WINCCI adalah album antarabangsa kedua buat SOO WINCCI |
Mendaki dan terus mendaki, itulah bait
yang sesuai digambarkan buat jelitawan Malaysia yang kini sedang bergiat aktif
di persada antarabangsa, Soo Wincci. Wincci usah diperkenalkan lagi, bermula
dari memenangi Miss World Malaysia 2008/2009 dan terkenal menerusi program
realiti masakan di Malaysia, Masterchef, sehingga kini namanya terus meniti
dibibir peminat dan pemerhati dunia. Bukan sahaja memiliki raut wajah yang
menawan, berpendidikan terbaik, jelitawan ini juga telah tampil dengan buah
tangan terbarunya beberapa minggu yang lalu.
Menggunakan nama sendiri sebagai judul
album, Wincci tampil yakin dengan album ini. Album WINCCI adalah taruhan kedua
album antarabangsa dalam koleksi kariernya. Dengan menelan belanja sekitar
RM1juta, album ini kami labelkan sesuatu hadiah istimewa Wincci buat peminat di
Malaysia dan seluruh dunia termasuk Taiwan yang kini beliau jejaki.
Dengan taruhan 10 buah lagu, album
WINCCI telah berada dipasaran digital pada 2 September yang lalu manakala
bentuk fizikal telah dipasarkan pada 2 Oktober lepas. Kami di DL yakin, dengan
berbekalkan album ini dan aktiviti yang aktif Wincci di luar negara, pastinya menjadi
batu loncatan bagi beliau untuk melebarkan sayapnya terus maju ke hadapan.
10 trek yang terkandung dalam WINCCI
1. XIANG WO YI YANG AI NI DE REN (
Someone Like Me )
2. XUNG FU MAN MAN ( Endless Happiness )
3. GUO QI ( Expired Love )
4. BIE KE QI ( You’re Most Welcome )
5. DENG DENG ( What Are You Waiting For?
)
6. TIAN LIANG ( Dawn )
7. QI FENG ( Windsome )
8. RU GUO NI HAI FANG BU XIA (If You
Still Can’t Let Go )
9. ZHAO MA FAN ( Seeking Trouble )
10. ZI MO SHOU JU ( Loneliness Receipts )
Terdahulu,
Wincci juga pernah tampil dengan album mini berbahasa Melayu berjudul SU WIN SI yang menampilkan 4 buah lagu
seperti Terus Teranglah, Musim Asmara, Jangan Risau dan Nombor 1. Kami di DL
akan sentiasa menyokong kerjaya Soo Wincci yang terbaik. Semoga hasilkan yang
terbaik. Salam Rindu dari kami di Dominasi Lelaki.
No comments:
Post a Comment