Tampil 2 jejaka hot masa kini, tidak
hairanlah ianya menjadi tunjang utama dua majalah ini sangat diminati ditambah
pula dengan setiap helaiannya memaparkan isu dan info yang sangat bertepatan
dengan citarasa lelaki masa kini. Keunggulan Keith Foo dan artis seni visual
terkenal, Saiful Razman sebagai jejaka sampul bagi isu Jun 2013 ini..! penuh
bergaya, style dan berkarisma..! itulah bait-bait yang sesuai digambarkan oleh
DL sendiri tatkala mendapat layangan hamparan muka depan majalah lelaki
terulung di Malaysia, Maskulin dan GLAM Lelaki ini.
Bersesuaian dengan tema SELAMAT HARI
BAPA pada bulan Jun ini, MASKULIN memaparkan beberapa isu dan lampiran yang
menarik serta dihamparkan juga beberapa isu yang juga boleh menjadi daya
tarikan pembaca seperti SEKS SAAT BERCUTI, KETAHUI 8 PUNCA KEROSAKAN OTAK dan
pelbagai olahan menarik dari pemegang tagline “Takrif Terkini Lelaki Muda” ini.
Berbicara mengenai GLAM Lelaki yang
semakin hari semakin menambat hai pembacanhya, isu kali ini pula menceritakan
sisi lain seorang artis visual yang ‘cinta’ dengan hasil karyanya. Ketahui 10
artis komik terkemuka dunia dan pelbagai suntikan element segar dalam GLAM
Lelaki bulan ini.
No comments:
Post a Comment