PAVLOVA..? mesti kita terbayangkan
sesuatu yang indah dan sedap kan? YA, sudah tentu sangat sedap bagi mereka yang
sangat menggemarinya. Tahukah anda dari manakah wujudnya PAVLOVA yang semakin
diminati oleh penduduk di Malaysia ini..? hari ini, DOMINASI LELAKI ingin
berkongsi dengan anda semua yang mungkin ada diantaranya peminat tegar kepada
pencuci mulut yang enak ini.
PAVLOVA diambil sempena nama seorang
penari balet yang terkenal dar Rusia, Anna Pavlova dan ianya dicipta di
Wellington, New Zealand buat julung kalinya bagi menghormati kepada penari
balet kebangsaan tersebut. Menerusi buku biografi Anna Pavlova, jelas menerangkan
manisan yang enak ini disediakan ketika Anna Pavlova mengunjungi tempat
tersebut pada tahun 1926. Walaupun penciptaanya semakin meluas di dunia, akan
tetapi ramai yang tidak pedulikan asal usul PAVLOVA tersebut.
Tahukah anda, di New Zealand, manisan
tersebut sangatlah digemari dan istimewa. Tambahan lagi, ketika ulangtahun Museum National Wellington pada Februari
1999, apabila PAVLOVA bersaiz gergasi berjaya dihasilkan. Akan tetapi rekod
tersebut dipecahkan pada 2005 dengan saiz 64 meter panjang. ( olahan kembali dari SEDAP )
DOMINASI LELAKI : wahhhh, tak sangka,
pihak kami pun baru mengetahui sejarah dan asal usul PAVLOVA ini. Biasanya sebelum
ini, suka makan je J
No comments:
Post a Comment