FOTO : MASKULIN |
Pejam celik, pejam celik, kini majalah
unggul lelaki di Malaysia, MASKULIN kini sudah berusia 15 tahun pada September
2015 ini. 15 Tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Diakui, pasukan
MASKULIN memang berusaha keras untuk kekal utuh menjadi pilihan pembaca di
Malaysia.
Bukan sahaja mendapat tempat dihati
peminat dan pembaca seluruh Malaysia, MASKULIN yang kini meraikan ulangtahun
ke-15 juga antara majalah yang sangat berpengaruh di Malaysia. Bagi meraikan
ulangtahun ke-15 tersebut, MASKULIN dengan berbesar hati menghadikan para
pembaca budiman dengan edisi bumper, yang sudah pastinya tebal dan kaya dengan
input yang sedikit berbeza dari kebiasaan. Edisi Bumper ini dijual dengan harga
RM12.50, dan yang pasti LEBIH TEBAL, LEBIH PADAT, LEBIH INFO dan LEBIH
SEGALANYA.
Kami di DL mengucapkan jutaan tahniah
dan selamat menyambut ulangtahun ke-15 MASKULIN. Semoga terus berjaya menempa
nama dan mendaki ke puncak kejayaan yang gemilang. Tahniah MASKULIN.
Mungkin ini sekadar cadangan, bagi
meraikan ulangtahun ke-15, MASKULIN juga boleh menjayakan satu majlis istimewa
bersama pembaca yang terpilih. Dengan cara ini sekaligus dapat mengenali
pembaca-pasukan MASKULIN dengan lebih dekat. Selain itu juga, dapat mengeratkan
ikatan silaturahim sesama kita semua. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment