Friday, 10 May 2013

Kegembiraan Dhiya di Laos..!



Ayuh jelajah ke Negara LAOS..! sungguh menarik tatkala melihat da menghayati setiap gambar dan rakaman yang dimuatnaik oleh finalis Hero Remaja 2012, Dhiya pada jelajahnya ke Laos. Beliau yang berlepas pada 20 April baru-baru ini berasa tidak sabar mahu melangkahkan kaki ke Negara orang, siapa yang tidak gembira untuk ‘meneroka’ negara orang dengan mata sendiri kan..?

Pergi ke Laos atas dasar untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya, secara tidak langsung beliau tidak ingin melepaskan peluang bagi merakamkan moment terindah tatkala merantau sebentar ke negeri orang. Tambahannya lagi, kita sendiri kekuarangan travel log dalam bahasa Malaysia. Jadi, dengan adanya rakaman yang dihasilkannya secara tidak langsung boleh ‘meringankan’ rujukan kepada orang di Malaysia J
Antara tempat yang menarik dilawati adalah Vientien City, Patuxay Park, Buddha Park, Lao Zoo ( Bon Voyage ), Nam Ngum River, Thailand Border dan bermacam lagi tempat yang menarik.



Perasan..? khabarnya kepad admin, sangat-sangat seronok..! pada hari pertama memang excited tetapi agak berdebar tatkala mahu ke perkahwinan temannya. Pada hari seterusnya, Dhiya telah rindukan nasi..! hahahhah. Tahukah anda jika anda melangkah ke Laos dan belajar bahasa Laos, kelebihan yang anda dapat adalah boleh mendapat harga menarik ( diskaun ) dari para peniaga. 







Jika mahu melihat rakaman yang sempat dirakam oleh Dhiya ketika di Laos, boleh ringankan jari anda untuk ke akaun Youtube miliknya di Dhiyauddin Ariffin Talents atau boleh ke link dibawah ini.


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...