Sunday, 10 August 2014

Maria Sharapova Tewaskan Muguruza dengan 3 Set di Montreal



Kejohanan Piala Rogers di Montreal telah bermula, pemain nombor 1 dunia, Serena Williams diletakkan sebagai pilihan utama. Perlawanan semalam menyaksikan pemain pilihan keempat, Maria Sharapova bergelut menundukkan pemain Sepanyol, Garbine Muguruza sebelum melangkah kepusingan ketiga dengan keputusan 4-6 6-3 6-1 dalam tempoh 2 jam 11 minit.

Ini adalah pertemuan ketiga mereka dan pertemuan terakhir pada tahun ini di Terbuka Perancis. Pada pusingan ketiga Khamis ini, pemain Rusia tinggi lampai ini akan bertemu dengan pemain Sepanyol dan pilihan ke-14 kejohanan, Carla Suarez Navarro bagi slot ke pusingan suku akhir kejohanan ini. Sharapova pernah bertemu dengan pemain Sepanyol ini sekali di kejohanan Indian Wells pada tahun lalu dan menang dengan 7-5 6-3 pada aksi pusingan ketiga. Pada aksi lain, pilihan utama, Serena Williams menang dengan bergaya bertemu Sam Stosur dan pemain Serbia, Jelena Jankovic juga bergelut sebelum menang 3 set bertemu pemain Amerika Syarikat, Sloane Stephens.

Sumber dan gambar : kredit dan olahan dari mariasharapova.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...