Sunday 6 January 2013

'DILEMA' Terukir Di Bintang pada AJL 27



Kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-27 semakin hangat membara & malam ini juga adalah malam penentuan lagu manakah yang akan dijulang sebagai Juara Lagu bagi edisi ke-27 ni. Sehangat membara kehangatan Juara Lagu tersebut, cerita & berita yang ingin Dominasi Lelaki sampaikan juga boleh diangkat antara berita yang tergempar yang kedengaran pada masa kini. Bermulanya tatkala finalis AJL 27, Yuna yang tidak dapat membuat persembahan pada pertandingan gilang gemilang tersebut akhirnya terjawab apabila Aizat Amdan akan menggantikan tempatnya yang bakal mendendangkan TERUKIR DI BINTANG pada pentas final malam ini. Akan tetapi tatkala berita Aizat yang akan membawa lagu hit dari Yuna itu, sisi berita & cerita yang hangat diperkatakan apabila seorang penyanyi lama & veteran, Uji Rashid adalah antara nama yang disebut oleh Yuna & dipilih olehnya untuk membawakan lagu tersebut di pentas final nanti. Adakah Aizat atau Uji Rashid akan membawakan TERUKIR DI BINTANG..?? tatkala mendengar nama Uji Rashid yang akan membawakan lagu tersebut, ada yang menyatakan kemampuan beliau membawa lagu tersebut, tetapi kalau diamati kembali bagi pendapat Dominasi Lelaki sendiri, pemilihan Uji Rashid oleh Yuna adalah pemilihan yang tepat ditambah pula melodi & gaya klasik pada lagu ini sangat kuat. Jadi tidak hairanlah jika Yuna ingin mendapatkan Uji Rashid sebagai pilihan hatinya membawa TERUKIR DI BINTANG pada final malam ini.

Akan tetapi, berdasarkan berita yang Dominasi Lelaki baca daripada portal MURAI.COM & akhbar baru-baru ini menyatakan bahawa Aizat Amdan adalah individu yang bakal membawa lagu tersebut pada malam ini. Berdasarkan artikel yang dibuat/dirujuk pada Murai.com, setelah mendapatkan penjelasan daripada individu terdekat Uji Rashid, memang ianya BENAR & semuanya diluar bidang kuasa mereka. Aizat Amdan diletakkan sebagai penyampai lagu TERUKIR DI BINTANG.

Dominasi Lelaki bersimpati kepada Uji Rashid kerana segalan persiapan seperti konsep, busana yang bakal digayakan olehnya pada malam ini juga hampir siap & beliau adalah individu terakhir yang diberitahu mengenai pertukaran ini. Beliau juga tidak mahu menunding jari kepada sesiapa atas perkara yang telah terjadi. Berita pertukaran ini juga telah menyentuh hati seorang pelawak terkenal Malaysia, Saiful Apek melalui Facebooknya, Saiful Apek Official Fan Page.

DOMINASI LELAKI : Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku ini, semoga Uji Rashid sentiasa tabah & kembali sihat. Tahniah juga kepada Yuna apabila TERUKIR DI BINTANG antara finalis yang berentap malam ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...