Friday 9 August 2013

iD Haruman Pertama Adam Levine


Lambakan haruman dari selebriti antarabangsa bukanlah sesuatu yang pelik dan hairan kerana dengan adanya koleksi sebegini dapat merapatkan dan member sentuhan ilham kepada peminat selebriti dunia sebagai contoh haruman dari koleksi Britney Spears, Beyonce, Lady Gaga, Justin Bieber, Usher dan ramai lagi mengeluarkan haruman dibawah label nama sendiri. Nah, hari ini DL ingin berkongsi salah satu haruman yang unik kepada jejaka diluar sana.

Dengan mempertaruhkan elemen muzik dalam sentuhan haruman pertama miliknya, ID dikatakan sangat menarik dan istimewa buatnya. Bukan sahaja simple tetapi bentuknya yang diilhamkan dari mikrofon dengan penutup jaringan perak yang mewah menampakkannya lagi unggul.


Bereksperimen dan garapan sempurna nota-nota seperti seri pagi, limau mandarin, serai bagi top note serta diserikan dengan sentuhan middle note buah markisa, sedikit sandalwood, cedarwood menjadikannya sempurna.


DOMINASI LELAKI : haruman ini sangat sesuai dipakai pada siang dan juga malam, kepada jejaka yang mahu mencari haruman, apa kata cuba di kaunter haruman ID dari Adam Levine ini. Selamat Mencuba..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...