Beriman pada hari kiamat adalah satu
daripada perkara yang wajib dan mesti diyakini oleh orang Islam. Kiamat..?
kiamat adalah masa dan saat berakhirnya kehidupan dan dibinasakan semua mahkluk
di atas muka bumi ini. Tiada apa pun yang akan hidup dan bencana tersebut
amatlah mengerikan. Tambahan lagi, tiada apa yang akan selamat melainkan pada
mereka yang benar-benar telah bersedia dengan keyakinan yang tinggi dan
perbuatan yang baik.
Kiamat mempunyai banyak nama..? YA,
sudah tentu..! antara nama yang terkenal apabila disebut kiamat adalah seperti
Hari Kiamat ( yaumul qiyamah ), HARI KEBANGKITAN ( yaumul ba’tsi ), HARI
PENYESALAN ( yaumul hasrah ), Hari Pembalasan ( yaumul din ), Hari Hisab ( yaumul hisab ) dan banyak lagi. Secara faktanya, sarjana Muslim
seperti al-Ghazali dan al-Qurthubi mengira nama tersebut sehingga mencapai 50
nama. Apakah perbezaan nama-nama tersebut..?
Nama tersebut mengikut al-Qurthubi,
segala perkara yang besar dan mempunyai kedudukan yang penting mempunyai
beberapa nama dan sifat dan ianya menjadi perkara biasa dalam bahasa Arab. Sebagai
contoh, pedang mempunyai 500 nama dengan maksud dan funginya yang tersendiri
dan pedang juga mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat Arab. Memandangkan
kiamat adalah sesuatu yang sangat penting dan besar, jadi Allah menamai kiamat
dengan banyak nama dan menyifatkannya dengan banyak sifat.
Artikel seterusnya mengenai hari
kiamat akan diserap masuk pada entry akan datang. Semoga hal dan maklumat yang
berguna ini dapat dikongsikan bersama-sama. insyaAllah
Sumber : olahan dari BENCANA AKHIR
ZAMAN
No comments:
Post a Comment