Thursday 3 January 2013

Siti Nurhaliza Pembuka Tirai Wajah Baru In-Trend Januari 2013


Rasanya masih belum terlambat lagi pihak DOMINASI LELAKI ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 kepada semua di luar sana termasuklah mereka pembaca setia DOMINASI LELAKI. Alhamdulillah, tatkala melangkah ke tahun yang baru ini, pelbagai azam & semangat baru mahu diterapkan dan seharusnya sama-sama kita doakan agar tahun ini menjadi tahun yang istimewa & lebih baik dari tahun sebelum ini, InsyaAllah.
Seiringan dengan tahun baru iaitu tahun 2013, pelbagai cerita menarik mahu dikongsi bersama pembaca sekali & mestilah tahun ini juga insyaAllah kami akan memperkenal kolum yang terbaru bertepatan dengan tahun pertama DOMINASI LELAKI ditubuhkan ( pada 1 Januari 2012 ).

Pada tahun 2013 ini, DOMINASI LELAKI mulakan artikel coretannya dengan mempamerkan ‘kehebatan’ figura Malaysia yang diangkat menjadi penghias muka depan bagi majalah In-Trend yang KINI BERWAJAH BARU..! masih menggunakan konsep INSPIRASI GAYA HIDUP ANDA, wajah baru majalah tersebut tampaknya lebih segar & menepati citarasa pembaca setia & mungkin ‘menawan’ hati pembaca yang baru hendak mengenali majalah ini. Tampak lebih menarik lagi, pemilihan figura negara, Dato’ Siti Nurhaliza sebagai penghias muka depan nampaknya sangat sesuai dengan pesona & aura DIVA yang memukau. Tampil dalam dua (2) cover yang berbeza, Siti nampak mudah menggayakan apa jua tema yang diberikan kepadanya. Dua versi yang berbeza menampakkan sisi Siti yang segar & DIVA.

Gambar ini menampakkan pesona Dato' Siti yang DIVA & klasik

Gambar ini pula menampakkan Dato' Siti seorang yang segar & ceria.

DOMINASI LELAKI : sekali lagi DOMINASI LELAKI ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013, semoga kalian sentiasa gembira, berjaya & menjadi insan yang lebih cemerlang. Doakan juga agar tahun 2013 ini menjadi tahun bertuah kepada DOMINASI LELAKI. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...