Tuesday, 24 June 2014

COLLECTOR'S EDITION - Justin Bieber




Tidak dapat dinafikan bahawa penyanyi remaja terkenal, Justin Bieber antara selebriti remaja yang banyak mengeluarkan haruman dibawah namanya seperti Someday pada tahun 2011, Someday Summer Edition pada tahun 2013, Girlfriend pada tahun 2012 dan beberapa haruman lagi. Kini penyanyi ini tampil dengan haruman terbaru untuk peminat wanitanya – satu haruman yang diberi nama Collector’s Edition.

Bagi pendapat DL sendiri, design pada botol ini agak menarik dan amat sesuai target beliau tujukan buat peminat wanitanya yang menampakkan ciri-ciri remaja dan sedikit feminine. Ini adalah notes yang dikongsikan oleh Fragrantica buat semua pembacanya. Top (Bergamot, Pear and Passionfruit). Heart (Honeysuckle, Heliotrope and Freesia). Base (Amber, White Musk, Sandalwoold & Apricot)


Haruman yang beronakan cream-gold ini tampil dengan 30ml, 50ml dan 100ml.
Sumber : Terima kasih Fragrantica

NAZMI NORDIN Juara Mister Planet Malaysia 2015


Nazmi bersama Eizaaz, Mister Planet Malaysia 2014

Pencarian Jejaka yang bakal mewakili Malaysia ke pentas dunia Mister Planet di Madrid, Sepanyol pada tahun 2015 akhirnya sudah menemui pemiliknya apabila wakil dari Perlis, Mohd Nazmi Bin Che Nordin dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2015 yang turut menewaskan 15 peserta lain pada kemuncak final yang diadakan di Auditorium Muzium Negara pada 22 Jun 2014.

Jejaka tampan yang mesra disapa Nazmi ini tampil penuh bergaya, tidak hanya pada rupa yang tampan, akan tetapi jejaka yang juga pelajar Master dalam bidang Perubatan Nuklear ini turut memberikan jawapan dan lontaran pandangan yang bernas tatkala memberikan jawapan.

TOP6 Mister Planet Malaysia 2015
Markah yang dikira bukan sekadar pada rupa, bentuk badan dan ilmu pengetahuan prihal alam sekitar dan hutan, akan tetapi mereka telah diberikan tugasan dan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh semua peserta telah diambil markah dan dinilai untuk mencari belia yang bakal mewakili dan ideal untuk menjadi wajah Malaysia pada pertandingan di Sepanyol sekaligus menjadi duta FRIM selama setahun.



Dengan kemenangan tersebut, Nazmi Nordin membawa pulang hadiah yang bernilai sekitar RM10,000 termasuk beberapa pakej istimewa yang ditawarkan. Hadiah turut disampaikan oleh pemegang takhta Mister Planet Malaysia 2014, Eizaaz Farez Zakaria, wakil pihak MUNP, En.Azman Bosri, En.Kos Serani dan individu kuat dalam Mister Planet, Mr Ross Alvaro yang hadir bersama-sama memeriahkan majlis akhir Mister Planet Malaysia 2015. Final tersebut turut dihoskan oleh pengacara yang sangat manis dan menarik iaitu model terkenal dan Top10 Miss Universe Malaysia, Shangkharee serta Deegun.
 
Pembukaan yang sangat menarik dari kesemua peserta.
Bukan sahaja dinobatkan sebagai Juara Mister Planet Malaysia 2015 sahaja dan bakal mewakili Malaysia ke Sepanyol, jejaka tampan ini juga turut memenangi bagi kategori sampingan iaitu Mister Intelligence dan Mister Fotogenik. Tahniah dari DOMINASI LELAKI  ucapkan kepada Nazmi.
 
Eizaaz Farez, Mister Planet Malaysia 2014
Mister Planet Malaysia 2015 – Mister Perlis (Nazmi)
Naib Juara – Mister Kelantan (Faiz)
Tempat Ketiga – Mister Sarawak (Voon)
Tempat Keempat – Mister Pahang (Inzar)
Tempat Kelima – Mister Labuan (Benasri)
Tempat Keenam – Mister Selangor (Sukhey)

Shangkharee antara hos pada kemuncak MPM2015 

Monday, 23 June 2014

JIMMY CHOO MAN by Jimmy Choo


KREDIT FOTO - www.buro247.com

Pereka terkenal dunia, Jimmy Choo akhirnya melancarkan haruman yang pertama bagi lelaki, Jimmy Choo Man pada tahun 2014 ini. Menggunakan sentuhan yang tampak moden dan pada masa yang sama lebih maskulin, haruman ini juga meletakkan ciri-ciri confident dan penuh gaya sebagai pilihan utama.

Jimmy Choo Man tampil dalam 50ml dan 100ml EDT dengan kombinasi aroma, lebih fruity dan woody seperti honeydew melon, lavender, patchouli dan suede.
Sumber : terima kasih Fragrantica

Sunday, 22 June 2014

Keputusan Penuh Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 1435H/2014M


Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56 2014 sudah melabuhkan tirainya sebentar tadi yang menyaksikan Johan Qari dan Qariah didominasi oleh peserta tuan rumah, Malaysia iaitu Ahmad Tirmizi Ali dan wakil Qariah Hanimzah Jalaluddin.  Johan ini membawa pulang  satu set jongkong emas yang bernilai RM70,000 sumbangan YaPEIM, Piala Iringan, RM40,000 wang tunai, cenderahati dan sijil penyertaan.
Dalam kategori Menghafaz Al-Quran pula, turut menyaksikan dominasi peserta Malaysia melalui kedua-dua penyertaan Hafiz dan Hafizah apabila dinobatkan sebagai Johan. Senarai penuh pemenang Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-56.

Qari :
Johan : Malaysia
Naib Johan : Turki
Ketiga : Indonesia
Keempat : Brunei
Kelima : Iran

Qariah :
Johan : Malaysia
Naib Johan : Filipina
Ketiga : Brunei
Keempat : Thailand
Kelima : Singapura

Hafiz :
Johan : Malaysia
Naib Johan : Arab Saudi
Ketiga : Qatar

Hafizah
Johan : Malaysia
Naib Johan : Tunisia
Ketiga : Senegal

Naib Johan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000, cenderahati dan sijil manakala tempat Ketiga membawa pulang RM10,000, cenderahati dan sijil penghargaan. Hadiah saguhati pula, peserta membawa pulang wang tunai RM3,000, cenderahati dan sijil penghargaan.

Bagi kategori Menghafaz Al-Quran, Johan menerima wang tunai RM20,000 serta tambahan RM10,000 dari YaPEIM. Tempat kedua membawa pulang RM15,000 dan diikuti RM10,000 ditempat ketiga. Hadiah saguhati pula menerima RM3,000.

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan peserta yang bertanding pada majlis ini. Kredit beberapa info dari page Tilawah AlQuran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...