foto : Akademi Fantasia |
Jejaka kelahiran Singapura, SUFI
melangkah lagi ke satu tahap berbeza apabila beliau dinobatkan sebagai Juara
Akademi Fantasia 2015. SUFI, antara peserta yang konsisten sejak minggu pertama
mempamerkan aksi penuh tenaga di malam final, semalam yang diadakan di MBSA.
SUFI mendengdangkan dua buah lagu, ANDAIKU BERCINTA LAGI dan sebuah lagu baru
hasil nukilannya sendiri berjudul KISAH DUA MUKA.
SUFI membawa pulang wang tunai
RM50,000, percutian ke Dubai dan sebuah trofi Akademi Fantasia. SUFI membenam
cabaran 3 lagi peserta lain iaitu Syamel (Naib Juara), Bila (Ketiga) dan Syarul
(Keempat).
SUFI antara peserta yang diramalkan
bakal menembusi ke peringkat akhir sejak dari minggu pertama Akademi Fantasia
2015 berlangsung. Tahniah SUFI. Semoga peroleh kejayaan dalam industri.
No comments:
Post a Comment