamakan atlet wanita yang memiliki pendapatan tertinggi didunia tanpa digugat oleh pemain wanita yang lain.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...