Kolum Kerohanian sudah lama tidak
dikemaskini dengan artikel dan entry, hari ini ibarat Dominasi Lelaki ‘terpanggil’
untuk mengemaskini segmen tersebut. Pagi hari ini admin ada terbaca sebuah buku
yang penuh dengan pengajaran yang sangat bermakna, secara tidak langsung
terdetik untuk membuat sesuatu yang boleh dikongsi kepada para pembaca
sekalian. GOLONGAN PERTAMA DIHISAB PADA HARI KIAMAT..?? tanpa berceloteh dengan
lebih panjang, ayuh kita baca sedikit sebanyak mengenai artikel ini.
Mengikut nulikan pada buku yang dibaca
tersebut, pada hari kita dihisab nanti, semua manusia akan beratur panjang (
iaitu jumlah manusia yang pernah hidup di dunia ). Siapakah umat pertama yang
akan dihisab ataupun generasi pertama
yang bakal dihisab..? apakah mereka mendapa giliran mengikut kematian
atau mengikut nilai amal kebaikan yang dimilki oleh manusia..?
Sesungguhnya Allah menetapkan kriteria
pada manusia terawal dihisab. Jadual hisab bukan bergantung pada siapa yang
mati terlebih dahulu ataupun siapa yang mempunyai amal kebaikan yang banyak,
akan tetapi manusia pertama yang dihisab oleh Allah adalah pengikut Nabi
Muhammad.
Nabi Muhammad juga ada menceritakan
keadaan tersebut pada hadisnya “ kita adalah umat terakhir di dunia, tetapi
paling dahulu dihisab pada hari kiamat, walaupun seluruh umat terlebih dahulu
menerima kitab Allah dan kita mendapatkannya selepas mereka. Kemudian, hari ini
iaitu hari Jumaat, Allah menampakkannya kepada kita. Allah menunjukkan kepada
kita bagi melihatnya dan umat lain mengikut kita. Hari raya Yahudi adalah esok
iaitu sabtu, manakala Nasrani adalah lusa iaitu Ahad “. Hadis ini direkodkan
oleh Muslim.
Nantikan sambungan artikel ini pada
artikel akan datang. Selamat membaca dan berkongsi. Semoga hidup kita dirahmati
Allah.
Sumber : olahan dari Terpelanting Dari
Siratulmustakim
No comments:
Post a Comment