NAZIRUL MUBIN, rata-rata pemerhati Mister Planet Malaysia 2016 di
laman sosial meletakkan beliau di kedudukan tertinggi dalam senarai peserta
Mister Planet Malaysia pada tahun ini. Jejaka berusia 26 tahun yang mewakili
Pulau Pinang ini bersemangat ingin kongsikan lokasi, kisah yang menarik prihal
negeri yang diwakilinya di pentas Mister Planet Malaysia 2016, Pulau Pinang.
“Ekopelancongan yang menarik perlu
orang awam tahu tentang PP adalah Penang Go Greener. Konsep ini diperkenal oleh
kerajaan negeri bagi menyahut seruan dunia berkaitan dengan green &
sustainablity. Kami disarankan kerap berbasikal (tidak kira ke tempat kerja @
bersiar-siar). Sejajar dengan itu, pihak negeri telah menyediakan papan tanda
berbasikal di hampir semua jalan raya di PP. Runsing kerana tidak punyai
basikal ketika di PP? Kini tidak lagi kerana banyak pengusaha yang menjalankan
perniagaan sewa basikal di kawasan Bandaraya Georgetown. Hal ini demikian
kerana pengusaha sewa basikal di PP wujud seperti cendawan tumbuh selepas
hujan”.
CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN
SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Kriteria yang perlu ada pada
seseorang individu untuk bergelar Mister Planet adalah mempunyai perwatakan
yang menarik, seorang Mister Planet kini adalah seorang semi-selebriti. Selain
daripada itu, ilmu pengetahuan juga perlu mantap supaya mereka sentiasa
bersedia menjawab sebarang pertanyaan yang bakal diajukan. Tambahan lagi, EQ
juga memainkan peranan penting, hal ini kerana seorang Mister Planet akan
berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia berlainan jantina serta umur”.
Kredit
Mister Planet Malaysia
Foto Arazzsrazzswill
T-Shirt Pinopanda
Selempang Rasmi Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi KL Bird Park
No comments:
Post a Comment