Thursday 7 April 2016

Wakil Pahang [AZWAN AABAS]




Azwan Aabas, jejaka berumur 25 tahun kelahiran Pahang ini menggalas negeri Pahang di pentas Mister Planet Malaysia 2016. Graduan dari UiTM ini menjadikan model Marcios Camargos sebagai sumber inspirasi dalam bidang yang diceburi.

PAHANG DARUL MAKMUR
“Pahang, sebuah negeri terbesar di Semenanjung Malaysia. Antara info yang terpenting yang mahu saya kongsikan kepada anda semua adalah TEMERLOH kini adalah titik tengah SEMENANJUNG MALAYSIA. Pahang juga terdapat pelbagai tempat yang sangat menarik untuk dilawati seperti Taman Negara di Jerantut, Tanah Tinggi Cameron Highland, Teluk Cempedak dan pelbagai lagi. Sudah pasti ini menjadi daya tarikan dan penarik kepada pelancong yang ingin menjadikan Pahang sebagai destinasi pilihan untuk bercuti. Selain itu, Pahang juga mempunyai pelbagai dialek yang sangat unik mengikut daerah-daerahnya. Bukan itu sahaja,  Temerloh (Titik Tengah Semenanjung Malaysia iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh yang ditentukan oleh kerajaan Negeri) juga sangat terkenal dengan ikan patin yang acap kali mendapat perhatian anak tempatan malahan para pelancong asing”.
 
CIRI-CIRI UNTUK DINOBATKAN SEBAGAI MISTER PLANET MALAYSIA 2016
“Ciri-ciri penting haruslah mempunyai keyakinan pada diri yang kuat, bijak mengatur langkah, bersifat rendah diri berlandaskan kepenuhan ilmu di dada dan semetinya mempunyai pesona diri yang maskulin”.

Kredit
Mister Planet Malaysia 2016
Foto : Arazzsrazzswill
T-Shirt : Pinopanda
Selempang Rasmi : Wan Huzairil
Make Up & Hair Do by Kahoo
Lokasi : KL Bird Park

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...