![]() |
TOP3. Kredit gambar dari Starz Hunk International 2014 |
Tahun 2014 bukan sahaja memperlihat
beberapa nama yang menyerlah dalam beauty pageant seperti Tanisha DeMour (Juara
Miss Teen International 2014) bersama pasukan, dan beberapa nama lain, kini
terbaru wakil Malaysia ke Starz Hunk International 2014, Saw Chao Wei pula
membawa nama Malaysia tersenarai dalam TOP5 malahan TOP3 yang terbaik pada
malam final beberapa hari yang lalu.
![]() |
Wakil Mongolia. Kredit gambar dari page Starz Hunk International 2014 |
Bukan sahaja menduduki Tempat Ketiga,
tampak manis lagi jejaka yang berasal dari Pulau Pinang ini juga turut
menggondol tiga anugerah sampingan iaitu Mr BestTalent, Mr Fitness dan Mr
Fabulous Body. Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Filipina menerusi
wakilnya, JM Sungalo apabila dinobatkan sebagai Juara Starz Hunk International 2014.
Selain Saw Chao Wei, Malaysia juga turut menghantar seorang lagi wakil, Fizul
Nawi pada pertandingan tersebut. Tempat kedua dimenangi oleh wakil Mongolia,
Enkthuwshin. Ini keputusan penuh Starz Hunk International 2014
Winner : JM Sunglao (Philippines)
1st runner-up : Enkhtuwshin (Mongolia)
– juga turut memenangi bagi Best Model & Mr Photogenic
2nd runner-up : Saw Chao Wei
(Malaysia) – turut memenangi bagi Mr Fitness, Mr Best Talent dan Mr Fabulous
Body.
4 Singapura
5 Thailand
Mr Popularity : AJ (Philippines)
Best National Costume : Tony Haryanto
(Indonesia)
Mr Charming : Kon Tiger Toch
(Cambodia)
Best Smile : Maha Bala (Myanmar)
Mr Goodwill : William Huang
(Indonesia)
Tahniah kepada semua pemenang dan peserta
yang bertanding. Terima kasih juga buat page International Male Pageants atas
keputusan yang dikongsikan. Kredit kepada page tersebut dan page Starz Hunk International 2014
No comments:
Post a Comment