Tuesday 3 June 2014

"Juara Mister Planet Malaysia Harus Ada Pakej yang Lengkap"-Azman Bosri


Azman Bosri ialah Pengarah Malaysian United Nation Pageant(MUNP)

Perjalanan Mister Planet Malaysia 2015 bagi tahun kedua sepertinya berjalan dengan cukup lancar dengan menyaksikan pertembungan 16 wakil berentap merebut takhta kejuaraan Mister Planet Malaysia 2015 sekaligus membawa nama Malaysia ke Madrid, Sepanyol pada tahun hadapan. Akan tetapi, tahukah anda apakah objektif dan kriteria pada pertandingan ini? Bagi mendapatkan maklumat secara terperinci, kami di Dominasi Lelaki sempat mewawancara Pengarah Malaysian United Nation Pageant (MUNP), Encik Azman Bosri untuk mendapatkan berita sepenuhnya.

“Kriteria untuk dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia adalah haruslah seseorang itu mempunyai pakej lengkap dari segi rupa, tinggi, IQ yang bagus, peramah, petah berbicara apabila diajukan soalan dan pandai mengambil ruang untuk tonjolkan diri dengan peserta yang lain”, katanya. Faktanya, Mister Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez akan mewakili Malaysia ke Manila tidak lama lagi dan bakal berentap dengan puluhan buah negara bagi merebut Mister Planet 2014. Setelah mendapat sambutan yang hangat, tidak hairanlah jika pertandingan ini yang kini memasuki tahun kedua juga turut mendapatkan sambutan yang tidak kurang hebatnya dari kalangan peserta. Tambahan lagi, pemilihan peserta pada kali ini agak mencabar kerana mereka mempunyai latar belakang yang cukup kuat dan bukan calang-calang peserta yang tampil menonjolkan diri.

Ketika ditanya prihal pendapat Pengarah MUNP sendiri, tatkala ada desas desus serta komen negatif dari orang ramai prihal penampilan dan pemilihan peserta, Encik Azman Bosri tampil dengan jawapan yang sangat berbeza. “Memang tidak dinafikan yang rupa paras memang memainkan peranan akan tetapi itu bukannya pakej yang sebenarnya dicari. Jika seseorang itu mempunyai idea, boleh menyampaikan mesej dengan jelas dan mengetahui serba serbi tentang alam sekitar, individu tersebutlah yang bakal dijulang menjadi juara serta duta FRIM kerana orang akan nampak yang dia begitu peka dengan masalah alam sekitar masa kini”, tegas beliau.
 
kredit gambar : page rasmi Mister Planet Malaysia
Secara tidak langsung, Encik Azman Bosri juga turut berkongsi kepada pihak kami dan melafazkan kesyukuran apabila pihak FRIM mengumumkan bahawa pemenang Mister Planet Malaysia 2015 pada tahun ini secara rasmi akan dilantik sebagai duta FRIM selama setahun. “Ia sudah tentu satu pengiktirafan terbesar buat organizer dan akan lebih berkerja kerasa pada masa akan datang untuk menjayakan male pageant ini sebagai salah satu platform untuk memilhara khazanah hutan yang ada. Lagipun pemenang adalah dalam kalangan golongan beliau yang boleh membawa mesej kepada masyarakat terutamanya golongan muda kita agar dapat memlihara hutan semulajadi ciptaan Tuhan ini untuk kebaikan kita semua yang mendiaminya”, ucap beliau sebelum akhiri sesi wawancara bersama kami.

Mister Planet Malaysia 2015 akan melangkah ke final pada 22 Jun 2014 ini di Auditorium Muzium Negara, jangan lupa dapatkan tiket kemasukan dengan harga yang sangat menarik iaitu RM70 dengan pelbagai hadiah menarik menanti anda. Boleh inbox ke page MISTER PLANET MALAYSIA ORGANIZATION untuk membeli tiket tersebut. Ayuh sokong mereka..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...