Thursday, 25 April 2013

Siti Nurhaliza 'TAWAN' Dewan Filharmonik Petronas..!



Sejarah baru bakal tercipta buat penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza apabila bakal berkolaborasi bersama pemuzik yang tidak asing lagi dan sangat hebat iaitu Orkestra Filharmonik Malaysia ( MPO ) yang bakal menggegarkan 3 hari berturut-turut iaitu 5, 6 dan 7 Julai 2013 akan datang. Tambahan lagi, kenyataan media yang dijayakannya semalam menyatakan bahawa kolaborasi terulung ini bersama Siti Nurhaliza adalah bagi meraikan sambutan ulangtahun DFP/MPO yang ke-15.

Memiliki nama yang sangat besar pengaruhnya di Malaysia dan juga benua Asia, pemilihan Siti Nurhaliza sangatlah tepat..! bukan sahaja memiliki pembawakan diri yang menarik, beliau juga seorang biduanita yang mempunyai kebolehan membawa apa jua genre lagu yang dilayangkan kepadanya dengan begitu hebat sekali.

Meraikan ulangtahun ke-18 dalam bidang muzik di Malaysia, Siti Nurhaliza bakal membawakan element lagu yang bakal membuatkan anda semua dibuai keindahan dengan pemilihan lagu-lagu terhebat nyanyiannya serta beberapa medley akan dibuat. Persembahan yang akan diketuai oleh konduktor Kevin Field ini akan dijalankan dalam dewan yang boleh memuatkan 900 orang penonton dalam satu masa. Tiket boleh didapati di talian 03-20517007 atau melalui emel di dfp_boxoffice@petronas.com.my

Tiket dijual pada harga RM150, RM250, RM330, dan RM400

kredit : olahan murai.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...