Tuesday 30 October 2012

MUARA HATI vs AIM 2012..??


Blog DOMINASI LELAKI dah berhabuk..! lama sangat tak update berita terbaru..! malam ini DL gigihkan jugak mencari bahan untuk tatapan para pembaca setia DOMINASI LELAKI. Hari ini DL memilih penyanyi tersohor negara, Dato’ Siti Nurhaliza sebagai bahan update terbaru ok.


Berita terbaru, bukan khabar angin tetapi memang realiti bahawa pada malam kemuncak gilang gemilang Anugerah Industri Muzik 2012, penyanyi kesayangan ramai ini menjadi salah seorang artis yang akan membuat persembahan pada malam itu. Mengikut risik-risik senarai yang dikeluarkan, nama penyayi baru yang berbakat, Hafiz juga turut dimasukkan dalam individu yang akan membuat persembahan..! adakah pesona MUARA HATI akan diperdengdangkan pada malam berkenaan..?

Tambahan lagi, Dato’ Siti Nurhaliza menerima 2 pencalonan menerusi album inggeris pertamanya iaitu All Your Love menerusi kategori Vokal Terbaik dalam Lagu ( I Cry Out ), dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik ( Stand Up ). Kedua-dua lagu ini memiliki kekuatan yang tersendiri dan saingan kali ini agak sengit dikatakan.


DOMINASI LEKAKI : selamat maju jaya Dato’ Siti untuk pentas akhir AIM. Khabarnya, ramai yang tidak sabar menyaksikan MUARA HATI dinyanyikan oleh DIVA negara ini bersama Hafiz. Nantikan AIM 2012 pada 17 November 2012 ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...