Pernahkah anda mendengar Radio CTFM :
Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza..?? tahukah anda bahawa Radio CTFM ini TIDAK
mempunyai frekuensi & hanya boleh didengari melalui atas talian ( online ).
Akan tetapi pada masa kini dengan teknologi yang serba canggih, Radio CTFM
boleh didengari melalui aplikasi android anda..! Sebelum berbicara lebih lanjut
mengenai Radio CTFM ini, DL ingin memperkenal sedikit sebanyak latar belakang
Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza ini.
Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti
Nurhaliza ini mula ditubuhkan secara rasminya pada 15 Jun 2009 oleh seorang
peminat dari Singapura iaitu merangkap sebagai peneraju Radio CTFM ini juga
iaitu Khyree Karim ( DJ Khy ). Segmen yang pertama di CTFM adalah segmen ‘Siti Situ
Sana Sini’. Tambahan lagi, sekitar bulan Februari pada tahun 2010, tagline
pilihan diangkat bagi menguatkan lagi jenama CTFM yang kian membangun ini, maka
tercetuslah ‘Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza’ yang masih digunakan sehingga
kini.
Kini, Radio CTFM sudah dikenali oleh
penggemar DIVA negara, Dato’ Siti Nurhaliza & sudah didengari tidak kira
dimana peminatnya berada ( sekitar Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei,
Italy, Ameria Syarikat, Belanda, Australia, Korea, Finland, Lithuania, Denmark, Mexico, Qatar & negara-negara lain ). Tahniah buat Radio
CTFM ini, jika pada permulannya Radio CTFM ini kurang mempunyai slot-slot khas
& kekurangan DJ, akan tetapi pada tahun 2012 sehingga kini, radio online
yang kini meningkat naik mempunyai beberapa segmen & slot khas yang juga
dikelolakan oleh dj-dj yang hebat yang keudara secara langsung buat pendengar
Radio CTFM : Inspirasi Muzik Siti Nurhaliza.
CTFM juga mempunyai team/pasukan yang
serba boleh & hebat. ‘Perisa’ segmen-segmen yang menarik oleh dj-dj yang
menepati citarasa pendengar amat sesuai dengan konsep CTFM. Antara segmen-segmen
yang menarik dalam CTFM seperti ;
CARTA CTNUR11 ( Carta 20 Lagu Terbaik
Siti Nurhaliza ) : oleh DJ Khy
The A Show : oleh DJ Apitz
Cahaya Cinta ( Bukan Sekadar Cinta
Biasa ) : oleh DJ Nana
Sutramaya : oleh DJ Fauzan
Muzik Siti Nurhaliza : oleh DJ Rayza
Pada awal tahun 2013 ini, DL mempunyai idea ingin & mahu
melebarkan pengaruh CTFM, pihak admin DOMINASI LELAKI menyatakan hasrat ingin
bekerjasama melalui segmen khas iaitu Carta CTNUR11 yang dikelolakan oleh
peneraju CTFM iaitu DJ Khyree. Alhamdulillah, permohonan tersebut disambut baik
oleh pihak CTFM & secara rasminya laman rasmi DOMINASI LELAKI menjadi
‘rakan niaga’ bagi segmen Carta CTNUR11 bagi mengemaskini carta 20 lagu
terhebat pilihan undian orang ramai di laman rasmi CTFM.
Semoga kerjasama terhebat ini tidaklah
terhenti disini, laungan dua empayar ini diharapkan akan menjadi peneraju &
medium terbaik penyampaian berita mengenai figura negara, Dato’ Siti Nurhaliza
kepada para pendengar CTFM & pembaca DOMINASI LELAKI. Tahniah kepada semua
tenaga CTFM, dj-dj yang hebat menjadi peneman setia kepada para pendengar CTFM
seluruh dunia. Salam Rindu dari DOMINASI LELAKI.
layari : Radio CTFM untuk maklumat lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment